Friday, July 6, 2012

SISTEM PENYAMPAIAN YANG TIDAK BERKESAN! : INFO PENGUATKUASA DBKL

Saya cuba untuk tidak bersikap kolot. Atau lebih tepat lagi menjadi perosak di kalangan rakan sekerja. Tapi saya dapati maklumat yang sepatutnya pantas dan percuma tidak berapa di gemari.

Bagaimana nak membentuk pasukan yang hebat jika maklumat berkatitan unit, bahagian atau zon tidak dapat di perolehi dengan tepat dan pantas?

Mungkin jadual kerja harian lebih sesuai di buat secara harian. Cetak beratus keping untuk edaran. Guna bahan, guna tenaga kerja, guna masa yang sepatutnya lebih mudah dengan sistem pemusatan data seperti dalam talian atau lebih popular dengan nama 'online'.

Sejak 2004, saya sendiri pernah terlibat dalam pembangunan sistem jabatan, antara sistem yang saya cuba bangunkan adalah 'Sistem Merekod Laporan, Tindakan & Operasi', Sistem Aset dan Kenderaan dan beberapa jenis lagi termasuk handheld, penjanaan notis kesalahan dan keselamatan jabatan. Tapi hampir kesemuanya tersimpan rapi. Mungkin faktor royalti atau peratus komisen yang saya patut dapat.

Kerana 'kekecewaan' pegawai lain, mungkin saya yang kategori bukan pegawai ini dengan mudah di ketepikan kerana kepentingan mereka. Tetapi kebenaran pada teknologi dan sistem yang ada telah mewujudkan peluang melaksana sistem penyampaian maklumat secara percuma. Tapi entah mengapa, perkara yang PERCUMA begini memang tidak di gemari oleh pihak pengurusan DBKL dari paling atas hingga kepada pegawai paling bawah.

Tak percaya? 

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 2, 2012

SIAPA ASET DBKL? ANTARA PEKERJA DAN ORANG AWAM?

Ada ungkapan Presiden Amerika Syarikat, 'Jangan tanya apa sumbangan negara pada anda, tapi tanya lah apa sumbangan anda pada negara'..

Ada ungkapan syarikat perniagaan, 'Pelanggan Sentiasa Benar'.

Ada ungkapan CEO Syarikat Penerbangan MAS Tan Sri Tony Fernandes, 'Aset terbesar pada syarikat yang di milikinya adalah semua pekerjanya. Kata beliau lagi, 'Jika pekerja saya tidak gembira dengan apa yang mereka lakukan, pasti mereka tidak akan mendatangkan keuntungan kepada syarikat dan boleh memberi perkhidmatan yang baik'.

Saya skeptikal, saya memilih ungkapan Tan Sri Tony Fernandes. Kerana saya mahu memberi keuntungan kepada syarikat atau majikan saya. Dan sudah tentu saya mahu mendapat ganjaran yang setimpal dengan usaha saya.

Cuba bayangkan jika ada pegawai pengurusan kumpulan tertinggi DBKL boleh berfikir sepertinya.

Siapa patut fikir untuk siapa? Saya?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 1, 2012

FESTIVAL KUALA LUMPUR : PENGUATKUASA DBKL HARUS KERJA KERAS!

Membaca akhbar utama hari ini membuatkan saya rasa terharu. Sekali lagi Kuala Lumpur akan menyambut Bulan Perayaan yang di sebut Festival Kuala Lumpur ( sepanjang bulan Julai ), pelbagai acara yang akan berlangsung di ibukota.

Terbayang pula Festival Ramadhan di Jalan TAR / Masjid India, dan Festival Bulan Kemerdekaan sepanjang Ogos.

Mengambarkan cuti hujung minggu, jumlah kerja lebih masa yang di sekat, dan bebanan kerja hakiki di kawasan seliaan masing-masing juga.

Penguatkuasa DBKL harus terus tutup mulut! Ikut arahan! Terima kasih!