Wednesday, May 16, 2012

SISTEM ZON : BER 'OMBAK RINDU'

Lagu yang kembali mengalunkan. Radio karat terus memainkan lagu syahdu. Lagu yang masih tak berubah.


Apalah nasib si 'DJ Radio' yang masih memutarkan lagu yang begitu.


Ubah, ubah, ubah lagi. Cara mengubah sama, cara mentadbir sama. Orang sama, sistem yang lama. Tak mengubah apa-apa. Speaker terus rosak! Lagu tak sedap! Tak siap mahu dengar lagu lama! Jangan remix, jangan ubah lirik atau rentak kalau buat lagu sama.


Semua orang tahu, unit belatuk merah itu kena di bubarkan. Fungsinya tidak menjadikan 'transformer' lebih berdisiplin. Hanya menjadi api dalam sekam!


Ada siapa 'transformer' yang mahu hidupnya terus di selubungi dosa dan menderita kerana dosa orang lain? Ada siapa yang mahu bawa segala perangai buruknya menjadi perhitungan di akhirat untuk menjadi tatapan ahli keluarganya? Kita sedar kita memikul dosa orang lain dengan tidak berbuat apa-apa?


Saya berdosa, saya bersalah! Kerana saya berniat agar kawan-kawan saya berubah untuk membimbing saya, untuk menjadi ketua saya, untuk menjadikan saya lebih baik dari orang lain.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment