Tuesday, March 6, 2012

Tugas Penguatkuasa tidak diberkati tuhan!

Percayalah bahawa tugas seorang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah tugas yang tidak diberkati tuhan. Ini adalah kenyataan yang kita harus terima. Sebelum ini saya dianggap penderhaka dan pengkhianat oleh rakan penguatkuasa yang lain. Hari ini saya baru sedar, rupanya selama ini kerja yang dilakukan oleh semua pegawai dan kakitangan penguatkuasaan tidak diberkati tuhan.

Elaun penguatkuasa yang sepatutnya kita dapat itu bergantung kepada tuhan semata-mata. Rezeki yang patut kita dapat itu hanyalah kerana tuhan tidak beri hidayah kepada pegawai atasan DBKL kerana kakitangan penguatkuasa tidak diberkati. Hari ini saya baru tahu bahawa terdapat lebih 2200 kakitangan di Jabatan Penguatkuasaan. Sebilangan yang ramai itu masih tiada yang di sukai oleh tuhan! Terimalah wahai para sahabat penguatkuasa, bahawa pekerjaan yang kita lakukan selama ini masih sia-sia.

Marilah kita sama-sama perbanyak kan doa, agar tuhan beri ganjaran yang sepatutnya kepada mereka yang anggap bahawa kita berkhidmat ini adalah kerana suka-suka, dan datang ke jabatan ini hanya untuk menyusahkan orang lain dan pegawai atasan kita.

Usahlah meratap hiba atau merayu mohon simpati hanya kerana melepaskan diri dari amanah yang di pertanggungjawabkan. Ini adalah maruah semua. Mengaitkan tuhan dalam usaha melepaskan diri itu adalah tindakan yang paling hina. Ini adalah amanah, saya ulang ini adalah amanah yang harus dipikul oleh setiap orang dan individu yang berada dalam Jabatan Penguatkuasaan. Saya berikrar dan bersumpah pada hari saya mula menjawat jawatan ini. Saya berjanji akan untuk memastikan bahawa saya akan sempurnakan seluruh pekerjaan ini dengan sebaik mungkin. Pekerjaan ini adalah yang kerja mulia, dan ikrar itu saya sempurnakan dengan Solat Syukur! 4 Jan 1999, selepas maghrib.

Ini sumpah saya! Ikrar saya, amanah yang saya pikul ini adalah kerana anak bangsa saya sendiri. Yang  saya namakan perjuangan ini adalah demi agama, bangsa dan negara yang saya cintai!

Subhanallah…

No comments:

Post a Comment