Wednesday, November 23, 2011

LAWATAN TURUN PADANG TIMBALAN PERDANA MENTERI BERI MANFAAT KEPADA KAKITANGAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

TARIKH : 16 NOVEMBER 2011

mii_4086 mii_4447

Tanggal 16 November 2011 ( Selasa ), YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan lawatan turun padang ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Turut mengiringi YAB Timbalan Perdana Menteri (YAB TPM) adalah YB Senator Datuk Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin Menteri WIlayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YB Datuk Shaziman Abu Mansor Menteri Kerja Raya, YBhg Dato’ Hj. Ahmad Phesal Bin Talib Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar serta YBhg Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail,Datuk Bandar Kuala Lumpur.

mii_4270 mii_4417

Dalam lawatan pertamanya ke DBKL, YAB TPM tiba di Jabatan Penguatkuasaan,Jalan Pekeliling tepat pada jam 8.15 pagi bersama-sama dengan tetamu kehormat yang lain. Majlis perjumpaan tersebut dimulakan dengan amanat YAB TPM kepada kakitangan penguatkuasaan. Dalam ucapan beliau, YAB TPM menyatakan bahawa Kuala Lumpur merupakan salah satu ibukota yang diiktiraf selamat untuk didiami dan tugas penguatkuasaan amatlah penting dalam menguatkuasakan undang-undang. Selain itu kakitangan penguatkuasaan adalah bertanggungjawab juga di dalam mendidik dan meningkatkan pengetahuan masyarakat di dalam mematuhi undang-undang disamping memperbaiki kehidupan taraf hidup di Kuala Lumpur. Selesai sahaja amanat diberikan, beliau meluangkan masa untuk minum pagi bersama-sama 500 orang kakitangan penguatkuasa.

Seterusnya YAB TPM bersama rombongannya terus ke Auditorium Menara DBKL 1 bagi berjumpa sendiri dan bersuai-kenal dengan pegawai-pegawai kanan DBKL. Dikesempatan itu juga, YAB TPM sempat menyampaikan amanat beliau dan kata-kata peransang di dalam menjalankan tugasan harian. Sesi soal jawab bersama YAB TPM diteruskan sejurus selesai sahaja amanat yang diberikan. Acara diakhiri dengan minum pagi bersama-sama dengan Ketua-ketua Jabatan DBKL.

No comments:

Post a Comment