Tuesday, June 26, 2012

MASA YANG TAK KEMBALI!

Sesiapa sahaja yang waras akan menerima segala perubahan yang mendatangkan kebaikan kepada semua. Itu maksud yang amat jelas wujud di kalangan warga penguatkuasa.

1. Saya kekal akan di anggap paling dayus kerana menyuarakan pendapat hanya di dalam laman blog ini. Mungkin di anggap pengecut juga. Tapi kepada yang rasa jantan, saya menerima apa sahaja bentuk undangan atau perbincangan berkaitan hal ehwal penguatkuasa.

2. Perubahan? Berlaku pada siapa? Padang kawad? Cat bangunan? Atau jumlah orang yang memakai pangkat atau di naikkan pangkat lagi?

3. Sampah? Apa guna tukang pembersih yang di lantik dan di bayar berjuta ringgit untuk menjalankan tugas pembersihan?

4. Dasar? Berlaku kerana siapa? Setiap kali ada bos baru? Bertukar menteri? Atau kerana saiz pakaian seragam?

5. Cabar? Ya saya mencabar sesiapa sahaja untuk membuktikan peranan mereka dalam mengatasi masalah jiwa dan pengertian siapa majikan dan siapa yang di gajikan atau siapa yang datang hanya menambah bilangan yang tidak membawa sebarang perubahan pun.

6. Ilmu? Siapa sebenarnya yang berilmu? Mengambil langkah memenuhkan ilmu di dada masing-masing dan meninggalkan orang lain dengan perasaan bongkak! Berapa ramai yang benar-benar dapat ilmu penguatkuasa?

7. Tipu? Ya! Kita terus menipu orang lain dengan harapan palsu. Itu lah untungnya jadi bos! Orang lain harus percaya dan dengar sahaja.

Published with Blogger-droid v2.0.5

Wednesday, June 20, 2012

SIAPA DATUK BANDAR KUALA LUMPUR YANG BARU?

Siapa lebih penting dari siapa? Seorang ketua dalam beberapa agensi yang memang telah sedia ada dalam perkhidmatan kerajaan. Apa yang bezanya? Stail, gaya rambut, percakapan? Yang pasti calon pengantinya adalah orang yang benar-benar layak. Tak mungkin hanya serkap jarang atau akibat pemilihan parti politik tertentu.

Bila Datuk Bandar bertukar, bagaimana dengan ahli majlis atau lembaga penasihat pula? Pilih dari kroni atau berdasarkan kelayakkan dalam kerajaan dan masyarakat juga?

Yang menerima padah? Orang bawahan? Kenalan lama? Pengstrukturan semula? Akibat?

Benar-benar membawa perubahan? Jujurnya bagi saya itu hanya sistem pengiliran. Bukan sistem yang di praktikkan. Gambaran sebenar sama lah seperti korek lubang, kambus lubang. Kemudian korek semula, kambus semula.

Itu rutinnya. Perubahan itu di katakan kemerlangan bagi beberapa pihak. Bagi yang melihat, itu pembaziran yang nyata.

Atau contoh lain, seperti penstrukturan semula gred gaji pegawai kanan jabatan. Hanya yang atas menikmati kenaikan berganda. Yang bawah tengok sahaja.

Kebijaksanaan orang bawahan hanya jadi bahan ketawa. Trend dan gaya hidup manusia telah berubah. Harus menerima teknologi dan jurang maklumat yang tepat dan pantas. Harus menerima perubahan dengan hati yang terbuka.

Published with Blogger-droid v2.0.5

Friday, June 15, 2012

Perhimpunan Bulanan & Pelancaran MYSMS dan Semakan Saman Mobile Apps DBKL

Pada 18 Jun 2012 (Isnin) akan diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Jun di Auditorium DBKL, Menara DBKL 1. Bersempena dengan itu, satu Majlis Pelancaran MY MS dan Semakan Mobile APPS DBKL akan turut diadakan. Majlis perasmiannya akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur. MYSMS atau dikenali sebagai Gerbang SMS kerajaan adalah usaha kerajaan dalam memperkenalkan satu nombor sms iaitu 15888 bagi semua agensi kerajaan. Sehubungan itu, DBKL telah menyambut baik usaha kerajaan ini dengan menyertai perkhidmatan yang disediakan sebagai satu inisiatif bagi mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan.

Published with Blogger-droid v2.0.5

Thursday, June 14, 2012

BERSIH 3.0 : RM 300.00 SAGUHATI UNTUK PENGUATKUASA DBKL?

Saya hanya mendengar! Tiada bukti! Bukan 'keteragan lisan' yang 'prima facie' juga. Tidak boleh di percayai atau di gunakan sebagai bukti di mahkamah. Tapi trend masa kini, kebenaran itu wujud pada 'khabar angin'. Maka, saya menambah dengan 'meniup'nya dengan kuat-kuat agar berita angin itu menjadi BENAR.

Usaha yang dikatakan berpunca dari cakap-cakap orang yang membandingkan tugas dan gaji yang di terima oleh anggota Polis DiRaja Malaysia ( elaun polis / bencana / keselamatan ).

Membuat saya juga bertanya pada diri sendiri, apakah bentuk 'elaun' yang layak dan patut seorang PENGUATKUASA DBKL dapat.

Harap semua bersabar! Saya pun tak tahu sama ada orang / menteri / pentadbir / pengurusan / negeri atau negara nampak apa itu tugas PENGUATKUASA DBKL DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR.

Monday, June 11, 2012

SAYA CUMA MENGADAKAN CERITA DAN MENGHASUT! : PENGUATKUASA DBKL

Sejak sistem zon, saya hanya melihat perubahan demi perubahan yang di lakukan tanpa menyalahkan sesiapa atau cuba menambah sebarang kebaikkan pun pada jabatan. Hanya menjadi 'biawak' yang di kendong!

Pada saya hanya sistem 'lama' yang mahu di adaptasi semula. Atau memainkan kembali piring hitam mengunakan gramaphone. Lagunya ada, tapi hanya 'menyakitkan' telinga. Zaman kini, zaman teknologi maklumat dan IT! Orang dengar lagu dengan menggunakan 'sistem HIFI' atau audio yang terkini bersama 'seround system, bass reflexx dan beberapa terma istilah baru prinsip lagu berformatnya digital atau mp3, mp4 dan sebagainya.

Saya pernah mimpi sekali! Orang beratur nak bayar saman DBKL sehingga keluar pagar! Sumpah kelakar jika benar berlaku. Saya pernah mencabar seseorang pegawai kanan jabatan. (kini dah bertukar jabatan). Jika ada 100 keping saman dengan nilai rm100 sekeping di bayar dalam sehari, saya benarkan beliau ludah muka saya. Bukan salah ejaan, betul ejaan tersebut! LUDAH!

Bukan masalah saya! Itu anggapan saya, tapi tahun 2012 ini, saya juga mula 'menyaman' atau mengeluarkan notis. Tidak lah sampai beratus keping dalam sehari, tapi habis la sebuah buku, sama ada guna buku akta atau trafik. Setiap hari buku di pohon dan di minta. Agar tidak 'putus bekalan' dalam urusan pekerjaaan harian. Cuma terfikir, apa salahnya buku itu dibuat secara 'automatik', bila nipis atau habis, terus sediakan sekurang2nya dua set. Bukan payah pun, kerana bilangan rekod keluar buku notis memang di catatkan oleh petugas bilik notis setiap hari.

Bagi yang terlibat dengan pusat bandar, parlimen, dan cawangan, setiap hari berebut kenderaan. Malah kenderaan pula hampir semua 'tak cukup syarat', asalkan boleh start dan bergerak, selagi itulah di gunakan sampai 'kondem'! Ada yang tiada minyak power stering, tiada penghawa dingin, lori terbuka tiada pintu, kerusi, alas duduk dan kerusi yang tidak ada pengikat atau skrew, malah ada seribu satu macam lagi masalah teknikal yang berlaku. Elok saya diamkan sahaja.

Hari ini tak berlaku lagi 'kejadian yang tak di ingini' tak mengapalah, tapi jika berlaku, memang nasib sesiapa itu amat malang juga lah. Siapa patut di persalahkan?

