Monday, December 31, 2012

KECIL! TAPI SANGAT BERMAKNA KEPADA WARGA PENGUATKUASA DBKL

Berapa nilai sebiji 'buah'? Ketika saya dapat Pingat Bakti Kelas Kedua (II) pada tahun 2004, nilainya hanya RM60. Saya buat dengan kos sendiri kerana tak sabar nak gantung pada baju istiadat atau lebih dikenali dengan nama 'One Dress'. Ketika itu saya hanya ada dua pingat bersama Pingat PPP yang di beri pada selepas di sahkan jawatan sebagai Penguatkuasa.

Manakala semasa pemakaian seragam biasa, akan mengenakan 'ribbon bar' di atas poket sebelah kiri dan atas dada. Satu pengertian dan sangat simbolik bagi mana-mana penjawat awam yang memakai seragam.

Berapa pula nilai dan kos yang diperlukan untuk membuat 'ribbon bar' tersebut? Tak mungkin kosnya melebihi dari nilai kos buat 'buah' (Pingat)?

Apa salahnya jika pihak jabatan / pengurusan Jabatan Penguatkuasaan DBKL memberi 'ribbon bar' tersebut mengikut tempoh perkhidmatan seseorang anggota penguatkuasa? Kerana kos? Atau kerana malu memiliki seorang ahli atau anggota penguatkuasa yang telah lebih 20 tahun dalam perkhidmatan? Malu terhadap sumbangan mereka yang masih sudi memberi khidmat? Bukankah sepatutnya kriteria 5, 10, 15, 20, dan lebih 25 tahun perkhidmatan di ambil kira?

Sebagai barisan pengurusan jabatan, tak rasa terhutang budi? Terhadap atas jasa-jasa mereka? Kemahiran? Bukan sepatutnya pihak jabatan memberi 'ribbon bar' itu berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bentuk sumbangan yang telah anggota atau ahli penguatkuasa berikan? Bagaimana pihak pengurusan Jabatan Penguatkuasaan menilai?

Mungkin pihak jabatan atau DBKL sangat malu atau pun memang tidak pernah menghargai jasa-jasa mereka yang telah lama berkhidmat dan menyumbang tenaga.

Anggaplah saya sebagai pengkianat atau penderhaka kepada Jabatan Penguatkuasaan kerana mempertikai peranan pengurusan Jabatan. Tapi adalah sangat jelik dan pelik jika tanggungjawab menyempurnakan ibadah / pekerjaan ini pada sebahagian kumpulan tertentu.

Ahli dan anggota lain bukan buta, pekak atau pun bodoh. Kita semua memang nampak.





UNTUNG SIAPA? SKIM BARU GAJI PENGUATKUASA DBKL

Cubaan baru bagi tahun-tahun yang akan datang, bukan cabaran baru. Tapi hanya akan jadi perbualan yang panjang apabila muncul kaedah-kaedah yang telah lama wujud tapi tidak di praktikkan.

Apa bentuk cubaannya? Sepatutnya kita dah lama buka mata. Kerana skim / kuota untuk naik pangkat, naik gaji, hanya di pelopori oleh kumpulan tertentu, orang tertentu, dan mengenepikan hak orang lain.

Belum diambil kira bentuk kursus dan latihan, kos yang tidak di terjemahkan kepada bentuk yang lebih adil kepada semua warga penguatkuasa. Sistem kerja / kaedah yang semakin di ragui dan melakukan kerja yang tidak mengikuti 'skim perkhidmatan' yang telah di tetapkan.

Kita patut tuding jari kepada siapa?

Tuesday, December 25, 2012

HIMPUNAN OREN! APA KEPENTINGAN DATUK BANDAR KUALA LUMPUR TERHADAP FELDA?

Berdasarkan pengamatan saya terhadap situasi perhimpunan awam, pihak polis atau kerajaan tidak pula menghalang atau mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa perhimpunan itu adalah di larang. Mengapa pula ada kawalan khas dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpuf sempena Himpunan OREN di pejabat FELDA tersebut?

Perhimpunan awam adalah di benarkan menurut Akta Perhimpuan Aman 2012. Kawasan yang bakal di adakan Himpunan Oren itu juga adalah jalan awam dan bukan jalan / bangunan seliaan pihak DBKL. Saya salah? Tapi apa kaitannya dengan kawalan dari penguatkuasa DBKL? Harap ada pihak yang tampil memberi jawapan.

Lagi pun, pejabat FELDA dan Pusat Latihan Polis hanya berada seberang jalan. Di jalan yang sama iaitu Jalan Semarak! Saya masih fikirkan alasan mengapa DBKL turut serta dalam masalah FELDA.

HIMPUNAN OREN! 28 DISEMBER 2012

Kita akan turut berhimpun! Saya agak DBKL juga ada memiliki saham Felda.

Monday, December 24, 2012

CUTI BANJIR! PENGUATKUASA DBKL LUAR KAWASAN

Bagi mana-mana penguatkuasa yang tidak dapat balik ke Kuala Lumpur kerana banjir. Sila rujuk lampiran yang di paparkan.

Sunday, December 23, 2012

Saturday, December 22, 2012

MAHASISWA MASUK DATARAN!

Penguatkuasa DBKL dalam 'mode standby'!



HALANG TUGAS PENGUATKUASA DBKL!


Akibat menghalang tugas penguatkuasa DBKL, rakan mereka ini di penjara selama sebulan dan di denda sebanyak RM1000.00. Ketika ini mereka cuba timbulkan masalah baru, mereka berkhemah dihadapan Penjara Kajang. Saya patut ragui status 'terpelajar' dan 'ahli keluarga' mereka.

Posted via DraftCraft app

PETIKAN AKHBAR 14 MEI 2012: LATIHAN PENGUATKUASA DBKL MENGHADAPI DEMONSTRASI!

Anggota Penguatkuasa DBKL Akan Diberi Latihan Khusus Untuk Hadapi Demonstrasi
Published On Monday, May 14, 2012 By klxpress-admin. Under: Isu Semasa.

KUALA LUMPUR: Anggota penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diberi latihan khusus sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya perhimpunan haram pada masa hadapan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata latihan khusus itu perlu kerana dalam senario terkini, kemungkinan lebih banyak perhimpunan haram akan diadakan dari semasa ke semasa, terutamanya di Kuala Lumpur.

“Lebih elok jika anggota penguat kuasa dilatih khusus untuk menghadapi sebarang perhimpunan haram, tidak kira perhimpunan besar atau kecil, anggota penguat kuasa akan dicabar supaya kekecohan berlaku,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja dan pelancaran kempen ‘Keep Smiling 2012′ peringkat Jabatan Penguatkuasaan DBKL, di sini Isnin.

Kempen berkenaan bertujuan memantapkan budaya mesra pelanggan dan berbudi bahasa dalam kalangan warga Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dan juga agensi di bawahnya.

Mengulas lanjut mengenai latihan khusus itu, berkata perbincangan telah diadakan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri), dan kita akan bekerjasama dengan mereka (KDN) menyediakan maklumat terperinci mengenai latihan itu,” katanya.

Menurutnya lagi, perbincangan mengenai latihan akan turut melibatkan polis, kerana polis telah dilatih khusus menghadapi situasi perhimpunan haram.

“Polis mungkin akan mengetuai latihan tersebut, tetapi semua ini masih bergantung kepada perbincangan yang akan diadakan,” katanya.

Raja Nong Chik berkata selain itu kelengkapan anggota penguatkuasaan DBKL juga akan diperkemas semula.

“DBKL mungkin tidak ada kelengkapan khusus untuk menghadapi situasi perhimpunan haram, (jadi) peruntukan khas berkaitan persediaan kelengkapan mungkin akan disediakan,” katanya.

Beliau berkata kelengkapan itu perlu demi mengelak kecederaan kepada anggota penguat kuasa yang bertugas. - BERNAMA


Posted via DraftCraft app

Tuesday, December 11, 2012

JADUAL MASA DEPAN!

Kronologi Seorang Penguatkuasa DBKL:

0 hingga 5 tahun

1. Kursus Asas Penguatkuasa
2. Kursus Induksi
3. Peperiksaan Perkhidmatan

6 hingga 10 tahun

1. Tak payah kursus dah! sebab 'cap jari' dah kering! Kalau sempat habiskan tempoh 5 tahun awal. Jika gatal nak ambil peperiksaan N27 pun sekadar buang masa! Jika nasib sangat baik, mungkin dah dapat 'Anugerah Khidmat Cemerlang'!

11 hingga 15 tahun

2. Dah boleh beli teksi atau buat apa-apa kerja part time. Masa ni mungkin dah lama berkahwin dan ada anak dah.. Lagi pun jika DBKL nak hantar berkursus pun mungkin dah liat!

16 hingga 20 tahun

3. Dah boleh relaks! Gaji dah naik KUP N22! Buat apa susah2 kan diri nak kerja teruk2.. Penyakit pun dah macam2 ada!

21 hingga 25 tahun

4. Pihak pentadbiran & jabatan baru sedar! Kita dah nak pencen! Kena siapkan rekod perkhidmatan dan segala macam dokumen untuk menamatkan perkhidmatan!

26 hingga 30 tahun

5. Jika masih berkhidmat, memang dah betul2 menyusahkan orang lain! Orang pun dah tak percaya!

Sekadar gurauan di petang hari.. :-)



BILA KITA RASA KITA BAGUS! ORANG TAK KISAH PUN!

*ini hanya sedikit paparan yang mungkin bukan saya seorang sahaja pernah kena, tapi lebih ramai..


Saya tak dengki! Saya tak gila pangkat! Tak kisah dengan pandangan orang juga. Saya boleh jadi apa sahaja bagi tujuan untuk mencapai 'matlamat'. Tapi saya takut saya 'ter'ambil' hak dan rezeki orang lain.

Sentiasa ingatkan diri supaya menerima apa sahaja rezeki yang ada. Walau orang lain dah berkali-kali dapat rezeki yang bergantang-gantang, berkoyan-koyan.

Memang benar, kita hanya nampak salah orang dan tak nampak salah sendiri. Tapi saya sangat berhati-hati menulis. Saya sedar, ilmu saya tak banyak, ambil langkah dengan mengelak bercampur orang, walaupun saya tahu akhirnya saya mungkin di benci orang.

Saya juga kena ingatkan diri, di sini kita bukan kerja berseorangan. Saya cuba untuk tidak mengusik hak orang lain.

Jika benar itu bukan rezeki saya, saya terima. Tapi tak perlukan guna ungkapan 'akhirat jawab'!

Wallahualam..

Posted via DraftCraft app

Monday, November 26, 2012

INI FITNAH! 25 DARI 61 PENGUATKUASA DBKL GAGAL!

Saya memang tak ada kerja! Hanya pandai sebar fitnah! 25 dari 61 Penguatkuasa DBKL yang gagal Kursus / Induksi itu bukan semuanya Penguatkuasa. Ada Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) juga. :-)



Thursday, November 22, 2012

SALAH DBKL? JABATAN PENGUATKUASAAN?

Watch "DBKL SAMAN PENJAJA BERLESEN DI UPTOWN DANAU KOTA" on YouTube

WHISTLEBLOWER!

A whistleblower (whistle-blower or whistle blower)[1] is a person who tells the public or someone in authority about alleged dishonest or illegal activities (misconduct) occurring in a government department or private company or organization. The alleged misconduct may be classified in many ways; for example, a violation of a law, rule, regulation and/or a direct threat to public interest, such as fraud, health/safety violations, and corruption. Whistleblowers may make their allegations internally (for example, to other people within the accused organization) or externally (to regulators, law enforcement agencies, to the media or to groups concerned with the issues). One of the first laws that protected whistleblowers was the 1863 United States False Claims Act (revised in 1986), which tried to combat fraud by suppliers of the United States government during the Civil War. The act encourages whistleblowers by promising them a percentage of the money recovered or damages won by the government and protects them from wrongful dismissal.[2] Whistleblowers frequently face reprisal, sometimes at the hands of the organization or group which they have accused, sometimes from related organizations, and sometimes under law. Questions about the legitimacy of whistle blowing, the moral responsibility of whistle blowing, and the appraisal of the institutions of whistle blowing are part of the field of political ethics.

SEKSYEN 114 (a) Akta Keterangan 2012

Soalan-soalan Lazim Berkaitan Seksyen 114 (a) Akta Keterangan 2012

1. Apakah itu Seksyen 114 A?

Seksyen 114 A, “Andaian Fakta dalam Penerbitan”, merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950. Pindaan tersebut yang diluluskan Dewan Rakyat tanpa didebatkan terlebih dahulu pada 18 April 2012 dan melalui Dewan Negara pada 9 Mei 2012. Pindaan ini telah diwartakan dan mula berkuatkuasa mulai 31 Julai 2012.

Seksyen 114 A, yang boleh diguna pakai dalam kes jenayah dan juga sivil, mengandaikan bahawa pemilik, pengendali, hos, editor, pelanggan sesebuah rangkaian atau laman web, atau pemilik komputer atau peralatan mudah alih dianggap bertanggungjawab menyiarkan atau mengulangsiarkan isi kandungan yang terdapat pada rangkaian, laman web atau peralatan terbabit.

2. Apakah tujuan asal pindaan ini diperkenalkan?

Tujuan asal pindaan ini adalah untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab ke atas penyiaran dan penyebaran bahan berunsur hasutan di internet.

Bagi pihak berkuasa, proses menjejaki dan mengenal pasti individu yang terlibat dalam penyiaran atau penyebaran bahan berunsur hasutan di internet merupakan sesuatu yang sukar. Individu tersebut dengan mudah mengambil kesempatan menyembunyikan identiti mereka di internet kerana kesukaran pihak berkuasa mengawal internet yang luas dan terbuka. Penyembunyian identiti juga menggalakkan rakyat menyatakan pendapat tanpa rasa takut kepada mana-mana pihak. Selain itu, oleh sebab maklumat mudah berpindah dari satu pihak ke pihak yang lain, pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk mengesan individu asal yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat tersebut.

3. Apakah kekurangan yang ada pada Seksyen 114A?

Pindaan ini jelas mengandaikan kesalahan terletak pada individu yang identitinya diguna pakai dalam penyiaran atau penyebaran maklumat berbentuk hasutan tanpa mengambil kira faktor seperti kecurian identiti dan penggodaman komputer. Kesalahan juga terletak pada pihak yang menyediakan ruangan komen pada blog, forum dan pengendali laman web walaupun maklumat tersebut disiarkan oleh pihak lain.

Pelaksanaan pindaan baru ini boleh mengakibatkan pihak yang tidak terlibat menjadi mangsa. Pindaan ini juga bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan seseorang tidak bersalah selagi kesalahannya tidak dibuktikan.

Selain itu, undang-undang yang diperkenalkan ini tidak akan dapat memerangi jenayah siber dengan berkesan kerana pindaan ini secara tidak langsung melindungi penjenayah siber dengan meletakkan kesalahan ke atas mangsa mereka yang komputer atau akaun Facebook dan Twitternya digodam.

4. Apakah implikasi pindaan ini terhadap individu?

Pelaksanaan Seksyen 114 A mempunyai kesan yang luas terhadap setiap pengguna internet yang meliputi pelbagai platform seperti emel dan media sosial. Pindaan ini awal-awal lagi telah meletakkan kesalahan ke atas individu yang memiliki laman web atau peralatan yang mana kenyataan atau isi kandungan berunsur hasutan tersiar. Di bawah Seksyen 114 A, individu atau organisasi yang mengendali, menyelia atau menyediakan ruang untuk forum, blog atau perkhidmatan pengehosan web adalah bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat dalam perkhidmatan terbabit. Mereka juga bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan oleh pihak lain yang menyamar menggunakan identiti mereka di internet. Hasilnya, Seksyen ini mengancam kebebasan bersuara di internet, serta mengancam prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.

5. Apakah implikasi pindaan ini terhadap ekonomi negara?

Pada tahun 2010, sektor internet menyumbang 4.1% (30 billion) kepada KDNK Malaysia – angka yang lebih tinggi daripada kebanyakan negara maju yang mana sektor internetnya menyumbang kira-kira 3.4% KDNK mereka[1]. Ekonomi berasaskan internet di negara ini bercambah dengan pesat hasil daripada kebebasan berinternet yang dinikmati para pengguna perkhidmatan tersebut. Kejayaan perniagaan-perniagaan internet juga berkait rapat dengan kebolehan pengguna-pengguna internet mencipta, mencari serta berkongsi maklumat.

Populariti rangkaian laman sosial juga mendorong perniagaan-perniagaan untuk membangunkan strategi pemasaran yang berinovatif serta mampu menjana kemajuan ekonomi. Facebook dan Twitter juga membantu perniagaan mempromosikan produk mereka. Selain itu peniaga juga dapat meningkatkan mutu produk hasil daripada maklum balas pembeli melalui laman sosial tersebut. Oleh itu, kemajuan ekonomi berasaskan internet bergangtung kepada inisiatif yang mampu menggalakkan penggunaan internet dan bukannya langkah yang membantutkan.

Seksyen 114 A menghalang penggunaan dan penghasilan maklumat di internet. Oleh sebab pindaan tersebut meletakkan beban membuktikan kesalahan di bahu pemilik sesebuah laman web atau peralatan, penghasilan dan perkongsian maklumat di internet akan terbantut akibat ketakutan dan risiko didakwa. Hasilnya, pindaan yang baru ini akan menjejaskan perniagaan-perniagaan kecil mahupun besar yang bergantung pada penglibatan pengguna-pengguna internet.

6. Mengapa kebebasan bersuara di internet perlu dipertahankan?

Perkongsian maklumat yang bebas dan terbuka merupakan asas bagi sebuah sistem demokrasi yang kukuh. Hal ini memastikan rakyat sentiasa dibekalkan dengan maklumat yang tepat supaya mereka dapat memainkan peranan yang aktif dalam proses demokrasi di negara ini. Internet yang mampu mempercepatkan proses penyampaian maklumat berkemampuan untuk melancarkan proses demokrasi. Justeru, rakyat perlu menggunakan hak bersuara mereka tidak kira dalam apa jua bentuk termasuk di internet. Suara rakyat perlu didengar. Oleh itu, jika Seksyen 114 A yang baru ini dilaksanakan, prinsip demokrasi serta kebebasan bersuara rakyat akan terjejas teruk.

7. Pihak mana yang menentang Seksyen 114A?

Pada 31 Mei 2012, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) melancarkan satu e-petisyen untuk mendapatkan sokongan kepada kempen untuk menghentikan pindaan ini daripada diwartakan. Dalam masa sebulan, lebih daripada 3300 individu menandatangani petisyen tersebut untuk menyatakan tentangan mereka terhadap pindaan tersebut. Dalam kalangan mereka yang berbuat demikian termasuklah Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, pengarah filem terkenal Pete Teo, penulis and personaliti radio Patrick Teoh, aktivis sosial Marina Mahathir dan Dr. Irene Fernandez, dan ahli akademik ternama seperti Dr. Azmi Sharom dan Dr. Mustafa K. Anuar.

Selain itu, ahli-ahli parlimen dari Barisan Nasional turut menyatakan ketidaksenangan mereka dengan pindaan tersebut. Khairy Jamaluddin menyifatkan bahawa beban membuktikan kesalahan perlu sentiasa terletak pada pihak pendakwa[2]. Datuk Saifuddin Abdullah pula berpendapat bahawa pindaan tersebut perlu ditarik semula[3].

Pada 28 Jun 2012, Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan untuk menyarankan pihak kerajaan menarik semula Seksyen 114A tersebut. Kenyataan terbabit ditandatangani oleh Ahli Parlimen Subang R Sivarasa, Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan, dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad[4].

Sunday, November 11, 2012

EKSKLUSIF: SIAPA PENGARAH DBKL TERIMA RASUAH DARI TERESA KOK?

Apa yang korang faham dengan istilah Lembu Punya Susu, Sapi Yang Dapat Nama?? Peribahasa ini memang sesuai kita tujukan pada MP Seputeh, YB Teresa Kok, puak DAP memang sejak azali perangai tak tahu malu...betul tak??

Inilah manusia yang sememang TIDAK LAYAK diberikan mandat sebagai Ahli Parlimen tapi disebabkan nak menunjukkan pada rakyat sanggup membuat perkara yang membolehkan beliau disanjung tinggi. Al kisahnya sebenar adalah permohonan lesen penjaja kawasan OUG telah dibantu oleh Pusat Khidmat Masyarakat Seputeh dan UMNO Bhgn Seputeh dan usaha ini telah diselesaikan pada 2 bulan yang lepas. GR difahamkan seramai 80 orang penjaja permohonan mereka telah DILULUSKAN oleh DBKL dan sebanyak 60 orang penjaja telah mendapat lesen yang disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal.

Apa yang menyedihkan GR di sini, baki lagi 20 borang permohonan lesen penjaja tersebut telah diserahkan pada DAP dan sudah semestinya pada MP Seputeh. Dalam hal sebegini GR melihat ada perkara yang tak kena, borang permohonan yang telah pun DILULUSKAN sejak awal lagi tapi bila tiba pemberian diberikan pada pihak yang tidak bertanggungjawab. Orang lain buat kerja orang lain dapat nama. Pada GR senang saja, jika dari pihak awal pihak MP Seputeh yang turun padang bantu menyelesaikan permohonan lesen penjaja ini tak menjadi masalah. Tapi lihatlah sebaliknya.

Jika Teresa Kok dan pencacai Pakatan kata perkara ini direka oleh UMNO, korang lihat sendiri kiriman SMS yang diterima di bawah :

DAP Parlimen Seputeh (Ms Alice): Kamu punya OUG Jalan Hujan Rahmat Original Lesen sudah sedia dan berada di pejabat kami, sila datang pada (7/11) 2pm-4pm untuk kutipan. Terima kasih.

Dalam perkara ini senang saja, ada HANTU dalam DBKL yang sanggup tikam belakang. Ada orang Melayu yang sanggup tikam bangsanya sendiri. Jika sudah DISOGOK sekali pun GR tak heran tapi fikirlah berapa banyak yang korang terima ini dan sampai bila korang nak terima DUIT HARAM dari Teresa Kok. Buatlah kerja dengan ikhlas dan bantuan yang diberi itu janganlah diputarbelitkan. Fikirlah orang yang susah payah naik turun untuk membantu rakyat dan jangan disebabkan DUIT korang sanggup buat apa saja demi jatuhkan maruah korang sendiri.



Kepada nama-nama di atas yang mungkin BOSS di bahagian yang menguruskan dan meluluskan permohonan lesen tersebut ingatlah yer...Sekarang mungkin sedap terima bermacam-macam dengan nikmat kerja dan rezeki yang diberi. Pada pihak pengurusan DBKL, GR mohon agar perkara ini disiasat dan harap jangan berulang lagi. DBKL pun jangan sibuk nak kaut untung jer...perkhidmatan pun perlulah diberikan dengan baik untuk warga kota Kuala Lumpur!!

GR kata: Orang Melayu jangan gadaikan maruah dan jati diri kita pada musuh negara!!

Sumber : Blog Gossip Rakyat

SABTU, AHAD DAN KELEPASAN AM BUKAN HARI CUTI!

.Boleh cuba cari kerja lain jika merasakan hari-hari tersebut adalah hari cuti! Jika anda seorang penguatkuasa DBKL. Termasuk hari perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha, Thaipusam, Deepavali atau Hari Raya Cina.

Raya Cina sahaja kebiasaannya pejabat dan tugas rondaan tutup! Kerana pada hari-hari tersebut, Kuala Lumpur 'lumpuh' dari sebarang aktiviti perniagaan, demonstarasi, piket, tunjuk perasaan, atau apa-apa aktiviti. Lebih pelik, memang tak ada sebarang kecelakaan berlaku. Sangat menarik juga apabila hanya ada beberapa orang cina sahaja di Jabatan Penguatkuasaan. Seinggat saya hanya ada 2 lelaki dan 2 perempuan daripada jumlah lebih 2 ribu orang.

Saya hanya mengenali seorang yang berketurunan siam, berasal dari Kedah sepasang orang asli, seorang lelaki dari Gombak, manakala seorang lagi perempuan dari Sarawak, tak silap saya dari Sibu. Dan kedua-duanya telah memeluk agama Islam setelah menjawat jawatan sebagai pembantu penguatkuasa dan berkahwin juga.

Setiap kali musim perayaan, akan muncul masalah baru apabila mereka yang luar negeri dapat cuti lebih awal dan panjang, manakala orang yang berdekatan harus bekerja. Masalah itu bukan merujuk kepada pengurusan atau pentadbiran, tapi mengikut 'kenegerian'. Saya syorkan jadual cuti di pamerkan sebagaimana pihak pengurusan mempamerkan jumlah tindakan yang di lakukan secara individu.

Sengaja saya dedahkan agar mereka itu sedar bahawa mereka bukan istimewa. Sama seperti orang lain. Mereka patut dapat sama seperti orang yang berasal dari negeri-negeri lain juga.

Terima kasih.

Posted via DraftCraft app

Friday, November 9, 2012

PANGGILAN MINTA KELUAR KAWASAN!

Akhirnya saya sedar, saya dah jadi kambing hitam! Akan di panggil ketika perlu, dan mereka lupa nama kita apabila pekerjaan mereka dah selesai!

Cabaran yang mungkin telah lama berada dalam sistem. Pegawai boleh arahkan sebarang bentuk kerja dan boleh menuduh sesiapa sahaja yang di rasakan perlu! Bukti atau tidak, pengalaman kerja seseorang itu akan mengajar bahawa terdapat banyak ruang dan peluang jika seorang penguatkuasa itu mengambil kesempatan.

Saya tidak cuba menbongkar kebenaran atau menyatakan suatu hal yang salah, tapi selama ini pun saya tidak melihat bahawa pekerjaaan ini boleh mengambil kesempatan ini berlaku kepada sesiapa sahaja. Cuma daya ketahanan itu sahaja yang membezakan seseorang dengan seseorang yang lain. Sama ada boleh sabar atau tidak.

Harus hati-hati dengan percakapan dan perbuatan yang tidak merujuk kepada pegawai atasan. Kita boleh di tukarkan serta merta jika kita 'tersalah' beri amaran kepada kedai atau kenalan mereka di lapangan.

Percayalah! Saya dah berkali hadapinya! Malah mereka sentiasa bersangka buruk pada kita!

Posted via DraftCraft app

RASUAH KUASA BERTINGKAT!

Sangat sinonim apabila penguatkuasa dan rasuah di anggap satu kemestian, sama ada di peringkat bawahan ataupun atasan. Sejauh mana kita mengenali isu dan status rasuah yang di katakan suatu trend atau salah kuasa kuasa berkaitan bidang pekerjaan.

Ada yang anggap bahawa perbuatan rasuah itu berlaku apabila ada pihak yang cuba mengatasi kuasa penjawat awam. Dalam konteks artikel ini, saya memang kaitkan dengan tugas seorang penguatkuasa. Apa dan bagaimana sesuatu kejadian itu dari amaran lisan, notis amaran, notis pembaharuan kesalahan dan tawaran kompaun.

Cuba lihat dari sudut lain! Saya akan gambarkan bagaimana kuasa atau dasar penguatkuasaan itu sendiri yang menjadikan rasuah itu semakin meningkat dengan cara tindakan. Contoh tindakan sita atau tindakan memberi notis pemberitahuan kesalahan. Bagaimana jika hanya kawasan tertentu atau kedai tertentu sahaja yang di ambil tindakan? Kerana mendapat arahan pihak atasan? Tapi ada kedai dan kawasan yang terlepas kerana dapat larangan dari pihak atasan juga?

Saya tidak cuba mengambarkan isu perkauman atau sentimen bangsa, tapi sejauh mana kita membuat tindakan itu benar2 memperlihatkan ketelusan dalam mengambilkan tindakan.

Saya mungkin di kaitkan dengan 'habuan & rasuah' jika saya tidak mengambil tindakan ke atas sebuah kedai yang saya kenal pemiliknya. Saya di anggap ingkar arahan apabila saya ambil tindakan ke atas kedai kenalan milik pegawai saya.

Saya mungkin di siasat kerana saya tidak mengambil tindakan ke atas kedua2 jenis kedai tersebut! Atau saya mungkin di katakan mengambil rasuah dan salah guna kuasa!

Percaya atau tidak, dalam jumlah kedai dan kawasan yang saya kenali, saya mungkin di senarai hitamkan kerana saya kenal seorang pemilik kedai dan saya hanya menasihati pemilik atau kenalan saya. Atau jika berlaku sedemikian, saya kena tukar kawasan kerja? Atau sebenarnya saya cuba di perangkap untuk mengaku bahawa ada tindakan itu saya buat secara budibicara?

Saya mula berfikir apabila ada kedai dan kawasan yang saya boleh saman dan ada kedai yang saya terpaksa biarkan kerana pegawai saya mempunyai kepentingan?

Bagaimana?

Posted via DraftCraft app

Friday, November 2, 2012

Lawatan Dato Bandar Kuala Lumpur Ke Pejabat Cawangan Setiawangsa

Meninjau di sekitar kawasan / parlimen Setiawangsa. Jalan Wangsa Delima / Wangsa Walk.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, October 30, 2012

MEDIA SOSIAL HANYA PENYEBAR FITNAH? PENGUATKUASA DBKL GELAP MASA DEPAN!

Saya kekal dengan pandangan saya, pengurusan jabatan penguatkuasaan hanya boleh berburuk sangka! Saya tidak jadikan pengalaman atau kisah hidup saya sebagai panduan tapi bukalah mata. Media sosial adalah jaringan informasi maklumat.

Penyebaran makkumat adalah penting, informasi! Kekangan kepada penyebaran maklumat adalah tindakan orang yang kusut! Mengapa jadi salah jika makkumat yang tetsebar itu adalah kebenaran?

Atau pengurusan jabatan penguatkuasaan tidak tahu apa itu media sosial? Jika kita jahil dan bodoh, jangan anggap orang lain jahil dan bodoh macam kita juga!

Informasi dan maklumat adalah percuma! Hak setiap warga untuk mengetahui apa juga makkumat berkaitan dengan majikannya. Mengapa berahsia? Supaya kita boleh kawal kemahuan dan kehendak diri kita atas kepentingan dan kapasiti peribadi? Kaum keluarga atau sahabat handai?

Ini adalah cara media sosial bergerak dan maklumat di sebarkan..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 24, 2012

AWAS! PENGUATKUASA DBKL DALAM PERHATIAN!

Selamat menjalankan tugas! Sila jaga kawan baik, kenalan yang berkaitan. Terima kasih.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, October 23, 2012

JALAN AYER KEROH!

Hanya jalan kecil yang menghubungkan kawasan sekitar di antara pusat bandar. Tidak ada perkara yang menarik pun. Hanya kelihatan lori-lori tanah yang bebas lalu membawa tanah. Ada kata hanya lalu, ada kata mengotorkan jalan, ada kata milik beberapa vip, ada kata status tidak di ketahui.

Ada sebut nama dalam kementerian, ada sebut nama pihak berkuasa tempatan, malah ada sebut nama di jabatan persekutuan juga. Sama ada peluang dan ruang itu wujud di antara mereka yang benar bertuah memiliki hartanah di bandar Kuala Lumpur atau memang mereka bijak menyimpan duit untuk memilik harta di dalam bandar.

Saya mungkin bermasalah kerana bersifat dengki! Sifat yang ada pada setiap orang! Saya juga mungkin dikenakan tindakan. Mana-manalah nanti! Rezeki dimana-mana!

Terima kasih!

Posted via DraftCraft app

Wednesday, October 3, 2012

INSENTIF DAN ELAUN PENGUATKUASA DBKL : KELAYAKANNYA?

Berdasarkan pemerhatian yang saya lihat sejak 1999, Pegawai dan kakitangan Penguatkuasa adalah dalam kategori 'berkemahiran'. Segala jenis tugas dan perlaksanaan di lakukan dengan 'rela hati' dan 'menonjolkan diri'. Atau dalam erti kata lain, yang ada kemahiran dan yang guna kemahiran orang lain untuk kepentingan peribadi.

Bukan saya dengki atau irihati, cuma lapangan pekerjaan yang di kagumi itu sekadar dilakukan demi 'ibadat' yang wajid dalam urusan pekerjaan dan tiada pengkhususan melainkan beberapa unit khas seperti Unit Berkuda, Skuad Penyelamat dan Unit Senjata Api.

Dan sejak tahun lepas, kuasa 'warden trafik DBKL' telah di perluaskan tanpa sebarang ganjaran yang sepatut dan selayaknya mereka dapat seperti pegawai trafik PDRM.

Persoalannya, adakah pihak pengurusan atau tadbir kita akan nantikan selama 12 tahun lagi? Siapa pula yang patut buat dan memberi cadangan terhadap penambahbaikan tersebut?

Published with Blogger-droid v2.0.9

BIP: SATU PENGHARGAAN ATAU SALAH URUS TADBIR?

Sama sekali saya tidak cuba menabur pasir kedalam periuk nasi saya. Cuma terkilan dengan retetan atau carta alir yang di gambarkan oleh pihak pengurusan. Mungkin ada yang bertanya mengapa saya utarakan 'permasalahan' yang sepatutnya jadi berita gembira kepada warga penguatkuasa DBKL.

Jawapan saya amat mudah! Masa! Dan mengapa pula saya sabitkan dengan 'masa', jawapan saya lebih mudah! 'Lambat!'

Bak kata pepatah orang dulu kala, 'kalau depan ular, dah lama kena patuk!', kerana terlalu lambat bertindak terhadap perlaksanaan 'Bayaran Insentif Penguatkuasa'! Merujuk kepada ucapan, Direktorat Penguatkuasaan telah mula memohon 'elaun penguatkuasa' pada tahun 2000 dan di lakukan oleh Ketua Inspektor Megat. Bermaksud, pihak jabatan Direktorat Penguatkuasaan mengambil masa selama 12 tahun. Dalam masa tempoh masa tersebut kita telah dua kali tukar nama! Direktorat Penguatkuasaan kepada Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan dan kini menggunakan nama Jabatan Penguatkuasaan.

