Saturday, May 12, 2012

ARAHAN KESELAMATAN : KESELAMATAN PERIBADI

I - UNDANG-UNDANG


77. Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah satu Akta Undang-undang berhubungan dengan perlindungan rahsia rasmi, terutama sekali dimaksudkan untuk memelihara perkara-perkara rasmi daripada jatuh ke tangan orang yang tidak di benarkan. Akta ini bertujuan untuk mencegah kelalaian yang bersalahan, iaitu kesalahan jenayah, dan juga untuk menghalang apa-apa bantuan haram yang sengaja diberikan kepada agensi-agensi negara asing atau subversif.


78. Ketua-ketua Jabatan hendaklah mengambil langkah menarik perhatian semua penjawat awam kepada peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan juga perhatian penjawat-penjawat awam yang kemudiannya ditempatkan di Jabatan-jabatan mereka. Ini adalah peraturan asas mencegah yang nyata memberi faedah kepada kepentingan diri seseorang dimana ia betul-betul sedar tanggungjawabnya terhadap keselamatan disisi undang-undang; disamping itu peraturan yang sama juga adalah untuk kepentingan awam menentukan bahawa hanya penjawat-penjawat awam yang cukup sedar atas tanggungjawab mereka sahaja di ambil berkhidmat dengan Kerajaan.


79. Sebagai satu lagi peraturan mencegah, tiap-tiap penjawat awam dalam perkhidmatan sementara atau tetap yang memerlukan mengetahui perkara terperingkat adalah dikehendaki menandatangani satu borang akuan seperti lampian 'D' sebelum mereka dibenarkan mengetahuinya. Borang yang sama dikehendaki ditandatangani setiap tahun sebagi peringatan. Akuan-akuan yang telah di tandatangani dan di saksikan hendaklah di simpan oleh Ketua Jabatan yang bertangungjawab untuk menentukan semua penjawat awam berbuat demikian. Pada masa berhenti dari perkhidmatan Kerajaan, penjawat tersebut juga dikehendaki menandatangani satu akuan yang akhir seperti di lampiran 'E'.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment