Sunday, August 19, 2012

15 SEPTEMBER : HARI PENGUATKUASA DBKL


Lebih 43 tahun, jika benar Hari Penguatkuasa DBKL di jayakan dengan pelbagai aktiviti. Selain acara perbarisan, pertunjukan seni mempertahankan diri, majlis makan malam, derma darah, pertandingan memancing, pameran, kempen bayar kompaun, majlis tahlil dan beberapa lagi acara yang patut termasuk juga acara yang saya sendiri tidak dapat klasifikasikan sebagai acara rasmi.

Siapa tahu? Kita sebenarnya menyambut hari apa? Pernah dengar atau tidak jabatan DBKL yang lain dari Jabatan Penguatkuasaan menyambut hari yang seerti atau majlis yang menyerupai?

Selain sambutan yang wajib seperti Hari Wilayah, Hari Merdeka, Maulidur Rasul, Awal Muharam, Tilawah AlQuran, Sukan Badan Berkanun, SUKMA, sukan antara jabatan atau 'three element' atau sukan berkuda, perahu, basikal, atau bolasepak, ragbi, sepaktakraw, bolatampar, karom, ping pong, dart, congkak, galah panjang, sumpit, lari bawa buah pinang atau lari dalam guni, teka kacang dan sebagainya lah lagi.

Sejauh mana warga penguatkuasa mengenali 'sejarah penguatkuasa' itu sendiri? Nilai sejarah? Pencapaian? Atau hanya cakap-cakap orang lama dalam perkhidmatan?

Sejarah, pencapaian, dan kemajuan yang harus di kecapi oleh penguatkuasa tidak diberi perhatian dengan sewajarnya. Telah berkali saya nyatakan bahawa penguatkuasa tidak boleh hidup dalam dunianya sendiri. Tidak boleh mencontohi tentera, tidak boleh mencontohi polis atau mana-mana badan uniform lain. Kerana PENGUATKUASA harus berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Pengurusan tertinggi harus faham bahawa setiap orang penguatkuasa itu 'di perwakilkan kuasa oleh Dato Bandar' sepatutnya menjalankan tugas memelihara kesejahteraan harta benda awam dan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang cuba mengambil kesempatan atau merosakkan harta benda Dato Bandar atas kepentingan peribadi atau merosakkan dengan sengaja.

Dalam kaedah lain, erti sebenar tugas penguatkuasa adalah memelihara kesejahteraan warga Kuala Lumpur dengan menyediakan segala kemudahan yang bersesuaian dan menjaganya dengan selamat. Maka kuasa yang di perwakilkan itu adalah bersesuaian dengan peruntukkan Akta dan semua undang-undang yang berkaitan.

Kita buat apa sekarang? Mengampu pihak atasan dengan 'sistem baru' yang kononnya adalah mengikut piawaian antarabangsa dengan ISO dan 5S itu? Bukan kah itu adalah perkara yang terkandung dalam mana-mana organisasi untuk sentiasa menjaga segala kelengkapan yang ada dan itu adalah memenuhi keperluan atau amanah itu merupakan sebahagian dari agama? Amanah, cekap, jujur, bertangungjawab itu tiada dalam sifat manusia yang beragama?

Saya agak kita masih menuntut ilmu yang salah!


Posted via DraftCraft app

No comments:

Post a Comment