Secara peribadinya saya tidak percaya bahawa 'elaun penguatkuasa' yang di maksudkan itu adalah sama seperti yang kita percaya dengan nama 'Bayaran Insentif Penguatkuasa'. Tetapi saya percaya adalah, bayaran yang di usahakan pada ketika itu adalah bayaran elaun bagi penguatkuasa yang mempunyai kemahiran khas seperti unit berkuda, unit pancaragam dan skuad penyelamat.

Bayaran Insentif Penguatkuasa ini adalah bayaran elaun kritikal yang diterima oleh penguatkuasa di seluruh malaysia itulah yang sebenar. Bayaran itu mula di perkenalkan dalam tahun 2005 / 2006. Memang bayaran itu telah di terima dan diluluskan sekitar tahun tersebut, tetapi hanya dibayar kepada jabatan tertentu dengan kadar 10% daripada gaji pokok. Ini adalah rasmi dan sah! Bukan sekadar anggapan.

Berdasarkan kelayakan dan jenis elaun yang patut kita terima adalah lebih dari 3 atau jenis. Boleh sahaja kita sama-sama merujuk pekeliling JPA yang membolehkan kita menikmati kadar-kadar elaun dan insentif tersebut berdasarkan kemahiran yang setiap orang warga penguatkuasa patut miliki.


Posted via DraftCraft app

Thursday, September 27, 2012

SAMBUTAN HARI PENGUATKUASA DBKL KE 43

Gambar sekitar Majlis: Yang di sempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Dato Raja Nong Chik.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, September 26, 2012

BAYARAN INSENTIF PENGUATKUASA : BAKAL JADI NYATA!

Perkhabaran yang semua warga penguatkuasa DBKL nantikan. Mungkin ada yang suka, ada yang benci, ada yang tidak puas hati, ada yang tak kisah pun apa yang bakal berlaku.

Saya tidak cuba untuk mengambil kesempatan, saya pernah nyatakan dahulu, jika dapat kita rasa sama-sama. Jika tak dapat, saya bakal menanggung malu dan mungkin di benci orang pula.

Apa pun berita itu kita akan sama-sama dengar esok. Saya juga mengharap seperti kawan-kawan seperjuangan yang lain. Saya cuma ingin menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang pernah beri sokongan terhadap penulisan saya dan idea berkaitan 'Bayaran Insentif Penguatkuasa' ini.

Terima kasih!
Selamat Menyambut Hari Penguatkuasa yang ke 43.

Tuesday, September 25, 2012

HARI PENGUATKUASA DBKL UNTUK SIAPA?

Setiap tahun saya akan tertanya-tanya tanpa jawapan. Masih di sambut pada setiap tahun cuma sejak beberapa tahun ini, Hari Penguatkuasa tidak lagi di sambut pada 15 September. Tarikh akan berubah mengikut keadaan yang sesuai. Atau dalam erti kata lain, boleh 'runding' atau boleh 'adjust'!

Sebenarnya sambutan Hari Penguatkuasa yang kita buat itu adalah untuk siapa? Apa kelebihannya? Siapa yang mendapat faedah? Ada penguatkuasa yang suka? Belum pernah seorang pun pegawai atau anggota bawahan yang saya jumpa, benar-benar jujur dan tulus ikhlas untuk mengaku bahawa mereka sangat suka dan sangat berbangga dengan Sambutan Hari Penguatkuasa!

Jika Hari Penguatkuasa itu di sambut dengan kepelbagaian aktiviti seperti Program Derma Darah, Majlis Sumbangan Anak Yatim atau Program Tahlil Arwah kepada mereka yang telah pergi. Tapi secara logiknya, apa sebenarnya erti Hari Penguatkuasa kepada warga Penguatkuasa? Pemberian pangkat? Pingat? Anugerah? Saya lihat dan sangat sedar bahawa pangkat boleh di berikan pada bebila masa. Tak payah tunggu Hari Penguatkuasa pun memang pangkat di beri sepanjang tahun. Bukan rahsia pun bagaimana pangkat itu di perolehi. Hanya perlu tunjuk sahaja. Tak kira lah siapa yang lalu atau melintas.

Pingat juga begitu, bukan pernah ada skim khas, kriteria atau kelayakan tertentu pun, sama ada Sasaran Kerja Tahunan atau jumlah markah Anugerah Khidmat Cemerlang juga. Mengapa sampai macam tu sekali? Pilih sahaja sesiapa yang kita suka?

Bergurau? Saya tak pernah bergurau. Buktinya juga sangat nyata. Lihat sahaja di kiri dan kanan masing-masing. Tapi lebih baik menyedapkan hati masing-masing dengan ayat ' dah rezeki mereka, jangan dengki atau irihati.. ' Kita pujuk hati kita untuk beberapa tahun lepas dan patut amalkan beberapa tahun lagi. Kerana yang dapat pangkat / pingat tahun ini mungkin akan naik pangkat dan pingat pada tahun hadapan juga..

Saya berbohong? Cuba la siasat sendiri!


Posted via DraftCraft app

Monday, September 24, 2012

ELAUN PENGUATKUASA HANYA MITOS!

Jangan bersedih! Saya hanya cuba berkata benar. Walau apa pun tanggapan orang, saya berpegang kepada teori 'selagi tiada hitam putih', maka jangan memasang angan-angan.

Sejak dahulu walau apa warna kertas atau fail, sama ada berwana atau hitam putih juga boleh hilang, apa lagi kertas itu juga pandai melarikan diri atau hilang dalam simpanan.

Cuba menyakinkan saya dengan sesuatu perkara yang tiada dalam agenda perancangan tahunan itu adalah ibarat membuat janji kosong. Mana mungkin elaun boleh di beri secara suka-suka tanpa perlu kelulusan 'Majlis Jemaah Menteri'. Kos sebulan elaun penguatkuasa yang berjumlah hampir 500 ribu ringgit sebulan dengan jumlah penguatkuasa 1600 orang lebih kurang.

Bagaimana pihak kewangan 'bendahari' DBKL menerima arahan? Hanya 1 panggilan telefon? Hanya jumpa dan cakap? Atau ada minit bebas yang membenarkan elaun tersebut di bayar? Setakat artikel ini di tulis, tiada sebarang dokumen atau permohonan dari Jabatan Penguatkuasaan yang memohon 'elaun penguatkuasa' tersebut! Ada sesiapa pernah lihat? Atau percaya cakap pegawai atau sesiapa yang mengaku membuat kertas kerja permohonan tersebut? Sejak bila?

Adakah pihak Pengurusan DBKL sudi berbelanja sebanyak itu untuk hanya 1 jabatan? Sedangkan elaun kerja lebih masa itu sendiri DBKL terpaksa 'berhempas pulas' mencari idea untuk melunaskan bayaran.

Khabarnya Menteri Wilayah sendiri ingin menyampaikan perkhabaran baik ini dalam masa dua hari, jika tiada aral yang menggangu, Hari Penguatkuasa bakal berlangsung pada 27 September 2012 di Astaka Taman Tasik Titiwangsa pada jam 8.30 pagi.

Sama-sama kita nantikan!

Posted via DraftCraft app

Friday, August 24, 2012

JANJI BERSIH! PENGUATKUASA DBKL AKAN DIBELASAH LAGI!


Kepada siapa nak kita mengadu? Wargakota dan penyokong anti kerajaan sekali lagi akan berkumpul di Dataran Merdeka pada malam 31Ogos ini. Saya tidak mereka-reka cerita.

Orang yang sama, pendekatan yang sama, dengan jumlah yang mungkin sama! Kali ini mereka lebih bersedia untuk menyerang daripada berkumpul secara aman! Kali ini mereka sudah tahu selok belok / strategi yang pihak Polis DiRaja Malaysia dan Penguatkuasa DBKL aturkan.

Saya dah tahu jawapan pihak pengurusan tertinggi DBKL dan agensi lain! Hanya Penguatkuasa DBKL sahaja yang layak berkerja dan memastikan keselamatan harta benda Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Ingin dan izinkan saya bertanya pula, BAGAIMANA DENGAN KESELAMATAN DAN NYAWA PENGUATKUASA DBKL? SIAPA YANG AKAN BERTANGGUNGJAWAB? JAMINANNYA?

Posted via DraftCraft app

Sunday, August 19, 2012

15 SEPTEMBER : HARI PENGUATKUASA DBKL


Lebih 43 tahun, jika benar Hari Penguatkuasa DBKL di jayakan dengan pelbagai aktiviti. Selain acara perbarisan, pertunjukan seni mempertahankan diri, majlis makan malam, derma darah, pertandingan memancing, pameran, kempen bayar kompaun, majlis tahlil dan beberapa lagi acara yang patut termasuk juga acara yang saya sendiri tidak dapat klasifikasikan sebagai acara rasmi.

Siapa tahu? Kita sebenarnya menyambut hari apa? Pernah dengar atau tidak jabatan DBKL yang lain dari Jabatan Penguatkuasaan menyambut hari yang seerti atau majlis yang menyerupai?

Selain sambutan yang wajib seperti Hari Wilayah, Hari Merdeka, Maulidur Rasul, Awal Muharam, Tilawah AlQuran, Sukan Badan Berkanun, SUKMA, sukan antara jabatan atau 'three element' atau sukan berkuda, perahu, basikal, atau bolasepak, ragbi, sepaktakraw, bolatampar, karom, ping pong, dart, congkak, galah panjang, sumpit, lari bawa buah pinang atau lari dalam guni, teka kacang dan sebagainya lah lagi.

Sejauh mana warga penguatkuasa mengenali 'sejarah penguatkuasa' itu sendiri? Nilai sejarah? Pencapaian? Atau hanya cakap-cakap orang lama dalam perkhidmatan?

Sejarah, pencapaian, dan kemajuan yang harus di kecapi oleh penguatkuasa tidak diberi perhatian dengan sewajarnya. Telah berkali saya nyatakan bahawa penguatkuasa tidak boleh hidup dalam dunianya sendiri. Tidak boleh mencontohi tentera, tidak boleh mencontohi polis atau mana-mana badan uniform lain. Kerana PENGUATKUASA harus berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Pengurusan tertinggi harus faham bahawa setiap orang penguatkuasa itu 'di perwakilkan kuasa oleh Dato Bandar' sepatutnya menjalankan tugas memelihara kesejahteraan harta benda awam dan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang cuba mengambil kesempatan atau merosakkan harta benda Dato Bandar atas kepentingan peribadi atau merosakkan dengan sengaja.

Dalam kaedah lain, erti sebenar tugas penguatkuasa adalah memelihara kesejahteraan warga Kuala Lumpur dengan menyediakan segala kemudahan yang bersesuaian dan menjaganya dengan selamat. Maka kuasa yang di perwakilkan itu adalah bersesuaian dengan peruntukkan Akta dan semua undang-undang yang berkaitan.

Kita buat apa sekarang? Mengampu pihak atasan dengan 'sistem baru' yang kononnya adalah mengikut piawaian antarabangsa dengan ISO dan 5S itu? Bukan kah itu adalah perkara yang terkandung dalam mana-mana organisasi untuk sentiasa menjaga segala kelengkapan yang ada dan itu adalah memenuhi keperluan atau amanah itu merupakan sebahagian dari agama? Amanah, cekap, jujur, bertangungjawab itu tiada dalam sifat manusia yang beragama?

Saya agak kita masih menuntut ilmu yang salah!


Posted via DraftCraft app