Friday, May 25, 2012

JIKA SAYA 'KETUA PENGUATKUASA'!

Sejak tahun 1999, saya mengambarkan saya adalah 'Tom Cruise' dalam wayang gambar 'TOP GUN'. Bagi generasi baru, mungkin anggap saya 'old skool'! Tapi itu adalah 'mimpi' saya ketika itu.


Pertama kali dapat memakai 'CAP' pula membuat angan-angan saya hampir tercapai! Ketawalah sepuas hati. Saya terima! Itulah yang saya rasa ketika itu. Lagak saya tak ubah seperti juruterbang yang baru sahaja melakukan penerbangan yang pertama. Keterujaan bertambah lagi apabila dapat pakaian seragam yang ada butang-butang besi yang berkilat berlogo Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


Walau dah 3 kali saya rasa kita tukar uniform, keterujaan itu masih ada. Kali ini lebih sikit. Mengharapkan ada cermin mata jenama 'Rayban' tersangkut di muka setiap penguatkuasa DBKL. Ada helmet berlogo 'tegas dan setia' di setiap kakitangan, dan sarung tangan berjenama 'GIVI' berserta 'beg hujan'.


Hanya idea, tapi bukan mustahil! Kita berhak dapat yang kita mahukan dan kebetulannya itu adalah 'keperluan asas' juga bagi setiap penguatkuasa..


Manalah tahu.. :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment