Friday, August 24, 2012

JANJI BERSIH! PENGUATKUASA DBKL AKAN DIBELASAH LAGI!


Kepada siapa nak kita mengadu? Wargakota dan penyokong anti kerajaan sekali lagi akan berkumpul di Dataran Merdeka pada malam 31Ogos ini. Saya tidak mereka-reka cerita.

Orang yang sama, pendekatan yang sama, dengan jumlah yang mungkin sama! Kali ini mereka lebih bersedia untuk menyerang daripada berkumpul secara aman! Kali ini mereka sudah tahu selok belok / strategi yang pihak Polis DiRaja Malaysia dan Penguatkuasa DBKL aturkan.

Saya dah tahu jawapan pihak pengurusan tertinggi DBKL dan agensi lain! Hanya Penguatkuasa DBKL sahaja yang layak berkerja dan memastikan keselamatan harta benda Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Ingin dan izinkan saya bertanya pula, BAGAIMANA DENGAN KESELAMATAN DAN NYAWA PENGUATKUASA DBKL? SIAPA YANG AKAN BERTANGGUNGJAWAB? JAMINANNYA?

Posted via DraftCraft app

Sunday, August 19, 2012

15 SEPTEMBER : HARI PENGUATKUASA DBKL


Lebih 43 tahun, jika benar Hari Penguatkuasa DBKL di jayakan dengan pelbagai aktiviti. Selain acara perbarisan, pertunjukan seni mempertahankan diri, majlis makan malam, derma darah, pertandingan memancing, pameran, kempen bayar kompaun, majlis tahlil dan beberapa lagi acara yang patut termasuk juga acara yang saya sendiri tidak dapat klasifikasikan sebagai acara rasmi.

Siapa tahu? Kita sebenarnya menyambut hari apa? Pernah dengar atau tidak jabatan DBKL yang lain dari Jabatan Penguatkuasaan menyambut hari yang seerti atau majlis yang menyerupai?

Selain sambutan yang wajib seperti Hari Wilayah, Hari Merdeka, Maulidur Rasul, Awal Muharam, Tilawah AlQuran, Sukan Badan Berkanun, SUKMA, sukan antara jabatan atau 'three element' atau sukan berkuda, perahu, basikal, atau bolasepak, ragbi, sepaktakraw, bolatampar, karom, ping pong, dart, congkak, galah panjang, sumpit, lari bawa buah pinang atau lari dalam guni, teka kacang dan sebagainya lah lagi.

Sejauh mana warga penguatkuasa mengenali 'sejarah penguatkuasa' itu sendiri? Nilai sejarah? Pencapaian? Atau hanya cakap-cakap orang lama dalam perkhidmatan?

Sejarah, pencapaian, dan kemajuan yang harus di kecapi oleh penguatkuasa tidak diberi perhatian dengan sewajarnya. Telah berkali saya nyatakan bahawa penguatkuasa tidak boleh hidup dalam dunianya sendiri. Tidak boleh mencontohi tentera, tidak boleh mencontohi polis atau mana-mana badan uniform lain. Kerana PENGUATKUASA harus berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Pengurusan tertinggi harus faham bahawa setiap orang penguatkuasa itu 'di perwakilkan kuasa oleh Dato Bandar' sepatutnya menjalankan tugas memelihara kesejahteraan harta benda awam dan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang cuba mengambil kesempatan atau merosakkan harta benda Dato Bandar atas kepentingan peribadi atau merosakkan dengan sengaja.

Dalam kaedah lain, erti sebenar tugas penguatkuasa adalah memelihara kesejahteraan warga Kuala Lumpur dengan menyediakan segala kemudahan yang bersesuaian dan menjaganya dengan selamat. Maka kuasa yang di perwakilkan itu adalah bersesuaian dengan peruntukkan Akta dan semua undang-undang yang berkaitan.

Kita buat apa sekarang? Mengampu pihak atasan dengan 'sistem baru' yang kononnya adalah mengikut piawaian antarabangsa dengan ISO dan 5S itu? Bukan kah itu adalah perkara yang terkandung dalam mana-mana organisasi untuk sentiasa menjaga segala kelengkapan yang ada dan itu adalah memenuhi keperluan atau amanah itu merupakan sebahagian dari agama? Amanah, cekap, jujur, bertangungjawab itu tiada dalam sifat manusia yang beragama?

Saya agak kita masih menuntut ilmu yang salah!


Posted via DraftCraft app

Tuesday, August 14, 2012

MUSUH DEPAN MATA! PENGUATKUASA DBKL SALAH LAGI!

Saya sama sekali tidak bergurau! Pada pandangan Pengurusan Tertinggi Kerajaan dan DBKL, penguatkuasa yang bersalah! penguatkuasa tidak jalankan tugas dengan berhemah dan bijaksana, penguatkuasa tidak ikut arahan.

Kepada yang tahu membezakan apa itu tanggungjawab dan amanah, itu bukan kerja suka-suka tapi itu 'malapetaka'!

Monday, August 13, 2012

PERJUANGAN YANG SIA-SIA! PENGUATKUASA DBKL KALAH LAGI!

Tidak ada ungkapan lagi! Hanya rasa kecewa, sedih, pilu. Hampir sebulan penguatkuasa DBKL bertugas siang malam menjaga kawasan daripada penjaja / perniaga haram! Hari ini mereka dah buktikan! DBKL memang lemah! Songsang!

Maafkan saya kawan-kawan! Saya benar-benar kecewa..

PENGUATKUASA DBKL MASIH JADI BAHAN JENAKA!


Tohmahan masyarakat kepada penguatkuasa DBKL amat buruk rupanya, termasuk kakitangan pengurusan DBKL sendiri. Sedih dan terharu kerana pandangan mereka yang sangat negetif. Saya hanya tahu menyalahkan diri saya sendiri kerana tak berupaya mengubah persepsi orang awam terutamanya dan pengurusan DBKL amnya.

Siapa saya? Saya sedar diri saya siapa. Tapi adakah pihak yang berwajib dan patut memelihara penguatkuasa itu menjalankan tugasnya? Rakan penguatkuasa lain di sogok dan di ugut dengan 'arahan semasa' atau ancaman 'tidak menjalankan tugas dengan sewajarnya', malah ada yang sanggup mengintai dan berdiri depan pagar jabatan penguatkuasaan seolah-olah penguatkuasa itu sendiri tidak amanah! Apakah langkah itu menimbulkan ketidakpercayaan kepada kakitangan sendiri?

Pengurusan Jabatan Penguatkuasaan sudah tidak percaya kepada anggot penguatkuasanya sendiri? Mengambil gambar dan mempamerkan aib kakitangan itu adalah langkah bijak? Bagaimana jika penguatkuasa itu pula membalas? Pernah terfikir jika ada penguatkuasa mengupah individu tertentu untuk berada di depan pagar dan mengambil gambar yang bersifat peribadi dan siarkan di laman media sosial masa kini?

Mesti tak ramai berfikir seperti apa yang saya fikir. Benar! Kita mudah mencari kesalahan orang lain tanpa memikirkan kesemua kebaikkan seseorang. Atau kita tak pernah menghargai kelebihan seseorang tanpa memikirkan kelayakkan atau status seseorang. Hilang dasar hormat! Walaupun budaya kita mewajibkan yang muda hormat kepada yang lebih tua dan hormat kepada yang lebih muda. Susah untuk bertindak demikian?

Cuba fikir semula! Logik atau tidak jika ada 'pegawai atau pihak tertentu' yang menjaga mesin perakam waktu dan berdiri di hadapan pagar pejabat, berada di celah bangunan, mengintip dan cuba mencari salah penguatkuasa yang lain? Boleh saya buat perkara yang sama terhadap mana-mana pegawai yang saya rasa menyampah atau berdendam?

Apakah ini yang dikatakan semangat kekitaan? 'espirit de corps'..

Ini bukan bahan ketawa, ini berlaku di tempat kita!

Posted via DraftCraft app

Sunday, August 12, 2012

PENGUATKUASA DBKL BAKAL MATI KATAK!


Pernah terfikir tanggungjawab siapa mengendalikan kesemua penjaja dan perniaga dalam wilayah persekutuan? Siapa beri kebenaran, lesen, kutip hasil sewa dan pemantauan?

Pernah dengar Jabatan Penguatkuasaan memberi surat kebenaran, lesen sementara atau menerima bayaran lesen dan sewa premis perniagaan?

Ada berapa jabatan yang bertindak sebagai perlaksana dalam memberi kemudahan perniagaan dan memajukan tapak baru dalam mana-mana kawasan di wilayah persekutuan?

Sementara itu fikirkan sejenak corak perniagaan yang berlangsung dan berlaku di kawasan masjid india dan sekitar persempadanannya. Siapa sebenarnya yang memohon dan membuat tapak dan menentukan jumlah tapak gerai atau khemah? Pihak DBKL atau persatuan penjaja?

Berapa pula jumlah lesen yang di keluarkan? Adakah menyamai tapak dilokasi? Siasatan boleh di jalankan sendiri! Dari gedung perniagaan, premis, restoran, gerai, penjaja atau apa sahaja istilah yang berada di lokasi masjid india tersebut termasuk menjual belon, bunjut, 'rambo', bergerak, merangkak, meniarap, menjinjing dan sebagainya. Siapa sebenarnya yang berhak mengawal?

Boleh atau tidak gerai yang tiada di beri lesen DBKL itu di rampas dan di sita? Siapa parut beri arahan? Bila berlaku salah faham siapa harus menyelesaikannya? Jika dah cedera parah siapa pula penguatkuasa harus merujuk? Bagaimana dengan kebajikan penguatkuasa tersebut? Salah penguatkuasa yang membiarkan perkara itu berleluasa kerana tidak mahu bersubahat?

Pihak persatuan / penjaja / tanpa segan silu mengiklankan tawaran sewa di laman sosial hingga mencecah puluh ribu ringgit! Adakah pihak DBKL sedia maklum dengan apa yang berlaku dan berkuasa membatalkan lesen tersebut? Jika benar 'skim penyewaan' itu berlaku mengapa diam? Atau memang pihak yang 'menguruskan' iru sengaja mahu 'penguatkuasa' mati terbunuh akibat pertelingkahan yang bukan kerana salah penguatkuasa itupun. Hanya mengikut arahan dan menjalankan tugas.

Jika penguatkuasa itu makan rasuah sekali pun, salah siapa dan kemana pula duit itu hendak dibawa? Berjoli sakan? Membawa keluar negara? Atau harus memberi makan anak-anak dan isteri yang terbiar akibat terpaksa berkerja dalam tempoh masa yang lama? Siapa harus jawab?




Posted via DraftCraft app

APA REAKSI PENGURUSAN TERTINGGI DBKL?


Kita buka mata, kita pasang telinga! Ini bukan pertama kali. Dah banyak kali, tapi jawapan tetap sama. Kita di anggap tidak pandai menjalankan tugas, kita di anggap menjolok sarang tebuan.

Pandang baik-baik dengan mata hati! Siapa hero dan siapa balaci! Ini pengajaran yang kita sama-sama pikul! Maruah seragam kita terletak pada setiap pemakai!

Jangan pandang bawah! Pandang atas! Langut terus pandang depan!

Ini bukan kemalangan! Ini bukan cabaran! Tapi amanah dan tanggungjawab yang kita pikul!

Tak berani? Lebih baik berhenti daripada menyusahkan kawan-kawan yang lain!


Posted via DraftCraft app

Saturday, August 11, 2012

KAMI TAULAN ANDA! APA KESUDAHANNYA?: PENGUATKUASA DBKL


Kepada yang masih sakit hati dengan tugas bazar ramadahan, cuti raya, persiapan raya harus banyak-banyak bersabar. Selepas hari raya ini kita akan sambut merdeka. Pasti kita terlibat dengan sambutan dan perarakan. Dimasa yang yang sama, ada pertubuhan bukan kerajaan NGO sebanyak 26 jenis persatuan akan berhimpun di Dataran Merdeka bagi tujuan menuntut janji dari Kerajaan Barisan Nasional. Dengan slogan #JanjiBersih.

Itu yang bakal berlaku beberapa hari selepas Hari Raya Aidil Fitri. Selepas sambutan Hari Kebangsaan dan perhimpunan #JanjiBersih kita akan samput Hari Penguatkuasa DBKL pada 15 September pula. Itu pun jika kerajaan tak berubah pada 16 September yang telah di jadikan cuti umum.

Ada saya tertinggal apa-apa aktiviti lagi? Perbatisan Harian yang wajib buat pada pagi dan petang? Pada yang berkenaaan sahajalah, kerana bukan semua wajib hadir! Yang tiada kepentingan tu kena faham dan hadirlah! Perbarisan Mingguan? Perhimpunan Bulanan?

Bawa bertenang, ini bukan provokasi, cuma minta kita sama-sama berfikir. Siapa sebelah kita, siapa depan dan belakang kita. Harus hati-hati kerana sejak dulu memang dinding, batu, kayu, kipas boleh bercakap!

Betul kan?

Posted via DraftCraft app

PENGUATKUASA DBKL DI CABAR LAGI! #janjibersih


Program oleh 26 NGO yang akan berhimpun di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini benar-benar membuat saya terharu! Kami penguatkuasa pasti menjadi bahan tempur oleh pihak yang berkaitan. Pasti kemeriahan berlaku lagi. Walaupun kerosakan dan kemusnahan yang berlaku pada 28 April 2012 masih segar di ingatan.

Perang yang berlaku semakin memuncak, cuti di catu, arahan menidakkan cuti di buat dengan pelbagai alasan dan helah. Saya tidak berdengki dengan pegawai atasan atau sesiapa sahaja yang menpunyai ikatan persaudaraan atau perkauman atau berpuak mengikut negeri masing-masing. Ini pekerjaan saya, ini rezeki yang saya pilih.

Elaun Penguatkuasa pun tak mampu nak beri, masih sanggup angkat muka depan seluruh kakitangan penguatkuasa. Elaun itu bukan janji politik, tapi HAK! Penguatkuasa DBKL tidak terbentuk dengan kuasa politik mana-mana logo parti. Tapi bermula sebagai kerajaan atau lebih tepat sebagai pihak berkuasa tempatan. Mengapa pihak pengurusan tertinggi tidak dapat membezakan jenis perkhidmatan atau jenis-jenis elaun yang hak dalam perkhidmatan awam?

Hanya di fikiran, seramai 2000 penguatkuasa yang berkhidmat di Jabatan Penguatkuasa adalah tidak layak naik pangkat! Hanya 7 orang luar layak menjawat jawatan pegawai. Hebat bukan? Saya bukan fitnah! Ini benar berlaku!

Mustahil 2000 orang penguatkuasa di Jabatan Penguatkuasa adalah bodoh-bodoh semuanya. Jika benar mereka bodoh, maka yang melantik dan memilih mereka sebagai penguatkuasa itu adalah yang paling bodoh lah agaknya. Siapalah pula yang melantik semua penguatkuasa tersebut?

Jika waras, sila fikirkan sejenak. Terima kasih.


Posted via DraftCraft app

Thursday, August 9, 2012

APABILA SUDAH TIDAK DI PERCAYA ORANG! : NILAI SEORANG PENGUATKUASA DBKL

Mungkin hari ini kita rasa kita dah bagus. Esok?

Apa perasaan seorang penguatkuasa yang dah beberapa kali di tukarkan gred perkhidmatan dan di layan macam baru bekerja semalam. Sejak wujud 43 tahun lalu, penguatkuasa DBKL dah beberapa kali berubah wajah dengan imej baru dan kod peraturan baru, skim perkhidmatan baru dan pengurusan baru. Tapi semua perubahan itu sama sekali tidak menghargai tempoh perkhidmatan seseorang penguatkuasa. Adakah pengalaman dan tempoh perkhidmatan itu tidak penting kepada Jabatan Penguatkuasaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Alasan mungkin terikat dengan skim perkhidmatan dan perkeliling awam yang di terima pakai oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Apa peranan Jabatan Penguatkuasaan bagi tujuan menunjukkan pernghargaan kepada tempoh perkhidmatan mereka? Sepinggan nasi beriani yang di bayar Jabatan itu berapa nilainya? Nilai perkhidmatan seorang anggota penguatkuasa hanya kepada sebuah jamuan yang di hadiri oleh pegawai kanan jabatan. Kaedah apa pula di guna pakai? Sungguh sedih melihat seorang yang telah beri separuh hidupnya kepada pekerjaan yang menjadi darah daging dan membesarkan keluarganya.

Rupanya selama ini penguatkuasa DBKL memang tak pernah dihargai.


Posted via DraftCraft app

MANGSANYA ADALAH PENGUATKUASA DBKL

Ini adalah bukti salah yang di gunakan oleh warga kota yang sentiasa mencari salah Penguatkuasa DBKL. Mengapa bertindak sedemikian?

Semua warga penguatkuasa faham dan jelas bahawa perbuatan mengambilkan gambar itu adalah provokasi yang sengaja di cipta untuk menunjukkan bahawa penguatkuasa DBKL kurang ajar!

Tapi orang lupa bahawa penguatkuasa itu adalah seorangwanita, dan mereka cuba menimbulkan kemarahan dan mempermainkan tugas yang sedang di jalankan.

Kepada pengadu, jika berani sila buat aduan rasmi. Kerana kami warga penguatkuasa sangat mengalu-alukan semua jenis aduan.

Terima kasih.

Saturday, August 4, 2012

TEKNOLOGI YANG MENGUASAI! : PENGUATKUASA DBKL KETINGGALAN LAGI!


Sejauh mana pengurusan jabatan memahami apa itu teknologi dan apa itu sebaran maklumat? Bagaimana penyampaian maklumat di lakukan? Cuba untuk menidakkan teknologi? Sedangkan perkembangan maklumat dan penyebaran informasi adalah secara percuma. Mengapa pihak jabatan tidak mahu turut serta bersaing menyampaikan maklumat? Di mana kesilapan?

Bukankah perancangan harus di buat dari awal atau pengurusan masih tak percaya maklumat di hujung jari? Sejauh mana pula informasi yang tepat dapat disampaikan kepada warga awam dan warga kota khususnya?

Jika benar kita tidak mahu menguasai teknologi, adakah teknologi itu akan terhenti? Maka pihak pengurusan jabatan mahu menyekat semua bentuk maklumat yang sepatutnya di kongsi bersama.

Saya masih terharu dengan sekatan yang di lakukan oleh pihak jabatan. Hebat!!

Posted via DraftCraft app

SELAMAT DATANG DATUK BANDAR KUALA LUMPUR KE JABATAN PENGUATKUASAAN DBKL

Tarikh : 6 Ogos 2012
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Padang Kawad Jabatan Penguatkuasaan DBKL

Friday, August 3, 2012

HRMIS : APLIKASI SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA : PENGUATKUASA DBKL BERKECUALI?

Ini adalah sistem maklumat pengurusan sumber manusia yang telah di gunapakai di setiap agensi persekutuan dan pengurusan negeri, termasuk pihak berkuasa tempatan. Malah rekod dan keterangan di dalam sistem ini juga di terima pakai di seluruh negara.

Mahlumat yang sepatutnya berada dalam rekod perkhidmatan mana-mana penjawat awam. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah antara yang utama dalam 10 kementerian dan agensi yang terpilih ketika pelancaran sistem HRMIS  pada sekitar tahun 2004. Saya adalah antara yang terpilih mewakili jabatan menghadiri taklimat Sistem HRMIS tersebut.

Pengurusan DBKL juga berusaha melengkapkan data keseluruhan kakitangannya, tetapi yang menjadikan saya musykil adalah apabila pihak pengurusan Jabatan Penguatkuasaan ingin melakukan hal yang sama di tahun 2012? Adakah pengurusan Jabatan Penguatkuasaan DBKL tidak menerima pakai sistem yang di gunapakai oleh kerajaan persekutuan?

Mengapa perlu di wujudkan sistem baru bagi mengenalpasti rekod peribadi dan keterangan maklumat kakitangan? Sistem apa yang dapat mengatasi rekod persekutuan?

Adalah perkara yang buang masa melakukan 'sistem pendua' atau mirror jika tiada kemahiran di bidang tersebut. Atau sememangnya pihak pengurusan buta IT?

Saya masih tidak berupaya memahami jika apa yang di katakan sistem atau peraturan kerja yang hanya melewehkan perkhidmatan. Kerana semuanya itu adalah pembaziran yang nyata dan mutlak!

Published with Blogger-droid v2.0.6

HANDHELD: APA BEZA DAN PERBANDINGANNYA? : PENGUATKUASA DBKL

Pasti ada yang tertanya apa bezanya dan apa yang membuatkan sesebuah device dan hanhdheld itu berfungsi.

