Friday, May 25, 2012

JIKA SAYA 'KETUA PENGUATKUASA'!

Sejak tahun 1999, saya mengambarkan saya adalah 'Tom Cruise' dalam wayang gambar 'TOP GUN'. Bagi generasi baru, mungkin anggap saya 'old skool'! Tapi itu adalah 'mimpi' saya ketika itu.


Pertama kali dapat memakai 'CAP' pula membuat angan-angan saya hampir tercapai! Ketawalah sepuas hati. Saya terima! Itulah yang saya rasa ketika itu. Lagak saya tak ubah seperti juruterbang yang baru sahaja melakukan penerbangan yang pertama. Keterujaan bertambah lagi apabila dapat pakaian seragam yang ada butang-butang besi yang berkilat berlogo Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


Walau dah 3 kali saya rasa kita tukar uniform, keterujaan itu masih ada. Kali ini lebih sikit. Mengharapkan ada cermin mata jenama 'Rayban' tersangkut di muka setiap penguatkuasa DBKL. Ada helmet berlogo 'tegas dan setia' di setiap kakitangan, dan sarung tangan berjenama 'GIVI' berserta 'beg hujan'.


Hanya idea, tapi bukan mustahil! Kita berhak dapat yang kita mahukan dan kebetulannya itu adalah 'keperluan asas' juga bagi setiap penguatkuasa..


Manalah tahu.. :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 22, 2012

Monday, May 21, 2012

BERUBAH? MENGAPA PERLU BERUBAH?

'.. Saya dah selesa dengan apa yang ada sekarang! Gaji saya makin naik, masa kerja saya ikut suka! Saya boleh datang bila saya suka, saya boleh balik kalau mood saya tak kena!.. '


1. Identiti yang kita bawa itu sebagai apa?


'.. ahh!. Dah gila agaknya pegawai kat sini, pagi baris, petang kena baris.. asyik2 muka tu je yang baris.. apa pegawai tak boleh fikir ke kerja penguatkuasa ini sebagai apa? Bodoh tak bertempat.. '


2. Bukan kah peranan seorang pegawai itu mengumpulkan anak2 buahnya bagi memastikan kehadiran? Kesihatan dan masalah lain yang boleh dan berlaku kepada anak2 buahnya?


3. Jika tak baris, bagaimana kita nak tahu siapa yang hadir atau tidak hadir dalam sesebuah pasukan atau kumpulan? Saya akan lempang diri sendiri kalau ada sesiapa yang boleh tahu dalam sehari ada berapa orang ambil time slip, cuti sakit, cedera parah, kena langgar, atau sedang berehat-rehat di luar negara, melancong kerana dapat cabutan bertuah!


Mahasiswa Dataran Merdeka.. ".. apa tuan-tuan dan puan-puan tahu apa itu perlembagaan negara? .. kami berhak berada di sini jika kami mahu.. apa hak tuan-tuan dan puan-puan menghalau kami.. kami mahu kerajaan yang adil! Kami mahu DBKL memenuhi kehendak rakyat.. ! ..'


Penguatkuasa DBKL.. *buat mata plip plop plip plop terkebil-kebil..* sama ada cuba cari fakta nak sanggah atau memang tak tahu nak jawap soalan mahasiswa tersebut!


4. Andaian saya, kita tak mahir! Kita kurang di dedahkan kepada persekitaran sedemikian, walaupun kita adalah 'penguatkuasa undang-undang 'yang di perwakilkan oleh kuasa oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur di bawah kuasa-kuasa perlu dalam Akta Kerajaan Tempatan dan Akta Ibukota.


5. Bagaimana? Ilmu? Persekitaran? Atau kena ada ketua yang lebih layak? Duit? Atau berhenti kerja?


Published with Blogger-droid v2.0.4

MENYUMBANG ATAU JADI SUMBANG?

Saya dianggap perosak, anjing, malah kafir juga. Benar, ini berlaku di tempat kerja kita. Saya dah gila barangkali, tapi saksi masih ada, mereka yang terlibat juga masih ada. Cuma saya patut rahsiakan nama mereka.


Mungkin ada juga lah sedikit nakal, nak makan free, minum free atau makan sedap-sedap bila kerja di luar, tapi bukan itu niat dan tujuan asal saya berkhidmat. Sentiasa berniat agar tidak menjadi beban kepada orang lain. Sentiasa ingatkan diri agar jangan menyusahkan orang lain.


Ejekkan atau cakap belakang-belakang juga tidak mengusarkan saya, dalam hati, 'pandai makan, pandailah simpan'. Saya melihat, saya mendengar, malah saya bercakap juga. Tapi tak mengubah apa-apa pun. Mereka tetap sama, mereka terus begitu, mereka tak pernah dengar cakap sesiapa.


Cuma, bagi saya, kalau kita nak berubah jadi lebih baik, kita patut berusaha. Berusaha jadi penyumbang, jadi sebahagian dari 'pahala', sebahagian kepada 'kebaikan'. Saya tak menjanjikan syurga, tapi saya mahu lihat diri saya lebih baik dari sebelum dan menjadi ingatan kepada yang lain. Bahawa kita adalah manusia yang inginkan perubahan dengan cara yang terbaik.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 20, 2012

SELOKA PENGUATKUASA DBKL

Selamanya tidak akan ada orang akan faham tugas seorang pegawai penguatkuasa, termasuklah diri penguatkuasa itu sendiri jika hatinya tertutup dan tidak mahu menerima bahawa kerjanya itu adalah ibadat dan kedua 'hebat' di sisi agama.. iaitu 'bekerja dengan pemerintah'..

Saturday, May 19, 2012

Nong Chik: Special Training for DBKL Enforcement Officers to Counter Demonstrations

THURSDAY, MAY 17, 2012

KUALA LUMPUR (May 14): Kuala Lumpur City Hall (DBKL) enforcement personnel will be provided special training to prepare for possible demonstrations or illegal rally in the future.

Federal Territories and Urban Well-being Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin said such training was necessary for the nation's current scenario, whereby more illegal demonstrations are expected, especially in Kuala Lumpur.

"It's better if our enforcement personnel are trained to handle illegal rallies, big or small, because they will be provoked during such demonstrations," he told reporters after a working visit and launch of the DBKL Enforcement Department-level "Keep Smiling 2012" campaign, here on Monday.

The campaign hopes to encourage a customer-friendly culture and courtesy among staff under the Federal Territories and Urban Well-being Ministry and its agencies.

Commenting further on the training, Raja Nong Chik said talks have been carried out with the Home Ministry.

"I've discussed with (Home Minister) Datuk Seri Hishammuddin Hussein, and we will work with his ministry to prepare a detailed information on the training," he said.

He said talks would also be held with the police since the force has already been trained for such situations.

"The police may lead the training, but this still depends on the outcome of the meeting. DBKL may not have specific equipment to face these demonstrations, so an allocation for such equipment may be provided as well," he said. — Bernama

Wan Ahmad Masuwaradi

Wednesday, May 16, 2012

MAJLIS PENYERAHAN PRIME MOVER

Penyerahan Prime Mover oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail

SISTEM ZON : BER 'OMBAK RINDU'

Lagu yang kembali mengalunkan. Radio karat terus memainkan lagu syahdu. Lagu yang masih tak berubah.


Apalah nasib si 'DJ Radio' yang masih memutarkan lagu yang begitu.


Ubah, ubah, ubah lagi. Cara mengubah sama, cara mentadbir sama. Orang sama, sistem yang lama. Tak mengubah apa-apa. Speaker terus rosak! Lagu tak sedap! Tak siap mahu dengar lagu lama! Jangan remix, jangan ubah lirik atau rentak kalau buat lagu sama.


Semua orang tahu, unit belatuk merah itu kena di bubarkan. Fungsinya tidak menjadikan 'transformer' lebih berdisiplin. Hanya menjadi api dalam sekam!


Ada siapa 'transformer' yang mahu hidupnya terus di selubungi dosa dan menderita kerana dosa orang lain? Ada siapa yang mahu bawa segala perangai buruknya menjadi perhitungan di akhirat untuk menjadi tatapan ahli keluarganya? Kita sedar kita memikul dosa orang lain dengan tidak berbuat apa-apa?


Saya berdosa, saya bersalah! Kerana saya berniat agar kawan-kawan saya berubah untuk membimbing saya, untuk menjadi ketua saya, untuk menjadikan saya lebih baik dari orang lain.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 15, 2012

MAJLIS PENYERAHAN 'OPTIMUS PRIME'

Majlis Penyerahan 'Prime Mover' di Padang Kawad Jabatan Penguatkuasaan DBKL.

'Bersama Menyumbang, Bandaraya Cemerlang'

PENJAGA KEAMANAN BANDARAYA KUALA LUMPUR: PENGUATKUASA DBKL ALAF BARU!

Pasti kita tertanya-tanya apa persedian yang boleh kita dapat dari pengurusan DBKL. Latihan? Kemahiran? Penderitaan? Atau Kesengsaraan? Ada yang bertanya apakah tugas hari ini setimpal dengan kerja-kerja yang dilakukan. Saya tak mampu menjelaskan sesuatu yang belum pasti. Hanya menerima apa yang datang dan bersyukur dengan apa yang ada.


Kepada yang musykil dengan gambar-gambar tersebut, di Padang Kawad Jabatan Penguatkuasaan ada sebanyak 35 buah kepala 'TRANSFORMER' yang menyerupai 'OPTIMUS PRIME'..


ITULAH MASA DEPAN KITA! KITA MENDEPANI WAKTU DARI AGENSI PENGUATKUASAAN YANG LAIN.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 14, 2012

INSENTIF KHAS PENGUATKUASA DBKL : KHABAR ANGIN ATAU REALITI?

Kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar Dato Raja Nong Chik ke Jabatan Penguatkuasaan DBKL hari ini membuka seribu satu macam harapan baru. Ucapan terima kasih dan penghargaan yang benar-benar khusus /  khas kepada rakan Pegawai dan seluruh kakitangan Penguatkuasaan yang lain.


Ucapan aluan oleh Timbalan Ketua Pengarah DBKL Datuk Haji Mhd Amin bin Abd Aziz juga memberi 'petunjuk' kepada warga penguatkuasa berkaitan tugas dan tanggungjawab di bandaraya Kuala Lumpur. Seperti yang telah semua sedia maklum bahawa tugas penguatkuasa DBKL semakin mencabar dengan 'ancaman baru', iaitu perkembangan dan kepesatan pembangunan psarana infrastruktur dan kecelikkan teknologi maklumat yang menyebarkan sesuatu berita dengan pantas.


Jujurnya saya tahu, saya tidak akan bersama dengan mereka yang 'mencipta kecemerlangan' dan 'membangunkan' Jabatan Penguatkuasaan DBKL ini, hanya kerana saya menumpang untuk bersama rakan-rakan lain, cukuplah saya dapat mengenali siapa itu kawan dan sahabat yang boleh membantu saya sama-sama mencari rezeki untuk diri saya dan keluarga.


Justeru itu, Ingin saya sampaikan sesuatu juga, bahawa INSENTIF KHAS PENGUATKUASA DBKL itu telah di bawa secara 'khas' oleh Menteri Wilayah Dato Raja Nong Chik ke PUTRAJAYA bagi tujuan 'pertimbangan' Kabinet dengan kadar permohonan sebanyak RM300.


Kepada yang bersama saya, kita sama DOA kan..


Amin..


Published with Blogger-droid v2.0.4

TERIMA KASIH PENGUATKUASA DBKL!

Perkhabaran istimewa untuk warga Penguatkuasa DBKL. Ucapan Penghargaan dari Menteri Wilayah Dato Raja Nong Chik.

Berkaitan dengan tugas dan komitmen yang telah di tunjukan dalam beberapa hal tugas berkaitan tugas trafik, kawalan lalulintas di bandar Kuala Lumpur, Kawalan Dataran Merdeka ( Bersih 3.0 ) dan kerja semasa.

TEMUDUGA TERBUKA PEMBANTU RENDAH AWAM DBKL

Bertempat di Unit Berkuda DBKL, Taman Tasik Titiwangsa pada 23 dan 24 Mei 2012. ( Sila rujuk iklan di akbar tempatan bagi tujuan pengesahan dan kelayakkan )


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wawancara Eksklusif Pembantu Penguatkuasa Azli bin Halim

Sempena Pelancaran Kempen Senyum 'Keep Smiling' oleh Menteri Wilayah Persekutuan YAB Dato Raja Nong Chik.