Wednesday, February 1, 2012

Tugas asal?

Dalam sesebuah organisasi yang menjadi peneraju dalam hal-hal berkaitan penguatkuasaan. Saya tercabar sekirannya tugas-tugsa yang saya lakukan itu menjadi cemuhan atau ejekan orang awam. Tapi sehingga kini, saya merasakan bahawa jabatan langsung tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam segi pengurusan dan pembinaan sahsiah diri penguatkuasa yang lebih baik dari sebelum.

Adakah cara yang lebih sesuai untuk kita warga penguatkuasa, adakah kita benar layak menerima tanggungjawab tersebut? Kehebatan kita sebenarnya kerana apa? Sistem pengurusan yang berkesan atau jumlah bilangan masalah dalaman yang perlu kita selesaikan? Sukar kita menilai orang lain, tetapi kesepakatan dan perpaduan dalam pasukan beruniform memang telah lama tiada. Masing-masing sudah tidak lagi cuba untuk melaksana tugas dengan sepenuh hati.

Jika benar saya mereka-reka cerita, tuan-tuan dan puan-puan boleh sahaja melihat prestasi jabatan. Adakah kerana hal berkaitan kurangnya komitmen pekerja atau salah pengurusan dalam menetapkan sasaran yang berpatutan dengan prestasi seseorang anggota penguatkuasa berdasarkan kemampuan mereka. Tak perlu mengubah apa-apa laporan untuk menyedapkan hati sesiapa.

Saya percaya, setiap anggota penguatkuasa mahu melakukan perkerjaan mereka dengan bayaran yang setimpal dengan khudrat yang mereka mampu lakukan. Malah ada yang melakukannya lebih dari masa yang sepatutnya mereka habiskan masa bersama keluarga. Ini kenyataan.

Sama ada sedar atau tidak, kita harus membuat dan melakukan corak sistem kerja yang memudahkan tugas-tugas berkaitan dengan penguatkuasaan. Tujuannya juga adalah berdasarkan kepada penyelarasan dan pemantauan tugas. Tiada maksud yang terselindung. Harus dilakukan dengan secara teratur dan dikemaskini dengan cara yang paling mudah di tafsirkan dengan peraturan yang sah.

Wasallam.

No comments:

Post a Comment