Monday, May 21, 2012

MENYUMBANG ATAU JADI SUMBANG?

Saya dianggap perosak, anjing, malah kafir juga. Benar, ini berlaku di tempat kerja kita. Saya dah gila barangkali, tapi saksi masih ada, mereka yang terlibat juga masih ada. Cuma saya patut rahsiakan nama mereka.


Mungkin ada juga lah sedikit nakal, nak makan free, minum free atau makan sedap-sedap bila kerja di luar, tapi bukan itu niat dan tujuan asal saya berkhidmat. Sentiasa berniat agar tidak menjadi beban kepada orang lain. Sentiasa ingatkan diri agar jangan menyusahkan orang lain.


Ejekkan atau cakap belakang-belakang juga tidak mengusarkan saya, dalam hati, 'pandai makan, pandailah simpan'. Saya melihat, saya mendengar, malah saya bercakap juga. Tapi tak mengubah apa-apa pun. Mereka tetap sama, mereka terus begitu, mereka tak pernah dengar cakap sesiapa.


Cuma, bagi saya, kalau kita nak berubah jadi lebih baik, kita patut berusaha. Berusaha jadi penyumbang, jadi sebahagian dari 'pahala', sebahagian kepada 'kebaikan'. Saya tak menjanjikan syurga, tapi saya mahu lihat diri saya lebih baik dari sebelum dan menjadi ingatan kepada yang lain. Bahawa kita adalah manusia yang inginkan perubahan dengan cara yang terbaik.


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

  1. klu menyumbang suara yg sumbang mcm mana plak tu kategorinya....

    ReplyDelete
  2. Syg Nanie: erk!! Ha3!! Perli la tu.. :-)

    ReplyDelete