Tuesday, February 28, 2012

Lawatan ke Manila

Bersama Duta Besar Malaysia di ( Manila ) Filipina Tuan Yang Terutama Dato Seri Dr Ibrahim Saad & Isteri

Monday, February 27, 2012

Kita berubah lagi

Tiada kata secantik bahasa..


Tiada usaha yang kita tak endah, tapi sekurangnya mereka yang bergelar pegawai memang patut dapat pujian. Pujian kerana berjaya memalukan diri sendiri.


Saya tidak bergurau, tapi itu lah hakikat yang kita patut terima. Kita memiliki pegawai atasan yang cekap. Cekap menuding jari kepada orang lain. Cekap mencari alasan. Cekap melepaskan diri masing-masing. 13 tahun saya lihat, saya hadapi, saya merasai, saya hadam dengan karenah setiap warga Jabatan Penguatkuasaan.


Sama-sama kita terus menyaksikan pentas bangsawan mereka. Siapa yang telah disusun dan di atur untuk memiliki nasib yang lebih baik. Siapa yang pernah menjadi balaci, pencacai, pengampu atau anjing kepada yang di maksudkan. Saya simpati.


Wallahualam. Wassallam..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Perhimpunan Bulanan DBKL

Makumat terkini!

Ada khabar angin menyatakan terdapat 5 orang pegawai SPRM di Jabatan Penguatkuasaan DBKL yang 'aktif'. Kepada yang berkenaan harap maklum.


Terima kasih. :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, February 26, 2012

Bila nak bubar sistem zon?

Cakap dan perancangan hebat tak akan kemana, jika tidak pernah berusaha memahami kehendak atau keperluan sebenar pegawai di lapangan.. walau berapa banyak paku di bahu, atau calit di lengan.

Saya berat sebelah kerana saya anggap saya lebih tahu dari orang lain? Tapi kalau semua orang anggap sama? Saya yang jahat mulut kerana sebarkan fitnah atau tabur pasir di periuk sendiri.

Kita mahu perkhidmatan yang baik, kita mahu dapat hasil yang baik, kita mahu kerja kita di berkati tuhan. Rezeki yang halal untuk keluarga. Tapi tak pernah siapa fikir pun apa masalah yang kita hadapi. Kita hanya mahu keputusan yang baik dengan hanya arahan semasa.

Suasana politik hari ini dah berubah! Mana-mana kerajaan atau pihak berkuasa boleh jadi beban atau pemberontaknyang hebat di kalangan ahli sendiri. Kita boleh hebahkan aib kita sekelip mata. Berhati-hatilah..


Wassallam..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 15, 2012

Antara kerja dan minum!

Kita boleh bangga kalau kita dapat buat kerja dengan baik. Tapi pengurusan tertinggi jabatan lebih bangga jika dapat mengambil gambar kakitangannya minum di kedai dan gerai-gerai tepi jalan dan tampal di papan kenyataan.
Saya harus berbangga kerana pengurusan ambil berat berkaitan pengurusan masa kakitangan berkaitan makan minumnya. Tapi bagaimana dengan peranan pengurusan? Apa jadi sistem kerja kakitangan?
Apa sudah jadi dengan kewarasan? Sistem kerja bagaimana nak di guna pakai? Temuduga kakitangan pun tak dapat nak susun dengan sempurna, tapi masih sombong dan angkuh nak melaksana sistem zon yang sampai kini masih tak dapat keputusan.
Jika penguatkuasa berkerja di luar dengan tugas pemantauan, mereka harus makan dan minum di mana? Sistem zon bukan berkaitan penempatan atau penyelesaian masalah di kawasan, tapi kaedah penyelalarasan petugas yang bertanggungjawab di kawasan tugas, walau apa nama sekalipun. Tugas penguatkuasa itu sama sahaja di mana-mana kawasan. Sepatutnya di selaraskan laporan kerja itu mengikut zon. Itu sahaja. Mengapa menyusahkan perkara yang mudah?

Perhimpunan Bulanan DBKL bukan sebahagian dari acara rasmi Jabatan Penguatkuasaan!

Saya tidak berbohong! Mana-mana kakitangan yang tak percaya, boleh rujuk bahagian pentadbiran JPK. Walau surat itu adalah mengunakankan logo DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR dan di TANDATANGANI OLEH DATUK NORMAH MALEK, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan PERLU TIMBAL BALIK SEMULA SURAT PERLEPASAN TERSEBUT! Malah ada pegawai kanan jabatan tidak percaya kepada kakitangan yang terlibat pada acara dan majlis tersebut, walau kakitangan tersebut bergoyang sakan atas pentas auditorium DBKL!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Pegawai Penguatkuasa Bijak!

Sumpah! Saya berkata benar! Sewaktu elaun kritikal di perkenalkan, penguatkuasa DBKL tak layak dapat.. kemudian ada elaun penguatkuasa, sama juga.. semua penguatkuasa di lembah kelang dapat.. penguatkuasa DBKL tak dapat juga..


Kini tahun 2012, pegawai penguatkuasa mohon lagi.. tukar nama jadi ELAUN RISIKO pula.. Sumpah! Saya kagum dengan usaha pegawai-pegawai penguatkuasa yang bijaksana ini..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, February 12, 2012

Persiapan Majlis Maulidur Rasul JPK DBKL

Penceramah : Ustaz Ismail bin Abas dari Lembaga Kemajuan Ikan


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, February 11, 2012

Siapa?

Antara baru dan lama. Saya dah tak percaya sebarang arahan. Saya ikut sahaja tapi saya tak pernah kisah apa itu arahan semasa. Saya buat apa yang saya suka. Saya akan menyerang apa yang saya tak suka. Apa tindakan yang boleh di lakukan? Saya boleh sebarkan sebarang makumat yang akan menunjukkan kebodohan orang lain. Saya akan buktikan bahawa saya lebih bagus dari orang lain. Saya dah rasa saya kebal! Cap jari saya dah kering juga.. Itu istilah bagi mereka yang dah rasa lama berkhidmat.

Friday, February 10, 2012

Kata tak di kota

Bagaimana hendak mentadbir 2 ribu orang kakitangan jika temuduga sarjan seramai 140 orang pun menjadi bahan jenaka! Tidak merasa malu dengan pengurusan yang sedemikian? Atau melengahkan masa itu boleh menjadikan penguatkuasa bertambah cemerlang dan terbilang?


Kita dah 43 tahun! Bukan masa singkat! Hormatilah profesion tersebut! Bukan dengan tindakan yang akan memalukan pengurusan sendiri. Atau calon yang layak dah ada tapi sengaja melengahkan masa yang berharga tersebut untuk beramah mesra?


Jika benar pegawai mengenali anak buah, proses temuduga itu bukan kriteria utama. Sepatutnya mereka dah lama di perakui tahap kerjanya.. walaupun sekadar pemandu atau tukang beli rokok!! 


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 7, 2012

Perang Bermula

Saya di maklumkan ada proses temuduga bagi kenaikan pangkat Kopral dan Sarjan. Bermula hari ini sehingga khamis. Macam biasa, proses ini tak pernah di buat secara sistematik. Sebut bila perlu, pilih siapa yang perlu, orang-orang yang perlu dan mengikut keperluan tertentu. Saya memang kurang ajar sebenarnya, mempertikai keputusan jabatan dengan mempersendakan proses tersebut.

Kisah ini bukan kisah saya, tapi sejak dulu proses ini memang tak pernah memuaskan hati saya. Hanya saya. Saya juga rela di kenakan sebarang tindakan kerananya. Melihat kepincangan ini mungkin kerana salah sendiri. Tapi kebenaran akan setiasa memihak kepada pihak mereka dan yang terpilih juga adalah di kalangan mereka juga.

Saya harus diam. Tapi mulut ini jahat kerana sentiasa tidak berpuas hati. Jadi, walau siapa sahaja yang di pilih, tahniah!. Mereka yang tidak Berjaya, boleh cuba lagi dan menaruh harapan. Rezeki tuhan bagi, tapi di sini tidak. Kerana hanya mereka yang boleh tentukan siapa tuhan pilih untuk beri rezeki. Saya tidak berbohong tentang hal tersebut. Benar berlaku.

Terima kasih. Wasallam.

Wednesday, February 1, 2012

Tugas asal?

Dalam sesebuah organisasi yang menjadi peneraju dalam hal-hal berkaitan penguatkuasaan. Saya tercabar sekirannya tugas-tugsa yang saya lakukan itu menjadi cemuhan atau ejekan orang awam. Tapi sehingga kini, saya merasakan bahawa jabatan langsung tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam segi pengurusan dan pembinaan sahsiah diri penguatkuasa yang lebih baik dari sebelum.

Adakah cara yang lebih sesuai untuk kita warga penguatkuasa, adakah kita benar layak menerima tanggungjawab tersebut? Kehebatan kita sebenarnya kerana apa? Sistem pengurusan yang berkesan atau jumlah bilangan masalah dalaman yang perlu kita selesaikan? Sukar kita menilai orang lain, tetapi kesepakatan dan perpaduan dalam pasukan beruniform memang telah lama tiada. Masing-masing sudah tidak lagi cuba untuk melaksana tugas dengan sepenuh hati.

Jika benar saya mereka-reka cerita, tuan-tuan dan puan-puan boleh sahaja melihat prestasi jabatan. Adakah kerana hal berkaitan kurangnya komitmen pekerja atau salah pengurusan dalam menetapkan sasaran yang berpatutan dengan prestasi seseorang anggota penguatkuasa berdasarkan kemampuan mereka. Tak perlu mengubah apa-apa laporan untuk menyedapkan hati sesiapa.

Saya percaya, setiap anggota penguatkuasa mahu melakukan perkerjaan mereka dengan bayaran yang setimpal dengan khudrat yang mereka mampu lakukan. Malah ada yang melakukannya lebih dari masa yang sepatutnya mereka habiskan masa bersama keluarga. Ini kenyataan.

Sama ada sedar atau tidak, kita harus membuat dan melakukan corak sistem kerja yang memudahkan tugas-tugas berkaitan dengan penguatkuasaan. Tujuannya juga adalah berdasarkan kepada penyelarasan dan pemantauan tugas. Tiada maksud yang terselindung. Harus dilakukan dengan secara teratur dan dikemaskini dengan cara yang paling mudah di tafsirkan dengan peraturan yang sah.

Wasallam.

Arahan baru?

Saya bukan pakar. Saya lihat. Saya dengar. Saya patuhi. Saya berfikir.

Apakah pelajaran yang mengajar manusia dengan cara yang paling baik? Pada saya pengalaman. Walaupun sekadar memerhati, atau melakukan kan tugas-tugas yang berkaitan dengan arahan jabatan. Di organisasi mana pengalaman itu tidak penting? Atau pangkat?  

Dalam organisasi pengalaman itu penting? Perkhidmatan? Sumbangan yang sebagaimana di kategorikan sebagai penyumbang? Adakah dengan kenaikan pangkat? Penghargaan jamuan makan? Sekeping sijil atau pingat? Atau memiliki beberapa orang pegawai yang setia? Situasi hari ini ternyata amat berbeza. Di pandangan saya, ‘cakap tak serupa bikin’..

Hari ini mungkin hari kita, esok-esok kita terpaksa menerima apa yang kita katakan dan menerima balasannya. Saya percaya bahawa ‘rezeki itu tuhan bagi’, tapi jika rezeki itu hanya kepada orang yang tertentu, itu bukan perkara yang baik jika kita tak nampak dan sedar. Kerja yang baik itu ada cabarannya, begitu juga sebarang usaha yang mahu melakukan perubahan.

Meningkatkan kualiti kerja atau membuat sistem kerja yang baru tak akan mengubah sikap yang lain. Yang perlu berubah adalah budaya dan mengimplikasikan teknologi dalam budaya kerja seharian. Fikirkankan apa yang saya maksudkan. Kita dah berada di tahun 2012!

Menghalang orang dari makan di sebuah gerai tepi jalan. Tetapi dalam masa yang sama ada berlambak lagi restoran di sekitar. Adakah tindakan itu merupakan satu arahan atau cara sistem berkerja yang cekap? Jika sudah mengeluarkan surat arahan berkaitan perkara tersebut, saya merasakan saya memiliki pegawai dan ketua yang bermasalah.

Perhatikan sekeliling! Waspada! kerana yang paling hampir itu adalah musuh yang tak nampak.

Wasallam.