Wednesday, May 9, 2012

Penguatkuasa DBKL dan Bersih 3.0

Tidak ada pujian atau penghargaan, malah di kecam pula oleh rakan penguatkuasa lain yang terang2 menyokong kumpulan politik pembangkang. Saya benar kecewa.


Saya tak mengharap pujian atau penghargaan, tapi kepada yang benar2 ikhlas berada / bertugas di sana ( dataran merdeka ) atas rasa tanggungjwab dan amanah, saya benar2 terhutang budi.


Sekumpulan manusia berbaju kuning yang mendakwa membawa perubahan dengan demo jalanan itu adalah cara yang baik?


Cuba nyatakan dan beri bukti ada orang memuji? Sepanjang tempoh saya berada di dataran merdeka, hanya dengar maki hamun, mencarut dan kata kesat. Menghina majikan / pengurusan DBKL malah ada yang datang 2 bas dari pantai timur semata-mata mahu 'membelasah' penguatkuasa DBKL!


Tak mungkin saya mahu menabur pasir dalam periuk nasi saya. Ini amanah yang saya pikul, rezeki yang saya dapat untuk menyara diri dan keluarga. Jika benar haram sekali pun, ini adalah pekerjaan yang saya benar2 yakin membantu pemerintah. Ganjarannya juga pahala..


Terima kasih..


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment