Wednesday, November 23, 2011

antara yang lama dan yang baru

selawat dan salam ke atas junjungan..

terima kasih kepada para rakan dan sahabat yang sudi memberi sepatah dua kata berkaitan idea dan cadangan kepada saya bagi menyalurkan maklumat tepat demi mencapai kesepaduan dalam organisasi yang kita sama-sama sayangi..

pertama sekali kepada para sahabat dan rakan dari pantai timur dan utara, sekiranya terdapat keluarga yang masih berada disana, semoga tabah menghadapi bencana banjir yang mula melanda. walaupun kita di sini, semuga perhatian kepada mereka di sana harus di beri keutamaan juga. semuga selamat hendaknya.

dalam menghadapi hari penguatkuasa yang ke 42 yang tidak kunjung tiba, kita juga di beri tugasan lain seperti tugasan sekretariat bantuan bencana pusat wilayah persekutuan, sekretariat pilihanraya, tugas hakiki, operasi bersepadu, operasi mingguan dan juga para rakan-rakan yang terlibat dengan sukan dan sebagainya.

tujuan kita berada di sini adalah untuk mencari rezeki, kita sama-sama berada di jabatan yang sama, kini mula nampak ada kumpulan muda dan tua yang memecahkan tradisi adat bekerja secara berkumpulan dan membentuk budaya kerja membenci satu sama lain.
bukan saya bercakap kosong. saya mungkin berada di generasi pertengahan, tapi tetap menjadi mangsa keadaan juga.

jurang yang wujud bukan salah sesiapa. tiada siapa mahu mengaku melakukan kesilapan. tapi proses dan sistemnya memang merosakkan cara bekerja. proses kenaikan pangkat, senioriti, tarikh lantikan, kenaikan gaji, peperiksaan, kursus induksi dan kursus umum yang di sediakan juga sentiasa berlawanan dan berada di sistem yang salah. aturan kerja juga sentiasa berubah mengikut keperluan yang salah.

jika saya terperincikan maklumat, pasti akan nampak kepincangan yang menunjukkan kesalahan itu semua berpunca daripada pihak pengurusan tertinggi jabatan yang bersikap sambil lewa dan meninggalkan syarat-syarat utama dalam proses yang menentukan nilai seseorang penguatkuasa itu.

lapangan pekerjaan kita terbuka luas dengan informasi, maka setiap kesilapan dan kesalahan perlu di perbetulkan segera. bukan mendiamkan diri dan biar masalah itu berterusan. cadangan demi cadangan pasti ada. tapi siapakah yang layak? jika yang pangkat tinggi pun tidak berupaya mengubah apa lagi pangkat bawahan? pengstrukturan baru amat perlu! bukan dengan hanya memakai baju baru. baju kita tak mampu menyorok perbuatan salah kita. sikap dan budaya itu tak akan berubah dengan konsep salin tikar atau salin baju. tapi proses itu yang menunjukkan kita itu bijak atau sekadar menjadi 'pak angguk' kepada pegawai atasan..

jika kita tak mahu perubahan adakah kita semua sama-sama menunggu mati?




No comments:

Post a Comment