Thursday, October 6, 2011

Elaun Khas / Kritikal

Yang Amat Berbahagia Dato’,

Mendepani atau mendahului sesuatu perkara yang akan di anggap sebagai pembikin pembaharuan di mana-mana tafsiran bagi tujuan melaksanakan sesuatu.

Tapi bagaimana dengan kumpulan yang setia menerima arahan dan bersabar dengan proses pembaharuan berkaitan dengan tugas dan amanah yang telah di tetapkan? Walau apa tafsiran atau andaian yang bakal di sampaikan, semuanya adalah kerana cara pemahaman seseorang yang mungkin perlu mengambil masa yang panjang untuk di perjelaskan.

Yang Amat Berbahagia Dato’,

Sejak di perkenalkan elaun kritikal bagi jawatan Pegawai Penguatkuasa sejak tahun 2003, Penguatkuasa DBKL masih tidak di beri penjelasan yang tepat dan betul bagi kelayakan yang harus di terima. Memang benar, Penguatkuasa DBKL tidak menerima sebarang elaun khas atau kritikal seperti yang di maksudkan.

Melihat kepada pihak berkuasa tempatan lain di Lembah Kelang, mereka telah lama menikmati elaun khas tersebut, atas dasar tugas yang sebagaimana? Alasan terbaik yang mereka berikan adalah penjawatan Pegawai Penguatkuasa DBKL tidak layak mendapat elaun kerana berada dalam kumpulan / Gred N. Adalah tidak munasabah apabila Pegawai Penguatkuasa Tempatan yang lain berada dalam kategori yang sama dan masih boleh mengemukakan tuntutan lebih masa tanpa had.

Tidak ada perkara yang lebih hebat apabila seseorang itu mahu melakukan pekerjaannya dengan rasa gembira dan bersungguh demi memberi khidmat yang lebih baik. Setiap tahun mereka di janjikan pangkat, elaun dan cerita yang kononnya akan dapat pembelaan. Sehingga kini, semuanya hanya angan-angan yang kian pudar.

Yang Amat Berbahagia Dato’,

Ini cuma sedikit dari cerita pokok yang akan cuba saya sampaikan secara berperingkat dan akan mengulanginya secara berkala agar mendapat perhatian dari pihak yang berkaitan.

Perhatian dan sedikit pertimbangan dari Dato’, supaya pihak pengurusan tertinggi DBKL atau kementerian melihat dan mengkaji semula. Sama ada terlepas pandang atau sengaja membiarkan profesion penguatkuasa ini setara seperti kadar pekerja am dalam skim perkhidmatan yang beruniform? Tiada pegawai penguatkuasa DBKL dari pelbagai peringkat gred menikmati elaun dan kadar insentif yang berpatutan seperti yang di war-warkan sedikit masa lalu.

Kini Penguatkuasa DBKL yang akan menyambut ulangtahun yang ke 42, masih tiada sebarang perubahan yang berlaku demi mengimbangi perkhidmatan yang kini menjadi semakin mencabar di Bandar Kuala Lumpur.

Malah, sambutan kali ini juga tertangguh kerana ada pihak yang mengatakan bahawa Dato’ sendiri berminat untuk merasmikan dan memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormat Sempena Perbarisan Hari Penguatkuasa yang Ke 42.

Seterusnya, dengan laman blog ini, saya sendiri akan cuba mentafsir dan menjelaskan tugas-tugas penguatkuasa yang sentiasa memberi sumbangan terbaik kepada warga kota Kuala Lumpur dan sentiasa menyumbang sepenuh tenaga dalam melaksanakan impian “Bandaraya Cemerlang, Kota Bertaraf Dunia” seperti yang biasa di laungkan oleh mana-mana pihak pengurusan kementerian dan perbadanan.



No comments:

Post a Comment