Thursday, March 29, 2012

Apa sumbangan kita?

Saya ditanya, apa sumbangan yang telah saya berikan kepada jabatan.. Saya diam!


Saya di tanya, apa yang jabatan boleh banggakan dengan kakitangannya.. Saya juga diam!


Saya di tanya, mengapa saya bertindak mendedahkan beberapa 'keburukan' jabatan.. Saya terus diam!


Izinkan saya bertanya pula..


1. Sejak penubuhan jabatan penguatkuasaan, ( sejak skuad pemusnah)  siapakah yang berhak dan layak menentukan dasar jabatan?


2. Siapakah yang melaksana semua dasar-dasar jabatan DBKL & jabatan penguatkuasaan?


3. Siapa pula yang 'berkemahiran' dalam menjalankan tugas operasi harian, pengendali semua harta benda aset jabatan, menjaga keselamatan dan semua harta benda yang tertakluk sebagai 'harta benda' datuk bandar kuala lumpur?


4. Siapa pula yang 'bertarung nyawa' menyertai operasi / bencana dalam bandar dan luar bandar kuala lumpur?


5. Siapa yang 'mempopularkan' nama DBKL di peringkat NEGARA?


Persoalan saya tak perlu penjelasan sesiapa! Tapi benarkan saya merujuk dengan mana-mana 'pihak penguatkuasa' di PIHAK BERKUASA TEMPATAN seluruh negara..


Kita benar-benar muka tak malu! Kita tanya apa sumbangan 'penguatkuasa' kepada jabatan, dalam masa yang sama jabatan tak mampu sumbangkan apa-apa kepada 'penguatkuasa'!


Saya berbohong!


Wasallam...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 19, 2012

Blue Ocean Strategy : Buku!

Boleh dapatkan dari kedai buku yang berhampiran..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Strategi Lautan Biru : Apa itu?

Nama asalnya adalah 'Blue Ocean Strategy', buku karya penulis W. Chan Kim dan Rene Mauborge terbitan Harvard Business School Press tahun 2005. Dengan bilangan muka surat sebanyak 240 keping dan harga RM 119.80.


Nama yang gah! Tapi itu pada tahun 2005, ni dah 2012, tapi biarlah lambat asal selamat! Jika berkaitan dasar atau perlaksanaan perkara yang baik, saya akan menyokong. Saya juga yakin setiap orang akan melakukan hal yang sama jika itu adalah kebaikan.


Penjelasan serba ringkas, tapi saya tak pasti berapa ramai yang sedar atau faham. Jika berkaitan operasi bersepadu atau kerjasama, kita dah buat sejak 40 yang lalu, DBKL sentiasa bekerjasama dengan mana-mana agensi atau kerajaan tempatan yang lain.


Malah, saya sendiri pernah terlibat mengiringi beberapa delegasi luar negara seperti Australia, New Zealand, Brunei dan beberapa PBT dari Sabah, Sarawak termasuklah semua PBT dalam negara.


Kita semua tahu, bahawa kita berkongsi informasi dan menggunakan peruntukkan undang-undang yang hampir sama malah menggunakan peralatan yang sama juga. Adat berjiran, kita sama-sama berkongsi segala maklumat yang ada.


Tetapi, itu hanya omong kosong! Tiada sebarang kenyataan atau bertulis dari mana-mana pihak pun yang boleh membuktikan kita adalah agensi atau pihak berkuasa tampatan yang baik pun. Malah kita juga tak dapat menikmati apa kelebihan yang pihak PBT lain dapat pun. Saya tak pandai, saya tak layak, tapi tuan-tuan dan puan-puan lebih pandai dan layak untuk menilai..


Saya serahkan pemikiran ini kepada kebijaksanaan tuan-tuan dan puan-puan..


Wasallam..


Published with Blogger-droid v2.0.4

STRATEGI LAUTAN BIRU: Warden trafik DBKL di 10 lokasi tambahan

Lokasi penempatan warden trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi kawalan lalulintas kini diperluaskan ke 10 lagi kawasan persimpangan di ibu negara.
Ia menjadikan jumlah penempatan warden trafik di kawasan persimpangan kini menjadi 20 lokasi sejak pasukan itu mengambil alih tugasan kawalan itu dari Polis Diraja Malaysia awal November lepas.
Kawasan terlibat ialah sepanjang Jalan Sultan Ismail ke Jalan Bukit Bintang, Jalan Tun Tan Cheng Lock ke Jalan Petaling, Jalan Tun H.S Lee ke Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Ismail ke Jalan Raja Abdullah, Jalan Sultan Ismail ke Jalan P. Ramlee, Jalan Ampang ke Jalan Tun Razak, Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Tun Razak, Jalan Tun Razak ke Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Tun Perak ke Jalan Tun Tan Cheng Lock (Pudu Central) dan Jalan Tun Tan Cheng Lock ke Jalan Kasturi (Pasar Seni).
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata penempatan itu merupakan satu lagi contoh inovasi serta hasil pemikiran di bawah Strategi Lautan Biru yang sebelum ini dilihat keberhasilannya melalui kerjasama antara PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia.


Sumber - Bernama

Saturday, March 17, 2012

Saya tak berkuasa!

Siapa percaya bahawa pemilihan seseorang pegawai atau yang menetapkan kenaikan pangkat atau yang menerima 'ganjaran & imbuhan' tersebut tanpa di 'sedari' atau di 'syorkan' oleh pegawai yang paling kanan dalam sesebuah jabatan atau agensi?

Markah penilaian juga! entah siapa pula yang boleh buat seperti 'kad gores dan menang'! pandai gores, menanglah!

atau, kita boleh anggap rezeki itu tuhan bagi.. kita tunggu lah rezeki kita itu datang bergolek! tapi kena ikut jalan atau jarak juga.. tapi, sekarang ni walau jarak jauh pun, masih boleh! adalah alat kawalan jauh! picit! tekan! dan akan 'berkuasa' keatas sesiapa sahaja!

Thursday, March 15, 2012

Terharu!

Saya benar terharu, bila dapat komen, pesanan ringkas, ucapan penghargaan terutama dari orang-orang lama jabatan penguatkuasaan. Malah ada yang berpatah balik, memberhentikan kenderaan apabila nampak saya berjalan untuk menyatakan rasa sokongan terhadap 'perjuangan' berkaitan elaun penguatkuasa. Saya juga menerima pujian dan penghargaan dari beberapa orang kenamaan negara yang pernah meneraju DBKL dan juga negara.


Tapi yang paling saya terasa adalah perhatian dari orang lama dalam jabatan penguatkuasaan. Mereka sebut, mereka sokong tindakan saya kerana mereka sedar, itu adalah hak bersama.


Bagamana dengan tanggungjawab saya di jabatan? Jujur saya katakan, saya juga mencari kerja yang berkat dan halal! Semua orang begitu. Tidak ada orang dalam dunia ini mahu makan dari sumber yang haram sepanjang hidup mereka. Atau memakan harta orang lain yang bukan hak!


Terima kasih atas sokongan yang telah di berikan. Saya amat hargai..


Sekian..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Anjing Takut Bayang-Bayang!

Salam sejahtera murid-murid, hari ini cikgu nak mengajar murid-murid apa itu maksud dengan serangkap peribahasa lama yang bernama 'Seperti anjing yang takut kepada bayang-bayang'.


Adakah semua anak-anak murid tahu maksud tersebut?


Tuan-tuan dan puan-puan masih ingat cerita tersebut? Ini adalah persepsi, ini adalah kiasan, ini adalah kenyataan..


Saya tak akan lari dari tajuk asal.. 'Biar putih tulang, jangan putih mata... '


Sekian..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 14, 2012

Saya Bukan Hero!

Kerana RM200, saya di cemuh, di pandang sebagai seorang pengkianat, penderhaka. Malah ada yang anggap saya penyebab segala masalah yang berlaku di Jabatan Penguatkuasaan.


Kini, sudah ada pihak yang beranggapan penguatkuasa dbkl tak layak dapat elaun penguatkuasa tersebut! Kerja yang dilakukan oleh penguatkuasa dbkl tak setimpal dengan RM200 ringgit tersebut.


Jika benar, berilah jawapan. Saya benar ingin tahu mengapa penguatkuasa dbkl tak layak dapat elaun penguatkuasa tersebut, tak perlu nak ugut-ugut saya.


Saya sedar saya tak layak jadi ketua atau pegawai yang hebat. Jadi kepada sesiapa yang jadi ketua dan pegawai yang hebat tu cuba la jawab. Jangan diam sahaja. Sejak 2006 hingga 2012 adalah tempoh yang panjang. Masih sedang cuba berusaha barangkali? Teruskan usaha! Saya ada 20 tahun lagi untuk melihat! Jika tuhan panjangkan umur saya.


Terima kasih..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 12, 2012

Jabatan Penguatkuasaan hanya beban kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Ada sesiapa rasa terganggu dengan tajuk di atas? Saya tak rasa ada sesiapa kisahpun apa tajuk yang telah saya pamerkan di laman blog tegasdansetia ini. Saya juga rasa bahawa elaun penguatkuasa patut dapat sebanyak rm200 itu adalah sedikit berbanding dengan apa yang pihak penguatkuasa di pihak berkuasa tempatan di lembah kelang.


Menteri Wilayah Persekutuan tak pernah kisah, Datuk Bandar Kuala Lumpur tak pernah peduli, malah Perdana Menteri Malaysia juga tak pernah memberi respon terhadap elaun penguatkuasa yang secara terang-terangnya ada dalam pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam.


Siapa patut tanya? Siapa patut terangkan? Siapa harus di adukan? Kementerian Wilayah? Jabatan Perdana Menteri? Saya siapa di Jabatan Penguatkuasaan? Mana perginya pegawai kanan jabatan yang hebat-hebat? Adakah semua pegawai kanan jabatan tak mahu elaun penguatkuasa itu di beri kepada penguatkuasa bawahan?


Ini bukan perkara kecil! Saya letak masa depan saya pada setiap ayat yang tertulis di sini. Apa faedah elaun penguatkuasa itu pada saya seorang?


Sesiapa boleh terangkan?


Wallahualam..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 9, 2012

Majlis Silap Mata / Mukjizat!

Tarikh Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi peringkat Kementerian Wilayah akan berlangsung pada 10 April di PICC Putrajaya tak lama lagi.

Seperti tahun-tahun sebelum, Jabatan Penguatkuasaan tidak akan tahu menahu siapa yang bakal menerima anugerah tersebut.

Bukan pelik, sejak saya berkhidmat sejak 13 tahun lalu, tiada seorang Pengarah Jabatan Penguatkuasaan tahu siapa yang bakal terima. Sehinggalah senarai tersebut di keluarkan oleh pihak Jabatan Sumber Manusia / Jabatan Pentadbiran DBKL.

Saya bersedia di dakwa bebila masa. Saya tahu ini adalah perkara yang benar. Tanyalah mana-mana pegawai kanan Jabatan Penguatkuasaan, mereka juga tak tahu.

Saya masih pelik jika pengurusan tertinggi DBKL boleh memilih kriteria pegawai Jabatan Penguatkuasa yang cemerlang berdasarkan 'cak ci lut at at'!

Ini bukan rekaan. Tapi Mukjizat!

Wallahualam..

Wednesday, March 7, 2012

SSM kembali berkuasa!

Penantian kakitangan awam terjawab, tapi tidak bagi kakitangan penguatkuasa DBKL. Memang semua dapat kenaikan 13%, tapi Elaun Penguatkuasa terus di sembunyikan. Kita harus beri masa kepada pihak pengurusan DBKL. Saya yakin mereka sedang mencari jalan atau alasan yang munasabah.

Keraguan tak akan terjawab tanpa sebarang kenyataan. Pegawai yang menikus atau jadi itik! depan hanya mengangguk, belakang tersenguk-senguk!

Saya menerima ini semua sebagai balasan tuhan, kerana janji tuhan tak akan berikan rezeki pada yang hak, tapi permainan politik ini dengan kiasan tuhan adalah merbahaya. Sesunguhnya ada manusia yang memerhati tanpa kata, diam seribu bahasa.

Sebagai pegawai atasan, tanggungjawab anda adalah menjadi ketua dan teladan yang baik. Bukan memilih orang tertentu, dengan kepentingan tertentu. Minggu depan akan ada pemilihan pangkat pegawai lagi. Jadi mari kita sama-sama saksikan siapa yang tuhan sayang dan dari mana negeri asal kelahirannya..

Amin!!

Tuesday, March 6, 2012

Kelepet!

Terpulang kepada anggapan sesiapa yang mentafsir. Tapi ayat itu antara ayat yang paling popular. Saya tak perlu jelaskan jika tuan-tuan dan puan-puan adalah seorang pegawai penguatkuasa. Saya hanya akan tersenyum jika ayat tersebut di sebut dihadapan saya. Senyum saya senyum sinis.

Sejak dulu saya paling persoalkan adalah kehadiran. Atau lebih tepat jumlah penguatkuasa yang hadir setiap hari untuk melaksana tugas hakiki. Ada sesiapa boleh beri jawapan tepat? Jumlah yang hadir untuk masuk baris, jumlah penguatkuasa yang di catat hadir dalam baris dan nombor yang boleh bulat atau pergi klinik atau hanya sms kepada sarjan yang mengambil baris? Jumlah yang sakit tak boleh baris? Atau jumlah yang masih terbaring dalam hospital seluruh Malaysia? Atau berapa orang yang terlibat sukan atau urusan rasmi luar kawasan? Jumlah yang pergi kursus atau latihan? Atau yang telah dilarikan orang ke Lombok? Atau berapa orang isteri datang ke pejabat yang bertanya suami bertugas dimana?

Bagaimana jabatan kita boleh kenal siapa yang hadir masuk baris dan jumlah yang sebenar melakukan pekerjaan? Siapa yang paying? Secara rasminya bagaimana laporan kehadiran itu boleh tepat?

Siapa tahu perkiraan jumlah kekuatan anggota penguatkuasa di lapangan pada sesi pagi? Jumlah lapangan di sesi petang dan jumlah lelaki dan perempuan di sesi malam?
Menarik bukan? Jika tiada siapa tahu jumlah sebenar.

Wallahualam..


Tugas Penguatkuasa tidak diberkati tuhan!

Percayalah bahawa tugas seorang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah tugas yang tidak diberkati tuhan. Ini adalah kenyataan yang kita harus terima. Sebelum ini saya dianggap penderhaka dan pengkhianat oleh rakan penguatkuasa yang lain. Hari ini saya baru sedar, rupanya selama ini kerja yang dilakukan oleh semua pegawai dan kakitangan penguatkuasaan tidak diberkati tuhan.

Elaun penguatkuasa yang sepatutnya kita dapat itu bergantung kepada tuhan semata-mata. Rezeki yang patut kita dapat itu hanyalah kerana tuhan tidak beri hidayah kepada pegawai atasan DBKL kerana kakitangan penguatkuasa tidak diberkati. Hari ini saya baru tahu bahawa terdapat lebih 2200 kakitangan di Jabatan Penguatkuasaan. Sebilangan yang ramai itu masih tiada yang di sukai oleh tuhan! Terimalah wahai para sahabat penguatkuasa, bahawa pekerjaan yang kita lakukan selama ini masih sia-sia.

Marilah kita sama-sama perbanyak kan doa, agar tuhan beri ganjaran yang sepatutnya kepada mereka yang anggap bahawa kita berkhidmat ini adalah kerana suka-suka, dan datang ke jabatan ini hanya untuk menyusahkan orang lain dan pegawai atasan kita.

Usahlah meratap hiba atau merayu mohon simpati hanya kerana melepaskan diri dari amanah yang di pertanggungjawabkan. Ini adalah maruah semua. Mengaitkan tuhan dalam usaha melepaskan diri itu adalah tindakan yang paling hina. Ini adalah amanah, saya ulang ini adalah amanah yang harus dipikul oleh setiap orang dan individu yang berada dalam Jabatan Penguatkuasaan. Saya berikrar dan bersumpah pada hari saya mula menjawat jawatan ini. Saya berjanji akan untuk memastikan bahawa saya akan sempurnakan seluruh pekerjaan ini dengan sebaik mungkin. Pekerjaan ini adalah yang kerja mulia, dan ikrar itu saya sempurnakan dengan Solat Syukur! 4 Jan 1999, selepas maghrib.

Ini sumpah saya! Ikrar saya, amanah yang saya pikul ini adalah kerana anak bangsa saya sendiri. Yang  saya namakan perjuangan ini adalah demi agama, bangsa dan negara yang saya cintai!

Subhanallah…

Thursday, March 1, 2012

Elaun Penguatkuasa

Saya hanya perjuangankan tuntutan elaun penguatkuasa! Selama ini saya hanya mempertikaikan pengurusan Jabatan Penguatkuasaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkaitan dengan Elaun Penguatkuasa.

Elaun Penguatkuasa itu berjumlah RM 200! Jika ada yang tak mahu, tak mengapalah. Tapi untuk pengetahuan semua, semua anggota penguatkuasa dalam mana-mana PBT di dalam negara ini dapat! Yang tak dapat hanya Penguatkuasa DBKL.

Kuasa yang kita miliki tak setaraf atau setimpal dengan mana-mana PBT di Malaysia? Atau kita badan berkanun yang gred rendah?

Jika saya nyatakan gaji seorang konstabel Polis Trafik PDRM dan seorang anggota trafik DBKL, bezanya lebih dari RM 1600 ringgit malaysia! Pasti ada yang bunuh diri lagi! Elaun Metana / asap, Elaun motosikal, Elaun Polis, Elaun bantuan sara hidup dan sebagainya.. tapi melakukan tugas yang sama.

Akan saya terperincikan nanti setelah saya dapat bukti yang sahih! Sekarang saya dah dapat bukti percakapan sahaja. Tapi tuan-tuan dan puan-puan juga bukan bodoh! Tanya lah sendiri pada anggota Polis Trafik PDRM tu! :-)

Wasallam..

Kamu seorang kafir!.. Kamu tak sembahyang!

Itu saya dapat bulan lepas. Dari seorang yang bergelar pegawai di Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Saya tak akan membuat cerita hal yang sedemikian. Kini saya merasakan bahawa saya patut hebahkan kepada semua. Untuk kita sama-sama buat pertimbangan yang sewajarnya.

Saya masih boleh hidup dengan fitnah, seks luar biasa, atau melakukan aksi lucah atah salah guna barang kelengkapan pejabat atau mengemukakan tuntutan kerja lebih masa yang palsu.

Tapi jika di tuduh seorang kafir, tak sembahyang, atau sekular kerana menyokong dasar kerajaan, bagi saya itu agak melampau bagi seorang penjawat awam yang bergelar seorang pegawai di Jabatan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Tabik Tuan! Memang tuan memiliki pengawai yang mengarut!!

Saya seorang Penderhaka!

Khabarnya, saya mula menjadi bahan mulut orang! bahawa saya kini bergelar seorang Penderhaka di Jabatan Penguatkuasaan.

Tulisan saya di blog tegasdansetia.blogspogt.com ini mula di anggap negetif! menyebarkan khabar yang buruk berkaitan dengan sistem zon.

Saya akui, saya berkata benar! Saya tidak sama sekali menidakkan hal tersebut! Kerana pegawai-pegawai kanan jabatan terlalu bijak! Kawasan yang ada 13 persempadanan kawasan dalam parlimen di beri dengan 7 kenderaan bersama 9 pemandu! Cuba lah guna akal! Penempatan itu sudah kurang wajar!

Perlaksanaaan secara rasmi pada 20 Feb 2012! Hari ini adalah 1 Mac! Kalau di dalam ruangan mesyuarat atau perjumpaan antara sesama pegawai, mungkin tiada siapa kena "bodoh" atau "sial" dalam urusan tersebut! Tapi di peringkat bawahan, ayat-ayat sedemikian memang lancar di tuturkan kepada anggota bawahan.

Tuntutan agama menetapkan bahawa kita harus berubah kepada keadaan yang lebih baik dari hari ini! Itu adalah selayaknya.. Tapi hari ini, pengurusan tak pernah sedar bahawa perkara ini adalah mengundang padah kepada diri sendiri.

Tahniah! Tuan-tuan dah buktikan! Bahawa tuan-tuan benar layak mengelarkan diri saya sebagai 'PENDERHAKA'!

Menyampaikan satu ayat itu adalah tuntutan! Maka sebarkanlah!

Wasallam..