Friday, June 8, 2012

CERITA SETENGAH TAHUN! DAN BEBERAPA TAHUN LAGI!

Selawat dan salam ke atas junjungan.


1. Pengisian ilmu dalam diri bermula sejak bila? Sejak tiupan nyawa dalam perut kandungan ibu seawal 4 bulan atau sejak mendaftar di sekolah-sekolah pendidikan ketika 6 atau 7 tahun?


2. Mula bertanggungjawab ke atas diri sendiri apabila mula masuk ke sekolah berasrama penuh atau sejak mula ada isteri atau anak?


3. Bagaimana dengan alam pekerjaan? Ketika mula sedar diri ada mempunyai pekerjaan yang tetap dan di perwakilkan kuasa oleh pemerintah negara. Menjadi seorang 'penguatkuasa' yang bertanggungjawab ke atas harta benda Datuk Bandar Kuala Lumpur dan selian lain yang berwajib.


4. Kita sama-sama sedar, tugas yang kita lakukan adalah tugas yang berisiko. Semua orang sedar dan faham bahawa tugas sebagai penguatkuasa berdepan dengan 'kesusahan & kecederaan' yang serius.


5. 'Kesusahan' itu berlaku apabila penguatkuasa tidak di sediakan dengan ilmu dan kelengkapan yang sewajarnya, contoh seperti alat bantuan kerja yang lebih baik dan sesuai termasuk pakaian seragam dan nota-nota ringkasan peruntukan undang-undang semasa dan latihan yang berterusan.


5. 'Kecederaan' pula akan berlaku apabila penguatkuasa terdedah dengan peluang 'penyalahgunaan kuasa' dan salah menggunakan had kuasa. Sama ada pihak yang berwajib sedar atau tidak, faktor ini merupakan 'aktiviti' yang berterusan sepanjang masa.


6. Menentukan disiplin, mewajibkan tindakan dan menentukan kehadiran seseorang penguatkuasa itu sahaja belum boleh mengubah sikap penguatkuasa, dan perubahan warna pakaian seragam juga bukan lambang peningkatan kualiti hasil kerja.


7. Penguatkuasa bukan bodoh untuk mengetahui bahawa setiap perubahan itu mendatangkan 'keuntungan' kepada beberapa pihak. Setiap pembelian atau penstrukturan organisasi juga memberi 'keuntungan' kepada pihak berkaitan.


8. Setelah 43 tahun, penguatkuasa sudah menjangkau usia 'emas', walaupun generasi itu silih berganti tetapi 'legasi' dan 'tradisi' itu masih wujud dan kekal dalam sistem.


9. Saya andaikan, walau apa rupabentuk perubahan dan peningkatan itu memerlukan 'pengorbanan'. Saya juga sedar, ramai 'terkorban' dalam usaha membentuk pasukan penguatkuasa untuk menjadi lebih baik dari sebelum.


10. Saya percaya, jika kita betul, maka kita akan pertahankan. Tapi jika kita salah, tak guna menutupnya. Zaman ini zaman edan.


Terima kasih.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment