Tuesday, October 11, 2011

Etika Penguatkuasa

Keberkesanan tindakan penguatkuasaan amat berkait rapat dengan rasa hormat, kepercayaan dan keyakinan semua peringkat wargakota di mana ia tertakluk kepada kecekapan dan tatacara pegawai dan anggota penguatkuasa melaksanakan tugas-tugas. Yang pentingnya tugas-tugas penguatkuasaan adalah keseluruhannya terdedah kepada umum.

Cara yang terbaik untuk mempertingkatkan moral dan disiplin penguatkuasa serta kepercayaan dan keyakinan wargakota, semua pegawai dan anggota hendaklah sentiasa berketerampilan, bangga dan bersemangat semasa menjalankan tugas. Untuk itu Etika Penguatkuasa adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan seperti berikut :

1. Sentiasa mempamerkan air muka yang ceria, yakin diri dan berbudi bahasa. Segala teguran hendaklah di beri dengan jelas, tegas tapi bersopan, sentiasa berpakaian kemas, memberi hormat dengan penuh tertib dan tingkah laku yang tiada cacat cela semasa dalam waktu bertugas.

2. Sentiasa berwaspada dan mengelakkan diri dari nampak malas dan berbual kosong semasa menjalankan tugas.

3. Sentiasa mempertimbangkan ilmu pengetahuan dalam semua perkara yang berkaitan dengan tugas-tugas penguatkuasaan dan memberi maklumat dengan tepat.

4. Setiap Pegawai dan Anggota Penguatkuasa hendaklah sentiasa bersedia untuk bertindak dengan inisiatif sendiri tanpa menunggu arahan daripada atasan sekira dalam pertimbangan perkara tersebut adalah tugas tanggungjawabnya.

5. Kepentingan menjaga imej Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah menjadi keutamaan semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab.

No comments:

Post a Comment