Wednesday, November 23, 2011

DBKL ADA KUASA KELUAR SAMAN


mii_0748

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya diberi kuasa untuk mengambil tindakan ke atas kenderaan statik sahaja. Bermula 1 Oktober 2011 depan, DBKL melalui Jabatan Penguatkuasaan akan diberi kuasa megeluarkan saman terhadap pemandu yang melakukan saman terhadap pemandu yang melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat, berhenti di petak kuning, memotong barisan dan melanggar isyarat lalu lintas di bandar raya ini. Sebelum ini, semua tindakan tersebut hanya di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Yang Berbahagia Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur, persetujuan ini dicapai melalui satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara pada 9 September lalu. “Langkah ini diambil adalah bagi memastikan pergerakan lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur berjalan lancar terutama pada waktu puncak”, katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Senyum Peringkat DBKL.

DBKL akan menempatkan 20 warden trafik bersama anggota polis di 10 persimpangan jalan utama di bandar raya ini bagi mengawal dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pemandu yang melanggar lalu lintas.

Antara jalan terbabit adalah :

Bil.

Nama Jalan

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Jalan Raja Laut

Jalan Tunku Abdul Rahman

Jalan Pudu

Jalan Dang Wangi

Jalan Tun Tan Cheng Lock

Jalan Tun Ismail

Jalan Gereja

Jalan Parlimen

Jalan Leboh Ampang

Jalan Raja Muda Abdul Aziz


No comments:

Post a Comment