Wednesday, November 23, 2011

PENCALONAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT WILAYAH PERSEKUTUAN 2012 - AWAS

PERHATIAN

PENCALONAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT WILAYAH PERSEKUTUAN 2012 - AWAS

Pencalonan bagi penganugerah DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT WILAYAH PERSEKUTUAN (DKBPWP) telah ditutup pada 30 September 2011. Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dan tidak terpengaruh jika ada pihak yang mendakwa boleh mengatur pencalonan bagi mereka mendapatkan gelaran seperti 'Datuk' atau 'Datuk Seri' dan sebagainya. Kementerian ini juga tidak pernah mengeluarkan surat penawaran kepada mana-mana individu untuk memasukkan pencalonan mereka.

Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan tersebut tidak melibatkan kenaan bayaran atau permintaan sumbangan daripada calon. Sekiranya terdapat pihak yang membuat tawaran yang sedemikian diminta supaya melaporkan kepada Bahagian Komunikasi Korporat di talian 03-88897888

Ketua Setiausaha,KWPKB

No comments:

Post a Comment