Wednesday, November 23, 2011

sukan ragbi

kepada yang berminat.. boleh hadir menyaksikan kejohanan tersebut.. termasuk pemain ragbi bandaraya dragons..

DBKL ADA KUASA KELUAR SAMAN


mii_0748

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya diberi kuasa untuk mengambil tindakan ke atas kenderaan statik sahaja. Bermula 1 Oktober 2011 depan, DBKL melalui Jabatan Penguatkuasaan akan diberi kuasa megeluarkan saman terhadap pemandu yang melakukan saman terhadap pemandu yang melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat, berhenti di petak kuning, memotong barisan dan melanggar isyarat lalu lintas di bandar raya ini. Sebelum ini, semua tindakan tersebut hanya di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Yang Berbahagia Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur, persetujuan ini dicapai melalui satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara pada 9 September lalu. “Langkah ini diambil adalah bagi memastikan pergerakan lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur berjalan lancar terutama pada waktu puncak”, katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Senyum Peringkat DBKL.

DBKL akan menempatkan 20 warden trafik bersama anggota polis di 10 persimpangan jalan utama di bandar raya ini bagi mengawal dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pemandu yang melanggar lalu lintas.

Antara jalan terbabit adalah :

Bil.

Nama Jalan

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Jalan Raja Laut

Jalan Tunku Abdul Rahman

Jalan Pudu

Jalan Dang Wangi

Jalan Tun Tan Cheng Lock

Jalan Tun Ismail

Jalan Gereja

Jalan Parlimen

Jalan Leboh Ampang

Jalan Raja Muda Abdul Aziz


LAWATAN TURUN PADANG TIMBALAN PERDANA MENTERI BERI MANFAAT KEPADA KAKITANGAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

TARIKH : 16 NOVEMBER 2011

mii_4086 mii_4447

Tanggal 16 November 2011 ( Selasa ), YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan lawatan turun padang ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Turut mengiringi YAB Timbalan Perdana Menteri (YAB TPM) adalah YB Senator Datuk Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin Menteri WIlayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YB Datuk Shaziman Abu Mansor Menteri Kerja Raya, YBhg Dato’ Hj. Ahmad Phesal Bin Talib Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar serta YBhg Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail,Datuk Bandar Kuala Lumpur.

mii_4270 mii_4417

Dalam lawatan pertamanya ke DBKL, YAB TPM tiba di Jabatan Penguatkuasaan,Jalan Pekeliling tepat pada jam 8.15 pagi bersama-sama dengan tetamu kehormat yang lain. Majlis perjumpaan tersebut dimulakan dengan amanat YAB TPM kepada kakitangan penguatkuasaan. Dalam ucapan beliau, YAB TPM menyatakan bahawa Kuala Lumpur merupakan salah satu ibukota yang diiktiraf selamat untuk didiami dan tugas penguatkuasaan amatlah penting dalam menguatkuasakan undang-undang. Selain itu kakitangan penguatkuasaan adalah bertanggungjawab juga di dalam mendidik dan meningkatkan pengetahuan masyarakat di dalam mematuhi undang-undang disamping memperbaiki kehidupan taraf hidup di Kuala Lumpur. Selesai sahaja amanat diberikan, beliau meluangkan masa untuk minum pagi bersama-sama 500 orang kakitangan penguatkuasa.

Seterusnya YAB TPM bersama rombongannya terus ke Auditorium Menara DBKL 1 bagi berjumpa sendiri dan bersuai-kenal dengan pegawai-pegawai kanan DBKL. Dikesempatan itu juga, YAB TPM sempat menyampaikan amanat beliau dan kata-kata peransang di dalam menjalankan tugasan harian. Sesi soal jawab bersama YAB TPM diteruskan sejurus selesai sahaja amanat yang diberikan. Acara diakhiri dengan minum pagi bersama-sama dengan Ketua-ketua Jabatan DBKL.

berita daripada papan kenyataan

PENCALONAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT WILAYAH PERSEKUTUAN 2012 - AWAS

PERHATIAN

PENCALONAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT WILAYAH PERSEKUTUAN 2012 - AWAS

Pencalonan bagi penganugerah DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT WILAYAH PERSEKUTUAN (DKBPWP) telah ditutup pada 30 September 2011. Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dan tidak terpengaruh jika ada pihak yang mendakwa boleh mengatur pencalonan bagi mereka mendapatkan gelaran seperti 'Datuk' atau 'Datuk Seri' dan sebagainya. Kementerian ini juga tidak pernah mengeluarkan surat penawaran kepada mana-mana individu untuk memasukkan pencalonan mereka.

Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan tersebut tidak melibatkan kenaan bayaran atau permintaan sumbangan daripada calon. Sekiranya terdapat pihak yang membuat tawaran yang sedemikian diminta supaya melaporkan kepada Bahagian Komunikasi Korporat di talian 03-88897888

Ketua Setiausaha,KWPKB

terima kasih menteri wilayah dan datuk bandar

yang berbahagia dato',

masih tidak terlewat untuk saya dan warga jabatan penguatkuasaan dbkl mengucapkan terima kasih atas perhatian yang amat berhormat tan sri timbalan perdana menteri malaysia untuk datang melawat dan seterusnya menyampaikan amanat / sesi minum pagi bersama kakitangan jabatan penguatkuasaan dbkl.

seperti yang yang berhormat dato' maklum dan balasan pesanan berkaitan elaun kritikal / khas yang saya adukan kepada yang berhormat dato'.

kehadiran tan sri timbalan perdana menteri sahaja sudah membuktikan bahawa yang berhormat dato' juga amat perihatin dengan masalah kakitangan dan luahan orang bawahan di bawah pengurusan dewan bandaraya kuala lumpur.

terima kasih yang tak terhingga kepada dato sekali lagi.. ;-)

antara yang lama dan yang baru

selawat dan salam ke atas junjungan..

terima kasih kepada para rakan dan sahabat yang sudi memberi sepatah dua kata berkaitan idea dan cadangan kepada saya bagi menyalurkan maklumat tepat demi mencapai kesepaduan dalam organisasi yang kita sama-sama sayangi..

pertama sekali kepada para sahabat dan rakan dari pantai timur dan utara, sekiranya terdapat keluarga yang masih berada disana, semoga tabah menghadapi bencana banjir yang mula melanda. walaupun kita di sini, semuga perhatian kepada mereka di sana harus di beri keutamaan juga. semuga selamat hendaknya.

dalam menghadapi hari penguatkuasa yang ke 42 yang tidak kunjung tiba, kita juga di beri tugasan lain seperti tugasan sekretariat bantuan bencana pusat wilayah persekutuan, sekretariat pilihanraya, tugas hakiki, operasi bersepadu, operasi mingguan dan juga para rakan-rakan yang terlibat dengan sukan dan sebagainya.

tujuan kita berada di sini adalah untuk mencari rezeki, kita sama-sama berada di jabatan yang sama, kini mula nampak ada kumpulan muda dan tua yang memecahkan tradisi adat bekerja secara berkumpulan dan membentuk budaya kerja membenci satu sama lain.
bukan saya bercakap kosong. saya mungkin berada di generasi pertengahan, tapi tetap menjadi mangsa keadaan juga.

jurang yang wujud bukan salah sesiapa. tiada siapa mahu mengaku melakukan kesilapan. tapi proses dan sistemnya memang merosakkan cara bekerja. proses kenaikan pangkat, senioriti, tarikh lantikan, kenaikan gaji, peperiksaan, kursus induksi dan kursus umum yang di sediakan juga sentiasa berlawanan dan berada di sistem yang salah. aturan kerja juga sentiasa berubah mengikut keperluan yang salah.

jika saya terperincikan maklumat, pasti akan nampak kepincangan yang menunjukkan kesalahan itu semua berpunca daripada pihak pengurusan tertinggi jabatan yang bersikap sambil lewa dan meninggalkan syarat-syarat utama dalam proses yang menentukan nilai seseorang penguatkuasa itu.

lapangan pekerjaan kita terbuka luas dengan informasi, maka setiap kesilapan dan kesalahan perlu di perbetulkan segera. bukan mendiamkan diri dan biar masalah itu berterusan. cadangan demi cadangan pasti ada. tapi siapakah yang layak? jika yang pangkat tinggi pun tidak berupaya mengubah apa lagi pangkat bawahan? pengstrukturan baru amat perlu! bukan dengan hanya memakai baju baru. baju kita tak mampu menyorok perbuatan salah kita. sikap dan budaya itu tak akan berubah dengan konsep salin tikar atau salin baju. tapi proses itu yang menunjukkan kita itu bijak atau sekadar menjadi 'pak angguk' kepada pegawai atasan..

jika kita tak mahu perubahan adakah kita semua sama-sama menunggu mati?




Sunday, November 20, 2011

berita dari twitter

RT @shamhashim: myMetro | Banjir mula landa dua daerah di Terengganu: http://t.co/oUSuiH0k via @AddThis

Monday, November 14, 2011

Taklimat Lawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Semuga persiapan lawatan TPM berjalan lancar.. Kepada petugas yang terlibat, sekalung penghargaan & tahniah..