Friday, December 16, 2011

Kami Sayang Penguatkuasa


Sejak menjawat jawatan ini 13 tahun lalu, saya dapat rasakan bahawa perkerjaan inilah yang akan menjadikan saya orang yang berguna dan bernilai kepada masyarakat dan negara. Sungguh! Itulah yang saya rasakan sehingga ke hari ini.

Ada beberapa perkara yang saya tak dapat jelaskan dengan perkataan atau ayat yang baik, tapi menjadi penguatkuasa itu adalah kebanggaan saya dan keluarga juga. Walau apa tohmahan yang di lemparkan oleh masyarakat, saya tetap perjuangkan ‘DBKL’ walau dimana saya berada. Saya bukan main-main atau bergurau terhadap perkara tersebut. Dengan zaman media sosial ini, saya secara langsung bertindak mewakili DBKL walaupun secara tidak sah selain dengan uniform yang saya pakai.

Ada yang menyindir dan merasakan saya hanya bercakap kosong berkaitan hal-hal sedemikian, tapi sejak ada twitter @hooliganatwork dan @shamhashim dan beberapa blogspot. Saya secara langsung ‘berperang’ dengan wargakota yang sewenang-wenangnya menyalahkan DBKL terhadap sesuatu perkara yang bukan dalam seliaan atau bidang kuasa DBKL dan tugas-tugas Penguatkuasa.

Dalam bahasa mudahnya, saya juga turut membuat beberapa orang menteri dan orang kanan kerajaan meng-ikhtiraf dan kagum dengan ‘kerja-kerja’ yang saya lakukan secara sambil-sambil di media sosial ini demi kepentingan bersama. Memang terdapat beberapa siri perjumpaan dengan beberapa orang pemimpin masyarakat bagi tujuan mendapat maklumat yang lebih tepat berkaitan dengan tugas-tugas penguatkuasa. Kerana itu saya sedar betapa pentingnya ‘Ilmu Penguatkuasa’ kepada setiap orang yang bergelar Penguatkuasa DBKL.

Tapi, adakah semua penguatkuasa sanggup memikul cabaran dalam menjadikan nilai Penguatkuasa itu dihargai dan di hormati? Peranan siapakah yang kita perlu serahkan masa depan kita? Persoalan ini hanya berada di tangan tuan-tuan dan puan-puan sendiri. Saya sekadar menyampaikan pendapat dan apa yang terlintas di hati, kerana saya rasakan bahawa darah yang mengalir dalam tubuh badan saya ini adalah kerana amanah yang saya pilih sejak 13 tahun yang lalu..

Wasallam.. 

Wednesday, December 14, 2011

Antara hiasan atau seragam?

Sekadar gambar hiasan..



Pernahkah kita fikir bahawa pakaian yang kita pakai itu adalah suatu cara ‘penilaian’ orang lain terhadap kita. Cara seseorang itu berpakaian juga akan menentukan ‘taraf’ penghormatan yang kita akan dapat dari orang lain juga. Lambang diri atau status diri akan terbentuk dengan hanya cara kita berpakaian.

Dalam konteks pakaian seragam, kita semua ada dan memakai seragam ini faham dan menghormati pakaian seragam yang lain. Sama ada pakaian yang ada lambang-lambang pangkat atau pakaian seragam yang di luar komposisi bidang tugas. Seperti seragam lain, memang ada juga perbezaan rupa dan warna pakaian seragam antara cara pemakaian termasuk jenis tugas dan kerja yang di lakukan.

Yang penting adalah dasar hormat itu bukan hanya kepada pakaian atau pangkat yang terdapat pada pakaian itu. Masih ada nilai entiti yang lain yang kita harus ambil kira. Sama seperti Seperti usia atau tempoh perkhidmatannya termasuk sumbangannya yang terdahulu. Mungkin tiada siapa menilai, tapi percayalah, tuhan beri kita umur yang panjang, kesihatan yang baik agar kita sama-sama dapat melaksanakan tugas dan amanah yang telah kita setuju untuk memikulnya bersama..


Wasallam..