Sangat mudah! Model yang saya telah gambarkan itu adalah Samsung S3, manakala handheld yang sedia ada itu adalah Nokia 3310. Itu adalah kelas yang cuba saya gambarkan. Tetapi model Doplhin 9500 tersebut lebih tahan lasak. Menerima hentakan setinggi 10 meter, kalis air, boleh berfungsi sebagai walkie talkie, mengunakan kad sim mana-mana rangkaian.


Berupaya bertindak sebagai GPS, sms / pesanan ringkas, mms, infa merah, bluetooth, wifi, kamera, pengimbas 'bar code' dan alat mempertahankan diri sebagai pelindung tangan jika diserang oleh objek keras seperti helmet, kayu atau pemukul besi.

Saya ulang, apa yang saya ceritakan ini adalah berlaku di tahun 2004, malah ketepatan pengesan satelitnya hanya jarak ralat 5 meter dari lokasi sebenar. Itupun jika pihak berkuasa tempatan memerlukan peluru berpandu pula di tahun-tahun akan datang.

Tapi adakah hari ini, alatan seperti ini tidak bernilai? Sistem sokongan yang tidak setimpal dengan bayaran yang dikenakan? Harus ingat bahawa keringat kita yang digunakan untuk memajukan jabatan dengan usaha yang berterusan. Ini lah bentuk cadangan yang saya lakukan di tahun 2004 dan di BAKULSAMPAH kan kerana tidak releven.

Saya tidak berbohong! Saya simpan semua bukti-buktinya..

HANDHELD: PENGUATKUASA DBKL & PERJANJIAN!

Saya terpegun dengan ucapan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, antara petikan katanya yang menghantui saya adalah kita warga penguatkuasa harus kerja mengikut SISTEM. Di fikiran saya, mula terbayangkan tahun 2003 ketika saya di pinjamkan ke Unit Multimedia Direktorat Penguatkuasaan di ketuai oleh Encik Zainal, Ponolong Pegawai Tadbir Gred N 27. Bersama saya di unit tersebut adalah Kpl Hazahar Hashim dan Sjn Osman bin Ismail. Ada lagi beberapa nama yang tertinggal tapi sukalah saya sebut hanya dua nama. Kerana kami bertiga yang di tugaskan untuk membangunkan sistem pengkomputeran jabatan Direktorat Penguatkuasaan. Tetapi nasib mereka lebih baik dari saya, belum pun sempat bekerjasama, mereka telah di naikkan ke pangkat Pegawai Penguatkuasa Gred N 41. Di kenali dengan nama Penguasa. Dan yang terkini Penguasa Osman bin Ismail telah menjawat jawatan yang lebih tinggi iaitu Pegawai Tadbir Penguatkuasa Gred N48 yang membawa gelaran Penolong Pesuruhjaya.

Ringkasan itu hanya menerangkan sedikit bagaimana Unit Multimedia di tubuhkan di Direktorat Penguatkuasaan.

Pasti ada yang bertanya mengapa saya guna gambar dua jenis alat tersebut. Itulah rupa bentuk sebenar handheld yang sepatutnya digunakan oleh penguatkuasa DBKL. Kertas kerja dan ujian ke atas peralatan tersebut telah beberapa kali di uji cuba dan terbukti telah di gunakan di beberapa agensi ternama termasuk pihak berkuasa tempatan di seluruh dunia.

Ini jugalah rupa unit yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan tertinggi DBKL dengan jumlah bayaran RM1.3 juta ringgit bagi tujuan pembelian 50 unit awal dan 50 unit di tahun berikutnya.

Saya sendiri yang membawa dan membuat demo peralatan tersebut kepada jawatan pembelian yang di ketuai oleh Bendahari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu Encik Lim Kay Siong. Yang hadir bersama saya adalah Penguasa Osman, manakala jawatankuasa tersebut pula terdiri daripada beberapa orang pengarah di jabatan lain.

Ini juga adalah ringkasan. Saya cuma nak ingatkan bahawa peristiwa ini berlaku di tahun 2004! Bukan tahun 2012. Dan ini bukan pendedahan saya yang pertama. Masih ada yang perlu saya nyatakan sebagai panduan kita bersama. Insyallah.