Thursday, October 6, 2011

PENGUATKUASA DBKL

Bermulanya sejarah penguatkuasa pada tahun

15 September 1969

Dikenali sebagai Skuad Pemusnah (Demolition Skuad) yang dianggotai seramai 8 orang anggota.

1970

Diatas nasihat Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) Suruhanjaya Ibukota telah merekrut seramai 48 orang anggota yang terdiri daripada bekas polis dan tentera sebagai Pasukan Penguatkuasa Ibukota.

15 Julai 1975

Unit Warden Trafik ditubuhkan, dianggotai seramai 40 orang anggota untuk menguatkuasakan Ordinan Lalulintas Jalan 1958.

1976

Pasukan Penguatkuasa Ibukota di istiharkan sebagai Pasukan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

1978

Unit Penguatkuasa Perumahan diletakkan dibawah Unit Penyelarasan Pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

1 Oktober 1981

Unit Warden Trafik diletakkan dibawah Urusetia.

31 Disember 1981

Unit Warden Trafik di bubarkan dan ditubuhkan Unit Penguatkuasa Khas.

Julai 1982

Unit Penguatkuasa Khas (Warden Trafik), Unit Penguatkuasa Perumahan (Setinggan), Pasukan Penguatkuasa (Penjaja) telah digabungkan.Dikenali sebagai Direktorat Penguatkuasaan.

15 Mei 2006

Direktorat Penguatkuasaan telah ditukarkan nama kepada Jabatan Keselamatan Dan Penguatkuasaan.

1 Julai 2011

Jabatan Keselamatan Dan Penguatkuasaan telah ditukarkan nama kepada Jabatan Penguatkuasaan.

No comments:

Post a Comment