Tuesday, October 11, 2011

Kami Penguatkuasa, Kami melakukan apa sahaja

Mungkin ada yang tertawa sinis bila membaca tajuk sedemikian. Bagi saya yang baru 13 tahun berkhidmat sebagai penguatkuasa di sini, itu bukan ayat gurauan. Sinikal bagi sesetengah orang. Bukan juga gurau senda untuk menyedapkan hati sendiri.

Menyatakan rasa kagum dengan mereka yang masih setia dan berkhidmat dengan sepenuh hati. Tanpa mempersoal sebarang tindakan kerana percaya bahawa semua arahan itu adalah perintah. Engkar perintah bermaksud melawan dalam erti kata Kaedah-Kaedah Pegawai Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( Kelakuan & Tatatertib ) 1992. Ini di peruntukkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Ini kebanggaan kami. hanya Pegawai Penguatkuasa DBKL yang termaktub di dalam seliaan Undang-Undang khas di Malaysia. Bertambah lagi kekaguman saya apabila kaedah-kaedah tersebut terdapat dalam versi bahasa inggeris juga. Seperti membaca ordinan darurat dahulu kala berbanding perwakilan kuasa dan peruntukan undang-undang di bawahnya.

Petikan:

Bahagian V

Hukuman

Perkara 35. (1) Lembaga Tatatertib boleh mengenakan ke atas seseorang pegawai penguatkuasa mana-mana satu, atau apa-apa gabungan yang sesuai dua atau lebih daripada hukuman berikut:

(a) Amaran

(b) Celaan

(c) Denda

(d) Pelucuthak gaji

(e) Batal

(f) Batal

(g) Turun gaji

(h) Turun pangkat

(i) Buang kerja

(2) Walau apa pun peruntukan dalam perenggan (1) kaedah ini, Lembaga Tatatertib boleh mengenakan ke atas seseorang pegawai penguatkuasa mana-mana satu daripada hukuman yang berikut bagi mana-mana satu daripada hukuman yang berikut bagi mana-mana kesalahan yang di lakukan di bawah kaedah 43-

(a) amaran

(b) celaan; dan

(c) denda tidak melebihi satu perdua gaji sehari daripada pegawai penguatkuasa itu.

Ini bukan saduran atau kenyatan sambil lewa, ini adalah realitinya. Saya cuma letakkan satu ayat yang boleh mengambarkan betapa rapuh nilai perkhidmatan yang kami beri akan menjadi api di dalam sekam dengan hanya satu hukuman berbentuk ‘celaan’ itu. Pelik tapi benar, ayat ‘celaan’ itu adalah perbuatan yang di benarkan oleh undang-undang negara kepada kami yang berkhidmatan sebagai pegawai atau anggota bawahan.

Kepada pihak yang berwajib, ini bukan bertujuan untuk merosakkan atau memburukkan sesiapa. Tetapi ini tanggungjawab kita bersama. Sementara kita masih mampu melakukan perubahan.

Terima kasih..

1 comment:

  1. soalan saya,pada 12/02/2014 mahkamah seksen telah melepaskan tanpa membebaskan saya atas alasan pengadu telah menarik balik aduannya dihadapan hakim mahkamah seksen,walaupun telah dimaklumkan(diberi amaran)oleh Timbalan pendakwa raya bahawa kes ini tidak akan disebut semula pada bila-bila masa,pengadu mengaku faham dan bersetuju bahawa penarikan aduannya diteruskan,memandangkan bahawa beliau setuju akan penarikan aduan ini,hakim telah melepaskan tanpa membebaskan saya
    sekiranya saya ingin agar perintah pengantungan kerja dan penahanan separuh gaji saya yang dibuat oleh lembaga tatatertib bebas ditarik balik seterusnya dibatalkan serta saya diambil semula bertugas sebagai penjawat awam bolehkah ianya dilakukan?(atas alasan apa) dan sekiranya lembaga tatatertib bebas enggan berbuat begitu bolehkah saya mencabar keputusan lembaga tatatertib ini?(bagaimana caranya)

    ReplyDelete