Friday, August 3, 2012

HANDHELD: PENGUATKUASA DBKL & PERJANJIAN!

Saya terpegun dengan ucapan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, antara petikan katanya yang menghantui saya adalah kita warga penguatkuasa harus kerja mengikut SISTEM. Di fikiran saya, mula terbayangkan tahun 2003 ketika saya di pinjamkan ke Unit Multimedia Direktorat Penguatkuasaan di ketuai oleh Encik Zainal, Ponolong Pegawai Tadbir Gred N 27. Bersama saya di unit tersebut adalah Kpl Hazahar Hashim dan Sjn Osman bin Ismail. Ada lagi beberapa nama yang tertinggal tapi sukalah saya sebut hanya dua nama. Kerana kami bertiga yang di tugaskan untuk membangunkan sistem pengkomputeran jabatan Direktorat Penguatkuasaan. Tetapi nasib mereka lebih baik dari saya, belum pun sempat bekerjasama, mereka telah di naikkan ke pangkat Pegawai Penguatkuasa Gred N 41. Di kenali dengan nama Penguasa. Dan yang terkini Penguasa Osman bin Ismail telah menjawat jawatan yang lebih tinggi iaitu Pegawai Tadbir Penguatkuasa Gred N48 yang membawa gelaran Penolong Pesuruhjaya.

Ringkasan itu hanya menerangkan sedikit bagaimana Unit Multimedia di tubuhkan di Direktorat Penguatkuasaan.

Pasti ada yang bertanya mengapa saya guna gambar dua jenis alat tersebut. Itulah rupa bentuk sebenar handheld yang sepatutnya digunakan oleh penguatkuasa DBKL. Kertas kerja dan ujian ke atas peralatan tersebut telah beberapa kali di uji cuba dan terbukti telah di gunakan di beberapa agensi ternama termasuk pihak berkuasa tempatan di seluruh dunia.

Ini jugalah rupa unit yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan tertinggi DBKL dengan jumlah bayaran RM1.3 juta ringgit bagi tujuan pembelian 50 unit awal dan 50 unit di tahun berikutnya.

Saya sendiri yang membawa dan membuat demo peralatan tersebut kepada jawatan pembelian yang di ketuai oleh Bendahari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu Encik Lim Kay Siong. Yang hadir bersama saya adalah Penguasa Osman, manakala jawatankuasa tersebut pula terdiri daripada beberapa orang pengarah di jabatan lain.

Ini juga adalah ringkasan. Saya cuma nak ingatkan bahawa peristiwa ini berlaku di tahun 2004! Bukan tahun 2012. Dan ini bukan pendedahan saya yang pertama. Masih ada yang perlu saya nyatakan sebagai panduan kita bersama. Insyallah.

No comments:

Post a Comment