Monday, May 21, 2012

BERUBAH? MENGAPA PERLU BERUBAH?

'.. Saya dah selesa dengan apa yang ada sekarang! Gaji saya makin naik, masa kerja saya ikut suka! Saya boleh datang bila saya suka, saya boleh balik kalau mood saya tak kena!.. '


1. Identiti yang kita bawa itu sebagai apa?


'.. ahh!. Dah gila agaknya pegawai kat sini, pagi baris, petang kena baris.. asyik2 muka tu je yang baris.. apa pegawai tak boleh fikir ke kerja penguatkuasa ini sebagai apa? Bodoh tak bertempat.. '


2. Bukan kah peranan seorang pegawai itu mengumpulkan anak2 buahnya bagi memastikan kehadiran? Kesihatan dan masalah lain yang boleh dan berlaku kepada anak2 buahnya?


3. Jika tak baris, bagaimana kita nak tahu siapa yang hadir atau tidak hadir dalam sesebuah pasukan atau kumpulan? Saya akan lempang diri sendiri kalau ada sesiapa yang boleh tahu dalam sehari ada berapa orang ambil time slip, cuti sakit, cedera parah, kena langgar, atau sedang berehat-rehat di luar negara, melancong kerana dapat cabutan bertuah!


Mahasiswa Dataran Merdeka.. ".. apa tuan-tuan dan puan-puan tahu apa itu perlembagaan negara? .. kami berhak berada di sini jika kami mahu.. apa hak tuan-tuan dan puan-puan menghalau kami.. kami mahu kerajaan yang adil! Kami mahu DBKL memenuhi kehendak rakyat.. ! ..'


Penguatkuasa DBKL.. *buat mata plip plop plip plop terkebil-kebil..* sama ada cuba cari fakta nak sanggah atau memang tak tahu nak jawap soalan mahasiswa tersebut!


4. Andaian saya, kita tak mahir! Kita kurang di dedahkan kepada persekitaran sedemikian, walaupun kita adalah 'penguatkuasa undang-undang 'yang di perwakilkan oleh kuasa oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur di bawah kuasa-kuasa perlu dalam Akta Kerajaan Tempatan dan Akta Ibukota.


5. Bagaimana? Ilmu? Persekitaran? Atau kena ada ketua yang lebih layak? Duit? Atau berhenti kerja?


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment