Monday, May 14, 2012

INSENTIF KHAS PENGUATKUASA DBKL : KHABAR ANGIN ATAU REALITI?

Kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar Dato Raja Nong Chik ke Jabatan Penguatkuasaan DBKL hari ini membuka seribu satu macam harapan baru. Ucapan terima kasih dan penghargaan yang benar-benar khusus /  khas kepada rakan Pegawai dan seluruh kakitangan Penguatkuasaan yang lain.


Ucapan aluan oleh Timbalan Ketua Pengarah DBKL Datuk Haji Mhd Amin bin Abd Aziz juga memberi 'petunjuk' kepada warga penguatkuasa berkaitan tugas dan tanggungjawab di bandaraya Kuala Lumpur. Seperti yang telah semua sedia maklum bahawa tugas penguatkuasa DBKL semakin mencabar dengan 'ancaman baru', iaitu perkembangan dan kepesatan pembangunan psarana infrastruktur dan kecelikkan teknologi maklumat yang menyebarkan sesuatu berita dengan pantas.


Jujurnya saya tahu, saya tidak akan bersama dengan mereka yang 'mencipta kecemerlangan' dan 'membangunkan' Jabatan Penguatkuasaan DBKL ini, hanya kerana saya menumpang untuk bersama rakan-rakan lain, cukuplah saya dapat mengenali siapa itu kawan dan sahabat yang boleh membantu saya sama-sama mencari rezeki untuk diri saya dan keluarga.


Justeru itu, Ingin saya sampaikan sesuatu juga, bahawa INSENTIF KHAS PENGUATKUASA DBKL itu telah di bawa secara 'khas' oleh Menteri Wilayah Dato Raja Nong Chik ke PUTRAJAYA bagi tujuan 'pertimbangan' Kabinet dengan kadar permohonan sebanyak RM300.


Kepada yang bersama saya, kita sama DOA kan..


Amin..


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment