Friday, December 16, 2011

Kami Sayang Penguatkuasa


Sejak menjawat jawatan ini 13 tahun lalu, saya dapat rasakan bahawa perkerjaan inilah yang akan menjadikan saya orang yang berguna dan bernilai kepada masyarakat dan negara. Sungguh! Itulah yang saya rasakan sehingga ke hari ini.

Ada beberapa perkara yang saya tak dapat jelaskan dengan perkataan atau ayat yang baik, tapi menjadi penguatkuasa itu adalah kebanggaan saya dan keluarga juga. Walau apa tohmahan yang di lemparkan oleh masyarakat, saya tetap perjuangkan ‘DBKL’ walau dimana saya berada. Saya bukan main-main atau bergurau terhadap perkara tersebut. Dengan zaman media sosial ini, saya secara langsung bertindak mewakili DBKL walaupun secara tidak sah selain dengan uniform yang saya pakai.

Ada yang menyindir dan merasakan saya hanya bercakap kosong berkaitan hal-hal sedemikian, tapi sejak ada twitter @hooliganatwork dan @shamhashim dan beberapa blogspot. Saya secara langsung ‘berperang’ dengan wargakota yang sewenang-wenangnya menyalahkan DBKL terhadap sesuatu perkara yang bukan dalam seliaan atau bidang kuasa DBKL dan tugas-tugas Penguatkuasa.

Dalam bahasa mudahnya, saya juga turut membuat beberapa orang menteri dan orang kanan kerajaan meng-ikhtiraf dan kagum dengan ‘kerja-kerja’ yang saya lakukan secara sambil-sambil di media sosial ini demi kepentingan bersama. Memang terdapat beberapa siri perjumpaan dengan beberapa orang pemimpin masyarakat bagi tujuan mendapat maklumat yang lebih tepat berkaitan dengan tugas-tugas penguatkuasa. Kerana itu saya sedar betapa pentingnya ‘Ilmu Penguatkuasa’ kepada setiap orang yang bergelar Penguatkuasa DBKL.

Tapi, adakah semua penguatkuasa sanggup memikul cabaran dalam menjadikan nilai Penguatkuasa itu dihargai dan di hormati? Peranan siapakah yang kita perlu serahkan masa depan kita? Persoalan ini hanya berada di tangan tuan-tuan dan puan-puan sendiri. Saya sekadar menyampaikan pendapat dan apa yang terlintas di hati, kerana saya rasakan bahawa darah yang mengalir dalam tubuh badan saya ini adalah kerana amanah yang saya pilih sejak 13 tahun yang lalu..

Wasallam.. 

No comments:

Post a Comment