Tangga Gaji? *saya pun tak faham

Contoh Surat Tawaran Opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Tuesday, December 13, 2011

Maruah diri atau 300 Ringgit Malaysia?

Tiada bahasa paling indah atau sopan yang saya perlu suarakan. Tajuk itu sudahpun menerangkan apa maksud itu maruah diri dan nilainya tiga ratus ringgit Malaysia kepada seseorang individu tertentu yang faham.

Paling mengecewakan saya adalah kepada kumpulan pengurusan tertinggi yang boleh ‘pejam mata dan pekak telinga’ terhadap perkara tersebut. Mana letak harga diri tuan-tuan, puan-puan yang mentadbir? Bukan kah semua PENGUATKUASA DI LEMBAH KELANG MENIKMATI ELAUN KHAS PENGUATKUASA SEBANYAK TIGA RATUS RINGGIT MALAYSIA SEJAK TAHUN 2006. Jika benar PENGUATKUASA DBKL TAK LAYAK, BERIKAN SEBAB DAN ALASANNYA.

Kami yang di peringkat bawahan semuanya masih ada akal dan pertimbangan untuk menilai. Mengapa di sekat rezeki terhadap kumpulan pekerja yang berhak. ADAKAH PENGUATKUASA DBKL YANG BERTARAF KELAS RENDAH?

Agar kasar bunyinya ayat-ayat sedemikian kan. Tapi jika bukan datang dari saya pun, saya masih merasakan bahasa ayat-ayat sedemikian adalah berpatutan. Tak mengapalah jika kerana ayat sedemikian saya di kenakan tindakan. Tapi saya rela daripada menyembunyikan sebarang salah laku demi mewakili dua ribu rakan-rakan penguatkuasa yang lain. Saya bukan pegawai pun. Tak bermakna saya orang bawahan yang tiada akal dan fikiran yang waras. Lebih baik rasanya daripada menjadi pegawai yang ada tali di hidungnya atau lebih tepat seperti lembu yang di cucuk hidung..

Wasallam..

Monday, December 12, 2011

Hijrah dan 24 Juta Ringgit Malaysia


Pagi tadi saya agak lewat sampai ke pejabat, ketika sampai, penceramah undangan Tuan Haji Ustaz Dzulkarnain bin Haji Hamzah telah pun memulakankan ceramahnya. Antara isi kandungan ceramahnya berkisar kepada jati diri dan pengisiannya. Tajuk nya berkaitan dengan program sambutan tahun baru Islam, Maal Hijrah.

Ustad Dzulkarnain merupakan pengacara program Imam Muda Astro Oasis. Antara rancangan berbentuk islam yang paling popular di waktu ini. Saya akui beliau merupakan penceramah yang berjaya menyampaikan maksudnya kepada pendengar dengan amat baik dengan cemerlang. Penuh dengan isi dan sindiran yang bermakna dalam proses penambahbaikan dalam pembentukan seorang muslim dalam mana-mana organisasi

Benar-benar buat saya berlapang dada dalam menerima nasihat yang baik dan berguna kepada orang-orang yang separuh umurseperti saya. Saya akui, bahawa sedikit masa lagi, saya juga tergolong dalam orang-orang yang kubur kata mari dan rumah kata pergi.

Entahlah jika saya punya masa untuk menyakinkan orang lain bahawa saya juga adalah orang-orang yang mahu melakukan perubahan juga. Terutama bab-bab ilmu yang mungkin dapat membawa saya dan rakan-rakan lain ke arah kebaikkan. Tapi niat sedemikian juga adalah doa dan pahala bagi orang-orang yang mahu jadi baik. Saya percaya itu adalah janji tuhan kepada setiap umatnya.

Selesai sahaja ceramah Maal Hijrah yang di sampaikan, saya terus menuju ke pejabat. Mahu segera masuk ke tempat yang ada aircond. Dan menerima pesanan ringkas yang menyebut ada rakan sekerja kena nombor ekor ( ToTo ) yang berjumlah 24 JUTA.. Ringgit Malaysia.. Bergegas saya mencari nama dan siapakah gerangan tersebut. Perkara sedemikian betul-betul menerujakan saya. Akhirnya saya tahu siapakah gerangan.. Buat saya tersenyum sendirian..

Baru saya sedar, apa yang saya dapat dari Ceramah Maal Hijrah pagi tadi dah pun hilang dari ingatan saya..

Wasallam..

Monday, December 5, 2011

SIARAN MEDIA MEDIA RELEASE KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI KEWANGAN II

DATO’ SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH

PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN

BEBAN KOS HIDUP RAKYAT

1. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan

Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:

a. Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;

b. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;

c. Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan

d. Warga emas sebatang kara 3. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.

Kementerian Kewangan Malaysia

30 November 2011

Taklimat Pengarah Jabatan Penguatkuasaan

Sunday, December 4, 2011

RASUAH : KECIL ATAU BESAR?

Teks ini sekadar contoh yang saya adukan kepada YB Dato Abdul Rahman Dahlan Ahli Parlimen Kota Belud sebagai tindakbalas perbualan di twitter berkaitan peranan SPRM dan masyarakat tempoh hari, bukan bermaksud mengaitkan sesiapa atau menuduh sesiapa. Hanya perbincangan ringkas.

RASUAH : KECIL ATAU BESAR?

Saya cuba menulis sesuatu yang mungkin diluar bidang atau kuasa yang selayaknya. Tapi apa yang saya cuba sampaikan adalah pemerhatian saya terhadap peranan SPRM, pihak pemerintah ( kerajaan ) dan masyarakat semasa. Contoh-contoh yang di gunakan juga adalah contoh-contoh ringkas yang mudah agar senang di fahami.

Mungkin tafsiran rasuah itu sendiri akan dianggap salah, tapi bila di sebut sebagai imbuhan, bonus atau ganjaran ianya akan bertukar persepsi yang berbeza.

Kepada yang berpakaian seragam, pihak penguatkuasaan, amat jelas sekiranya ada ‘rasuah’, itu kerana peranan dan kuasa yang ada pada pihak penguatkuasa tersebut. Walau apapun agensi yang di perwakilkan kuasa akan dapat keistimewaan mendapat ‘rasuah’. Itu wajib!

Anggapan saya, rasuah kuasa itu lebih jahat berbanding rasuah imbuhan sesuatu. Menjanjikan suatu tempat yang memiliki kuasa seperti jawatan dimana-mana agensi penguatkuasaan atau jawatan di sektor awam. Dan itulah yang akan menjadi punca masalah rasuah yang lain.

SPRM di wujudkan untuk menangkis segala macam bentuk rasuah, tapi yang akan menjaga & mengawal SPRM pula siapa? Ahli lembaga panel yang di lantik? Badan bebas? Suruhanjaya yang berbeza?

Kuasa SPRM itu sendiri adalah ‘rasuah’ kerajaan kepada agensi penguatkuasa yang lain. SPRM itu yang menjadikan nilai rasuah kepada agensi lain lebih lumayan. Ayat dalam bahasa mudahnya, bayaran yang di terima akan dinilai jika kena tangkap atau di soal oleh SPRM. Andaikan ketua sebuah agensi penguatkuasaan itu sendiri adalah “orang dalam” kerajaan yang bertujuan memudahkan operasi penguatkuasaan yang lain. Siapa jadi ketua dalam agensi tersebut dan peraturan memasuki agensi penguatkuasaan yang lain. Mendapat persetujuan ketua di antara agensi-agensi yang berkaitan. Jadi mereka boleh berpakat! Itulah maksud saya SPRM adalah alat kerajaan yang memerintah.

Trafik

Pemerhatian saya mungkin dari filem atau cerita atau mendengar dan melihat persepsi masyarakat dalam negara kita sendiri. Apabila melihat pegawai polis berbual dengan mana-mana pemandu kenderaan di tepi jalan, pasti ada urusan ‘timbangtara’ bukan? Itu persepsi. Lebih tepat itu berlaku. Perkara yang sedemikian boleh elak atau tidak? Kalau tanya saya, saya jawab boleh. Sebarang kesalahan lalulintas itu patut di halang sebelum kenderaan itu bergerak atau berada di jalanraya. Apabila berada di jalanraya, kaedah dan tanggungjawab sudah berbeza. Kaedahnya, harus seret mereka yang melakukan kesalahan dengan gambar dan rekod kesalahan. Bukan menyerahkan notis kesalahan yang boleh di kompoun. Oleh yang sedemikian, kaedah penyelesaian akan menjadikan kosnya lebih besar dan mendatangkan manafaat kepada kerajaan. Moralnya, semua bentuk kesalahan itu akan di cegah. Bukan di cari. Kaedah ini ada saya lihat di gunakan oleh pihak Pengangkutan Jalan. Lebih baik dari yang di gunakan oleh Polis Di Raja Malaysia. Mungkin contoh ini lebih kepada bentuk penyeragaman. Lagipun kesalahan ini adalah paling popular jika nak di sabitkan kesalahan rasuah kecil. Contoh paling mudah ialah, apabila seorang penguatkuasa melakukan tugas sendirian atau secara berkumpulan yang menahan sesuka hati, bukan dengan papantanda atau sekatan jalan.

Perniagaan

Dalam terma projek, jika bentuk imbuhan itu dalam kertas yang di persetujui, seperti beli 10 percuma 1 *dan untuk you ada 1*. Bertambah menarik jika keputusan untuk mendapatkan pembelian tersebut di persetujui oleh keseluruhan jawatan kuasa pembelian tersebut. Dari segi undang-undang itu adalah cara yang sah. Tapi bagaimana dengan syarikat yang tidak menawarkan kaedah sedemikian? Itu namanya bisnes? Atau kaedah pembelian pintar?

Saya pernah terlibat dengan beberapa urusan tender pembelian alatan elektronik, seperti biasa urusan tersebut mesti di mulakan dengan kertas cadangan dan menyediakan maklumat derdasarkan harga pasaran. Andaikan proses tersebut di tahun 2006, kemudian untuk kelulusan pada tahun 2007, dan arahan pembelian di keluarkan pada tahun 2008.menurut keterangan rasmi dan sah, harga alatan tersebut adalah rm100 di tahun 2006, tapi ketika di tahun 2008 adakah harganya sama? Jika berkaitan alatan elektronik pasti susut. Katakan nilainya berubah kepada separuh harga. Bagaimana peranan ketua agensi yang berkaitan? Diam? atau dipulangkan? Di situlah kesalahannya. Tidak kompeten! Dan itulah salah kuasa. Walau tiada sebarang imbuhan atau keuntungan pada sesiapa. Di atas kertas sahaja dah berlaku ‘salah nilai’. Tapi sah dari segi undang-undang.

Pasti tiada siapa nampak di mana berlaku ‘penyelewengan’nya.. kerana semua urusan tersebut adalah sah dari segi undang-undang. Ada di atas kertas dan perjanjian yang sah.

Kesimpulan

Saya guna dua sahaja contoh, tapi yang nampak bersalah adalah agensi penguatkuasaan itu sendiri. Seolah-olah tiada pemantauan dan pencegahan dari agensi berkaitan. Tapi bukan itu yang saya maksudkan. Yang saya sampaikan adalah, badan atau agensi yang di anggap bertanggungjawab itu siapa? Yang akan di persalahkan siapa? Yang menerima suapan? atau siapa yang benar-benar ada kuasa untuk mengubah sistem yang ada?

Cadangan

Mohon Dato menyediakan soalan-soalan agar dapat saya sertakan contoh dan kebarangkalian yang boleh dan bakal berlaku, kerana kalau saya nak di terangkan mengikut bentuk kesalahan dan aktiviti harian kejadian yang melibatkan salah guna kuasa dan rasuah, pasti tidak ada penghujungnya.

Saturday, December 3, 2011

senyum

salam pagi ahad kepada warga JPK dan mereka yang berminat dengan berita penguatkuasa DBKL. :-)

pandangan saya, pendapat saya memang ramai yang tak suka atau benci, sama ada pandangan tersebut secara peribadi ataupun pandangan umum. tapi niat saya satu. niat untuk kita sama-sama berusaha ke arah kebaikan. supaya rezeki yang kita dapat dari pekerjaan yang kita lakukan ini setimpal dengan gaji yang kita dapat. walau seribu satu macam masalah dan persoalan yang kita hadapi, sama ada dari segi peribadi atau kerana masalah yang orang lain buat, kita wajib dan harus cuba menyelesaikannya.

pengalaman saya sedikit, kawan saya di JPK juga sedikit ( benar orang benci agaknya *ha3) , tapi saya tak jemu untuk terus mengenali mereka yang lebih lama atau juga yang masih baru. kini saya di alam pertengahan di kalangan anggota / pegawai penguatkuasa. tapi sedikit sebanyak pengalaman itu adalah juga.

esok pagi kita akan sama-sama lagi berkumpul dan menjalani latihan perbarisan seragam baru, entah apa formasi dan perubahan yang bakal berlaku. bagi orang lama itu perkara yang biasa. perubahan formasi atau perubahan apa sahaja adalah perkara yang bukan mustahil. itu hebatnya JPK..

tapi lagi hebat adalah orang-orang JPK itu sendiri, walau apa sumpah seranah atau maki hamun, tetap steady.. paling lama marah dua jam, atau paling lama simpan dendam. kalau tak, tak ada lah pula yang makin intim dengan bomoh atau doktor moden yang pandai guna-guna atau 'time slip' ajaib.

kebarangkali bersangka buruk itu adalah sedikit, kejadian seperti motor kena simen, kena mangga, tabur pasir dalam tank motor, kereta calar, patahkan kunci dalam lubang kunci, vandalisma harta benda pejabat. itu biasa bagi kumpulan yang hampir mencecah 2 ribu kakitangan.

tak tumbuh, tak melata, tak sungguh orang tak kata...
kalau tiada angin, masa kan pokok bergoyang...

sinonim bukan?

sekian celoteh pagi ini... semuga bertemu di esok hari..

insyallah... ;-)

Friday, December 2, 2011

inilah penguatkuasa..

seringkali saya menasihati diri sendiri agar sentiasa bersedia menerima sebarang perubahan yang berkaitan dengan pekerjaan. sama ada secara peribadi atau berkumpulan.

setiap hari sentiasa berdoa agar dapat melakukan sebarang pekerjaan dengan baik. berdoa juga agar tidak menyusahkan orang lain. ;-)

sekalung penghargaan kepada para jurulatih kawad yang sentiasa memberi tunjuk ajar dalam latihan perbarisan seragam baru yang bakal berlangsung pada 8 disember nanti. begitu juga kepada para pegawai yang sentiasa mencari jalan agar dapat menjalankan majlis tersebut dengan sempurna.

bukan mudah untuk menjayakan majlis yang bertaraf negeri atau peringkat kementerian, pasti banyak mata yang melihat dan memandang.. benar.. ini majlis rasmi.. majlis yang melibatkan menteri.

pada setengah orang mungkin anggap itu perkara mudah, tapi percayalah.. saya pernah berada di situasi tersebut. bukan calang-calang orang dapat mengendalikan majlis sedemikian. tak tidur malam memikirkan semua kemungkinan kejadian yang bakal berlaku. walau hanya kerana setitis hujan, atau kerana ada sebatang pokok yang tumbang di kawasan astaka itu nanti.

jemputan, para vip seluruh wilayah persekutuan, wakil media, wakil kesatuan, agensi beruniform, jabatan perdana menteri dan yang berkaitan..

ini bukan majlis kenduri doa selamat.. melibatkan persembahan dan kakitangan yang berjumlah 800 orang.. di jangka jemputan yang hadir dan di jemput seramai 600 orang. jumlah di lokasi tersebut mungkin ada seramai 1400. itu yang di jangka. belum orang ramai yang tetiba datang menyaksikan persembahan.

terima kasih kepada orang lama dan abang-abang yang turut hadir bersama dan menjalani latihan perbarisan. kesihatan yang tidak menentu, tapi kehadiran mereka benar-benar menyuntik semangat. maka benarlah seperti kata Timbalan Penguasa Ashaari Ahmad :

"Peluh tuan-tuan yang jatuh ke bumi itu adalah pahala... ini tuan-tuan lakukan demi tugas.."

terima kasih dari saya..