Masa depan sesebuah organisasi itu bergantung kepada 'pekerja' nya, bukan pelanggannya. Kalau tiada siapa percaya atau mahu berurusan dengan kita adakah kita akan 'sentiasa' menyusahkan 'pelanggan' kita setiap hari? Cuba fikirkan secara logik, adakah dengan mengenakan tindakan setiap masa, sepanjang tahun mengubah mentaliti warga kota? Apa yang tak kena? Penguatkuasa semakin bodoh atau warga kota semakin bijak?


Sunday, June 10, 2012

IKLAN HARAM : SEMAKIN BERLELUASA!

Setiap hari di kawasan pusat bandar, Penguatkuasa DBKL terpaksa menurunkan iklan-iklan yang tidak sepatutnya. Keadaan masih berterusan dan tiada jalan penyelesaian. Hanya menyakitkan mata yang memandang.

Friday, June 8, 2012

CERITA SETENGAH TAHUN! DAN BEBERAPA TAHUN LAGI!

Selawat dan salam ke atas junjungan.


1. Pengisian ilmu dalam diri bermula sejak bila? Sejak tiupan nyawa dalam perut kandungan ibu seawal 4 bulan atau sejak mendaftar di sekolah-sekolah pendidikan ketika 6 atau 7 tahun?


2. Mula bertanggungjawab ke atas diri sendiri apabila mula masuk ke sekolah berasrama penuh atau sejak mula ada isteri atau anak?


3. Bagaimana dengan alam pekerjaan? Ketika mula sedar diri ada mempunyai pekerjaan yang tetap dan di perwakilkan kuasa oleh pemerintah negara. Menjadi seorang 'penguatkuasa' yang bertanggungjawab ke atas harta benda Datuk Bandar Kuala Lumpur dan selian lain yang berwajib.


4. Kita sama-sama sedar, tugas yang kita lakukan adalah tugas yang berisiko. Semua orang sedar dan faham bahawa tugas sebagai penguatkuasa berdepan dengan 'kesusahan & kecederaan' yang serius.


5. 'Kesusahan' itu berlaku apabila penguatkuasa tidak di sediakan dengan ilmu dan kelengkapan yang sewajarnya, contoh seperti alat bantuan kerja yang lebih baik dan sesuai termasuk pakaian seragam dan nota-nota ringkasan peruntukan undang-undang semasa dan latihan yang berterusan.


5. 'Kecederaan' pula akan berlaku apabila penguatkuasa terdedah dengan peluang 'penyalahgunaan kuasa' dan salah menggunakan had kuasa. Sama ada pihak yang berwajib sedar atau tidak, faktor ini merupakan 'aktiviti' yang berterusan sepanjang masa.


6. Menentukan disiplin, mewajibkan tindakan dan menentukan kehadiran seseorang penguatkuasa itu sahaja belum boleh mengubah sikap penguatkuasa, dan perubahan warna pakaian seragam juga bukan lambang peningkatan kualiti hasil kerja.


7. Penguatkuasa bukan bodoh untuk mengetahui bahawa setiap perubahan itu mendatangkan 'keuntungan' kepada beberapa pihak. Setiap pembelian atau penstrukturan organisasi juga memberi 'keuntungan' kepada pihak berkaitan.


8. Setelah 43 tahun, penguatkuasa sudah menjangkau usia 'emas', walaupun generasi itu silih berganti tetapi 'legasi' dan 'tradisi' itu masih wujud dan kekal dalam sistem.


9. Saya andaikan, walau apa rupabentuk perubahan dan peningkatan itu memerlukan 'pengorbanan'. Saya juga sedar, ramai 'terkorban' dalam usaha membentuk pasukan penguatkuasa untuk menjadi lebih baik dari sebelum.


10. Saya percaya, jika kita betul, maka kita akan pertahankan. Tapi jika kita salah, tak guna menutupnya. Zaman ini zaman edan.


Terima kasih.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, June 7, 2012

BANGAU OH BANGAU!

Terus merujuk kepada lagu tersebut! Atau boleh juga guna tajuk lagu 'TANYA SAMA POKOK', Kadang-kadang senyum juga sesorang macam orang gila. Atau saya mungkin satu-satunya orang gila dalam jabatan ini. :-)


Jujurnya saya merujuk kepada elaun penguatkuasa yang mula di perkatakan oleh rakan-rakan sepejuangan. Sejak awal saya tahu akan ada macam-macam versi maklumat yang di sebarkan termasuk janji-janji 'mereka' yang kononnya bertungkus lumus mendakwa itu adalah hasil usaha mereka. Saya sedar dan saya tak kisah.


Alasan saya sangat mudah, jika dapat, semua akan dapat.


Orang menokok nambah dalam cerita sebegini adalah biasa. Ada juga yang mencadangkan agar elaun tersebut di beri kepada yang kerja luar sahaja, ada yang mahu orang kerja pejabat di kecualikan dari menerima elaun tersebut. Ada yang membuat surat layang, ada yang mahu gaji di bayar mengikut pangkat, ada juga yang mahu menilai kuota pangkat dan ada macam-macam lagi permintaan.


Apabila peluang dan ruang perbincangan dibuka, seperti biasa lah mereka mahu 'peha' setelah dapat 'betis'.


Tak kisah juga kalau ada yang anggap saya hanya berani menyatakan di 'belakang-belakang', tapi memang benar. Tak siapa pernah benarkan saya untuk bercakap 'depan-depan'. Jika ada kesempatan itu nanti, insyallah saya akan bercakap.


Saya tak pernah hidup dengan cakap orang, malah ahli keluarga saya juga tak pernah mengharap belas kasihan orang lain. Kalau ikut bahasa orang muda sekarang, 'wa tak kacau lu, lu jangan kacau wa..' tapi kalau lu kacau wa, lu jaga!' :-)


Hanya pandangan bebas. Terpulang lah jika rasa terkena pada diri.


Published with Blogger-droid v2.0.4

PERUBAHAN: ATAS KAPASITI KEPENTINGAN DIRI ATAU SEMUA?

Selawat dan salam ke atas junjungan.


Kita semua sedar, bahawa perubahan dan berubah menjadi lebih baik itu adalah tuntutan dalam agama. Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Itu niat dan lafaz setiap orang yang mengaku beragama. Begitu juga mana-mana agensi, jabatan, persyarikatan atau apa-apa pertubuhan.


Cuma yang saya sedar, dalam mengejar kemajuan, pencapaian, kecermerlangan, kita selalu lupa bahawa ada yang tertinggal dan keciciran juga. Kita sama-sama nampak, kita buat tak tahu.


Kiasan bahasa mudahnya, dalam setandan pisang ada buah yang rosak juga, begitu juga dalam sesikat pisang, tetap akan ada yang tak sama saiz dan jenis rupa pisang.


Secara terus terangnya saya kecewa dengan beberapa perkara yang mungkin tak endah pada setengah orang, tapi sebenarnya adalah asas dalam membentuk hubungan dalam pasukan. Terutama hal kebajikan, sahsiah, rupa diri yang melambangkan nilai perkhidmatan yang pihak kita boleh berikan pada orang ramai. Jumlah notis atau tindakan itu bukan kebanggaan pada saya. Tapi perlaksanaan tindakan itu biarlah yang setimpal kepada kesalahan dan juga jenis tempoh kesalahan.


Kota Kuala Lumpur memang sentiasa maju dan padat dengan orang ramai tak kira waktu sepanjang tahun. Bukan hanya musim perayaan atau keramaian, tapi tetap ramai di hari-hari biasa.


Saya tidak mempersoal 'kecerdikan dan kepintaran' warga kota atau orang ramai, tapi saya persoal tahap kecerdikan dan kepintaran kita dalam tugas menghadapi warga kota. Sejauh mana anggota penguatkuasa terdedah dengan situasi senario bandaraya Kuala Lumpur, dan kemahiran yang bagaimana perlu ada pada setiap penguatkuasa.


Cuba tanya diri sendiri! Adakah persediaan 'pakaian seragam' sahaja, jabatan DBKL boleh menjadikan 'penguatkuasa DBKL' terus menjadi bijak dan bertindak sebagai 'pengamal undang-undang' dan seterusnya 'menguatkuasakan undang-undang' yang di perwakilkan?


Published with Blogger-droid v2.0.4