Thursday, June 7, 2012

PERUBAHAN: ATAS KAPASITI KEPENTINGAN DIRI ATAU SEMUA?

Selawat dan salam ke atas junjungan.


Kita semua sedar, bahawa perubahan dan berubah menjadi lebih baik itu adalah tuntutan dalam agama. Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Itu niat dan lafaz setiap orang yang mengaku beragama. Begitu juga mana-mana agensi, jabatan, persyarikatan atau apa-apa pertubuhan.


Cuma yang saya sedar, dalam mengejar kemajuan, pencapaian, kecermerlangan, kita selalu lupa bahawa ada yang tertinggal dan keciciran juga. Kita sama-sama nampak, kita buat tak tahu.


Kiasan bahasa mudahnya, dalam setandan pisang ada buah yang rosak juga, begitu juga dalam sesikat pisang, tetap akan ada yang tak sama saiz dan jenis rupa pisang.


Secara terus terangnya saya kecewa dengan beberapa perkara yang mungkin tak endah pada setengah orang, tapi sebenarnya adalah asas dalam membentuk hubungan dalam pasukan. Terutama hal kebajikan, sahsiah, rupa diri yang melambangkan nilai perkhidmatan yang pihak kita boleh berikan pada orang ramai. Jumlah notis atau tindakan itu bukan kebanggaan pada saya. Tapi perlaksanaan tindakan itu biarlah yang setimpal kepada kesalahan dan juga jenis tempoh kesalahan.


Kota Kuala Lumpur memang sentiasa maju dan padat dengan orang ramai tak kira waktu sepanjang tahun. Bukan hanya musim perayaan atau keramaian, tapi tetap ramai di hari-hari biasa.


Saya tidak mempersoal 'kecerdikan dan kepintaran' warga kota atau orang ramai, tapi saya persoal tahap kecerdikan dan kepintaran kita dalam tugas menghadapi warga kota. Sejauh mana anggota penguatkuasa terdedah dengan situasi senario bandaraya Kuala Lumpur, dan kemahiran yang bagaimana perlu ada pada setiap penguatkuasa.


Cuba tanya diri sendiri! Adakah persediaan 'pakaian seragam' sahaja, jabatan DBKL boleh menjadikan 'penguatkuasa DBKL' terus menjadi bijak dan bertindak sebagai 'pengamal undang-undang' dan seterusnya 'menguatkuasakan undang-undang' yang di perwakilkan?


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment