Tuesday, October 18, 2011

Sistem Penilaian ( Anugerah Khidmat Cemerlang )

Di akhir tahun begini, sistem penilaian yang akan menentukan prestasi / nilai diri pegawai awam akan dibuat. Kebiasaannya ketika ini akan kita akan sama-sama lihat pegawai yang merasakan masa depan seorang anggota bawahannya adalah berdasarkan kuasanya dan dia berhak menentukan siapa yang bakal cemerlang di tahun hadapan.

Memilih kawan baik atau kawan yang mendatangkan kepentingan bersama. Pahit di telan, sakit mata memandang. Realiti yang berlaku di depan mata, terkunci rapat mulut membisu bila di sergah. Diatas beberapa kertas seluruh nilai peribadi seorang anggota bawahan terletak di tangan seorang pegawai atasannya.

Pasti ada baik dan buruknya dalam menilai seseorang individu, tapi membiarkan keputusan seseorang membuat keputusan bagi beberpa orang lain adalah bukan langkah praktikal. Mengikut teori ‘chief of command’ pun, hanya pegawai yang menyelia anggota itu sahaja yang mengenali. Tapi sejauh mana langkah dan cara itu di praktikkan?

Yang saya persoalkan adalah, bagaimana pula dengan penilaian terhadap rekod peribadinya? Bagaimana di nilai kehadiran dan prestasi kesihatannya pula? Bukankah seseorang penguatkuasa harus sentiasa sihat ketika menjalankan tugas? Jangan terkejut jika saya nyatakan ada anggota yang bercuti sakit selama 6 bulan tapi masih mendapat khidmat cemerlang di tahun yang dinilai. Belum pula di lihat displinnya? Akhlak peribadinya? Sahsiah diri? Prestasi nya di lapangan? Semua itu langsung tidak di ambil kira.

Cabaran itu saya minta dari pihak yang berwajib, cuba selesaikan atau buktikan saya bersalah sekiranya faktor-faktor tersebut benar-benar di ambil kira.

Jawapan paling mudah, itu adalah rezeki mereka. Jika setiap 3 tahun mereka juga yang jadi penerima, ternyata mereka adalah golongan pilihan tuhan.

Kriteria permarkahkan berdasarkan apa?

Jujurnya saya merasakan adalah pelik jika seorang anggota itu di nilai berdasarkan kelayakan di atas pengisian borong-borang tersebut. Permarkahan juga berdasarkan prestasi di dalam borang. Mudah sahaja bagaimana seorang penjawat awam di nilai?

Semakin banyak jumlah aktivitinya, semakin banyaklah markah yang diperolehi. Tapi bagaimana penglibatannya dalam aktiviti yang sedemikian menpengaruhi cara bekerjanya? Bekerja sebulan dalam setahun, mendapat perlepasan memimpin kumpulan sukan atau sosial, tapi bila dinilai, anggota tersebut cemerlang. Padahal tugas dan kerjanya mungkin hanya menghantar notis atau membuat kerja fotokopi di dalam pejabat yang sama Gred dengan penguatkuasa yang kerja di lapangan.

Kemahiran sebagai Anggota Penguatkuasa

Antara seorang anggota penguatkuasa yang lain di klasifikasikan dalam beberapa gred, bermula dengan gred N17 sehingga lah ke gred yang paling tinggi N52.

Dalam gred N17 terdapat 6 jenis pangkat pula:

1. Anggota

2. Lans Kopral

3. Kopral

4. Sarjan

5. Sarjan Mejor

6. Sub Inspektor

Ke enam-enam pangkat tersebut berada dalam 1 gred yang sama, iaitu gred N17 dan memiliki gaji yang sama sehinggalah mereka pencen atau bersara atau di tamatkan perkhidmatannya. Ketika saya mula berkhidmatan di tahun 1999, gred-gred ini kononnya di syorkan kepada pihak atasan untuk dibuat penyelarasan bagi tujuan membezakan keupayaan bidang tugas dan pangkat seperti yang di nikmati oleh penjawat awam yang beruniform seperti tentera dan polis. Tapi ada suara sumbang yang menerangkan bahawa penguatkuasa bukanlah polis dan bukan juga tentera.

Persoalannya, mengapa di wujudkan pangkat-pangkat tersebut? Untuk apa pula pangkat sedemikian wujud di dalam skim perkhidmatan penguatkuasa?

Ini baru gred N17. Belum lagi kita naik ke gred-gred yang seterusnya.

Oleh kerana gred ini yang paling teraniaya, gred ini saya beri penekanan. Bagi tujuan mencari jalan penyelesaiannya agar tidak menganggu tugas-tugas anggota yang sama gred tetapi di asingkan cara kerja dengan senioriti atau kumpulan orang lama. Sudah semestinya kepincangan memuncak apabila orang yang baru berkhidmat dan mendapat memegang jawatan. Bagi yang lama berkhidmat, ini adalah satu cara yang kurang baik ( penghinaan ) terhadap mereka yang telah menyumbang tenaga.

Ini bukan berdasarkan tahap kelayakan akedemik mereka, tapi kerana berada dalam kumpulan gred yang sama. tetapi di klasifikasikan sebagai orang terpilih atau orang yang berkepentingan?

No comments:

Post a Comment