Tuesday, January 31, 2012

Terima Kasih!!

Walaupun saya cuma anggota bawahan, tapi saya terharu dengan komitmen semua yang terlibat dengan persiapan dan perbarisan Hari Wilayah 2012! saya berterima kasih kerana dapat menjadi & berada di kalangan tuan-tuan & puan-puan. Terima kasih sekali lagi kepada warga Jabatan Penguatkuasaan DBKL.

Tuesday, January 17, 2012

Sistem bekerja atau cara bekerja?

Cerita baru tahun 2012. Pendapat saya akan jadi kolot dan sampah bagi mereka ya g telah lama memandang ke depan. Proses mendepani waktu dan menjadi yang terbaik kepada agensi penguatkuasaan yang lain. Atau menjadi terkebelakang? Ini adalah kerajaan kecil bagi sebuah negeri atau wilayah. Menjadi utusan kerajaan kepada rakyat. Menjadi cermin kepada corak pentabiran negara. Itu kata-kata semangat memujuk diri untuk terus memberi sumbangan yang terbaik.

Perkara mudah dan senang pasti akan jadi sindiran yang paling tajam dan sinis. Tak percaya cakap saya? Pada hari ini cuba tengok kalendar. Berapa haribulan? Cuba tanya pula kepada mereka yang terlibat/ Diari DBKL akan siap dan sampai berapa haribulan? Saya amat yakin sekali. Anda pasti akan di labelkan sebagai ‘penganas dan musuh’ kepada sistem pentadbiran di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur..

Saya boleh terima jika sekali atau dua kali. Tetapi jika setiap tahun sama, saya memang anggap pengurusan / pentadbiran tak pernah ambil peduli pun apa itu masa dan tempoh atau berapa haribulan. Mungkin kecil pada mereka. Tapi bagi saya, masa yang terlepas itu sangat bernilai. Termasukkan nilai diri seseorang yang tahu menghargai masa.

Wasallam..

Monday, January 16, 2012

Orang itu siapa?

Seorang budiman, seorang mulia jasa, di aibkan orang, dilupakan orang, tetapi orang yang sudi menurut perintah orang yang banyak, diangkat. Apa sebabkah itu?

Sebabnya ialah kerana orang yang sama hidup dengan dia hendak berlumba dengan dia. Orang sakit hati mengapa ilmunya dan akalnya begitu lanjut, sedangkan orang lain tidak mendapat. Kadang-kadang apa yang dikatakannya itupun terasa oleh orang lain, tetapi orang lain itu kedahuluan olehnya. Sebab itu dengan segala daya upaya mereka berusaha hendak menghapuskan kelebihannya atau menjatuhkan darjat yang telah di capainya.itulah sebabnya orang mulia jasa itu banyak sekali yang membencinya. Hasad dengki melihat kemajuan orang lain dalam perkara yang sefasal ini, adalah rajanya segala macam hasad dengki di dunia.lebih besar hasad dengki orang terhadap mulia jasa itu daripada terhadap harta benda, kekayaan dan kebangsawanan. Akan dilagak dia dengan wang; akan di pujuk dia dengan pangkat,  dia tidak berkehendak pangkat. Sebab itu maka si hasad bertambah hasad juga.

Dia dibenci, tetapi dengan diam-diam langkahnya dituruti. Dia sengaja di singkir diri bersama-sama duduk. Bukan kerana dia busuk, tetapi kerana kalau dia hadir di dalam satu majlis. Maka dialah bulannya dan yang lainnya hanya menjadi bintangnya; muram cahaya bintang oleh cahaya bulan. Sebab itu dikarangkanlah fitnah – dia jahat, dia kianat, dia busuk, dia tidak ada harga. Dan semua itu di ucapkan dibelakangnya, tidak berani di depannya. Yang berani berkata demikian di hadapannya, hanyalah orang-yang tidak dapat menahan hati lagi, kerana tiap-tiap apa yang di ketengahkan, ‘memotong’ orang lain juga.

Terima kasih..

Wasallam..


Perhimpunan Bulanan Kementerian Wilayah bersama agensi

Kehadiran Menteri Wilayah & Datuk Bandar Kuala Lumpur

Thursday, January 12, 2012

Kawasan baru

Pihak berkuasa tempatan dan masyarakat atau wargakota itu apa hubungan di antaranya? Hubungan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan penduduk-penduduk, pengunjung bandaraya Kuala Lumpur itu bagaimana? Para pedagang, perniaga, pengusaha, pelabur, atau sesiapa sahaja yang berada di kuala lumpur. Termasuk warga asing, pelancung luar negara sama ada secara halal atau haram di sisi undang-undang.

Peranan pihak berkuasa tempatan? Pegawai dan kakitangan penguatkuasa itu apabila menjalankan tugas itu adalah tugas apa sebenarnya? Menjadi pembantu pentadbir kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau menjadi kuasa asing di dalam bandaraya Kuala Lumpur? Menguatkuasakan undang-undang yang di perwakilkan dan menjaga serta mengawal harta benda Datuk Bandar Kuala Lumpur barangkali.

Saya bukakan perhatian tuan-tuan dan puan-puan berkaitan keseimbangan dalam kapasiti dan komposisi pekerjaan, berdasarkan pangkat, gaji dan tanggungjawab yang kita nikmati. Memang saya perhatikan sejak dulu.

Contoh:
1.      Seorang sarjan tadbir yang menjaga pegawai dan anggota di kebersihan yang berjumlah lebih 300 orang dan sarjan tadbir di unit setinggan yang menjaga pegawai dan anggota seramai 30 orang. Adil tak? Gaji mereka? KUP? Kanan?
2.      Waktu kerja yang bertugas di pejabat dan tugas luar yang perlukan syif? Gender? Masalah sosial yang terpaksa jabatan hadapi?

Bagaimana hieraki pangkat? Kekananan? ‘Senioriti’? Peperiksaan perkhidmatan? Tahap kecekapan? Betul ke perkiraan ini di ambil peduli oleh pengurusan jabatan? Saya bernar musykil dengan syarat dan penetapan kriteria kenaikan pangkat?

Saya bukan bermasalah dengan mana-mana pegawai atau pengurusan. Tapi ianya adalah ‘ketidakseimbangan’ yang berlaku sejak dulu. Ada apa cara penyelesaian? Atau saya sengaja mereka-reka cerita atau menfitnah sesiapa?

Anggapan saya, ramai yang  kecewa jika nasib dan hak yang sepatutnya kita dapat, tidak  diberikan dengan ganjaran yang setimpal. Bukan kita menentukan siapa yang lebih layak dan berhak hanya kerana berdasarkan kuasa kita sebagai ketua yang adil.

Wasallam..

Pengurusan Baru

Sejak dulu, setiap kali pertukaran pengurusan, pasti akan berlaku perubahan yang drastic dan melibatkan pertukaran anggota dan semua kakitangan yang ‘yang terpilih, orang pilihan atau orang yang dalam perhatian’. Ini berlaku dalam mana-mana agensi atau perkhidmatan. Tak kiralah sekecil organisasi. Malah pentadbiran negeri dan negara juga melakukan tindakan yang sama. Entah apa yang mereka fikirkan. Sama ada demi masa depan negara atau masa depan mereka sendiri.

Perubahan system kerja berlaku setiap masa mengikut keperluan dan arahan semasa. Itu realitinya. Begitu juga kepada kumpulan pengurusan dan pentadbiran. Tapi yang nyata, pengurusan itu tidak menunjukan kesepakatan dalam pengurusan. Masing-masing akan cuba menonjolkan diri dengan kuasa yang di perwakilkan. Menuding jari kepada pihak yang berlawanan apabila melakukan kesalahan. Itu dan jadi perkara biasa dalam pengurusan mana-mana pihak berkuasa tempatan.

Cuba lah menyusur akar, ikut system yang di buat oleh pihak yang lebih terkanan. Guna sahaja sistem parlimen yang telah lama di gunakan dalam pentadbiran negara. Urusan pegawai kawasan sepatutnya mengikut persempadanan kawasan dan lokaliti kawasan tumpuan. Mengapa mencipta sistem baru / sendiri? Adakah  berdasarkan keperluan tugas penguatkuasaan?

Sistem Zon sama sekali tidak megubah cara berkerja atau sikap penguatkuasa. Kerana tugas-tugas penguatkuasa adalah mengikut perwakilan kuasa yang di bekalkan dengan arahan semasa. Tetapi kumpulan pegawai? Mengikut arahan semasa dari mana? Padahal kita semua tahu kawasan pemsempadan kuasa pentadbiran negeri dan negara adalah berdasarkan kawasan parlimen.

Merumitkankan atau penyelesaian? Tugas kita hanya beri perkhidmatan kepada masyarakat. Menyelesaikan masalah warga kota berdasarkan peruntukan undang-undang yang bersesuaian dan yang di perwakilkan. Itu lah tugas sebenar. Masalah kawasan / tempat tumpuan berdasarkan ahli parlimen yang di lantik oleh kerajaan yang berdasarkan proses pilihanraya. Sistem pentadbiran ini tertakluk kepada seluruh negara, bukan hanya Kuala Lumpur. Ini adalah sistem yang diikhtiraf negara. Bukan saja suka-suka tukar dan ubah setiap kali bertukar kumpulan  pengurusan. Adalah ini corak yang kita perlukan? Ini kota bertaraf dunia bukan?

Ini kata normal, bukan hasutan. Sama-samalah fikir dan renungkan..

Wasallam..

Tuesday, January 10, 2012

Berita dari Twitter

RT @bernamadotcom: #DBKL akan beri diskaun utk bayaran kompaun kesalahan trafik sepanjang bulan Feb ini sempena Hari Wilayah Persekutuan yg disambut pada 1 Feb

Tuesday, January 3, 2012

Siapa berkuasa ke atas siapa?

Bagaimana seorang ketua itu di nilai? Berdasarkan jumlah pengikutnya atau jawatan dan pangkat seseorang itu? Saya mula meragui kepimpinan sesebuah kerajaan atau pihak berkuasa tempatan. Kuasa dan pangkatnya di sisi perkhidmatannya. Memegang amanah dan tanggungjawab atau menikmati segala jenis kemudahan dan merebut peluang kepada ‘ketamakkan’ projek dan kepentingan diri? Atau kuasanya boleh memberi kelebihan dan pangkat kepada sesiapa sahaja yang di sukai?  Dari 1500 orang kepada 13000 orang itu jumlah dan angka yang besar. Saya agak sesiapa sahaja yang berada di tempat itu, pengaruh juga pasti besar dalam semua urusan pentadbiran.

ANDAIKATA ianya sebuah kementerian atau pihak berkuasa tempatan. Agaknya perlakuan ketua-ketua dalam jabatan itu bagaimanalah lagaknya.

Dari sekecil jawatan, sehingga ke jawatan utama sektor awam. Masihkah tidak dapat dinilai harga kemanusiaan yang sama-sama mencari rezeki dengan cara dan pegangan yang berlandaskan prinsip yang sama. Prinsip ‘keberkatan’ mencari rezeki yang halal dan mendapat pahala dari tuhan.

Satu suara mungkin tidak dapat mengubah keseluruhan sistem yang berada dalam pentadbiran yang diklasifikasi sebagai bandaraya bertaraf dunia. Tetapi, satu suara yang jujur menyatakan yang benar itu adalah suara yang mengajak dan mengajar orang lain untuk turut sama berkata benar. Sesungguhnya, setiap pekerjaan itu adalah mulia, jika niatnya untuk berbakti kepada orang lain. Saya percaya bahawa berkhidmat dengan pemerintah ( kerajaan ) itu adalah pekerjaan yang mulia dan kiraan pahala sebagai ibadah.
Terserah walau apa juga pandangan orang lain. Kerana sesiapa sahaja berhak menyatakan pandangan dan membuat keputusan. Kerana itu pilihan yang boleh di fikirkan oleh sesiapa sahaja…

Wasallam..