Saturday, April 14, 2012

Rezeki yang tuhan bagi!

Tahniah! Kepada yang terpilih dan yang menjadi pilihan, saya benar yakin bahawa pilihan itu tidak wajar di pertikaikan. Saya mula belajar dan faham bahawa yang layak dan terpilih itu benar2 adalah nama2 yang tetiba muncul di atas kertas.


Sumpah ini bukan silap mata! Kalau tak percaya cakap saya, cubalah bertanya siapa yang berani mengatakan itu adalah pilihannya dan senarai itu adalah senarai orang yang benar2 layak. Saya tak pertikai siapa yang dilantik, tapi proses itu.


Sejak dulu dikatakan proses kenaikan pangkat perlu memenuhi kriteria yang telah di tetapkan, tapi adakah kriteria itu di penuhi?


Sekali lagi saya pasti di anggap perosak kerana mempertikai atau cuba meluruskan sesuatu yang bengkok, mungkin juga di anggap sebagai anjing yang menyalak bukit. Terpulanglah! Ini mulut saya! :-)


Wasallam..


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment