Sunday, August 12, 2012

PENGUATKUASA DBKL BAKAL MATI KATAK!


Pernah terfikir tanggungjawab siapa mengendalikan kesemua penjaja dan perniaga dalam wilayah persekutuan? Siapa beri kebenaran, lesen, kutip hasil sewa dan pemantauan?

Pernah dengar Jabatan Penguatkuasaan memberi surat kebenaran, lesen sementara atau menerima bayaran lesen dan sewa premis perniagaan?

Ada berapa jabatan yang bertindak sebagai perlaksana dalam memberi kemudahan perniagaan dan memajukan tapak baru dalam mana-mana kawasan di wilayah persekutuan?

Sementara itu fikirkan sejenak corak perniagaan yang berlangsung dan berlaku di kawasan masjid india dan sekitar persempadanannya. Siapa sebenarnya yang memohon dan membuat tapak dan menentukan jumlah tapak gerai atau khemah? Pihak DBKL atau persatuan penjaja?

Berapa pula jumlah lesen yang di keluarkan? Adakah menyamai tapak dilokasi? Siasatan boleh di jalankan sendiri! Dari gedung perniagaan, premis, restoran, gerai, penjaja atau apa sahaja istilah yang berada di lokasi masjid india tersebut termasuk menjual belon, bunjut, 'rambo', bergerak, merangkak, meniarap, menjinjing dan sebagainya. Siapa sebenarnya yang berhak mengawal?

Boleh atau tidak gerai yang tiada di beri lesen DBKL itu di rampas dan di sita? Siapa parut beri arahan? Bila berlaku salah faham siapa harus menyelesaikannya? Jika dah cedera parah siapa pula penguatkuasa harus merujuk? Bagaimana dengan kebajikan penguatkuasa tersebut? Salah penguatkuasa yang membiarkan perkara itu berleluasa kerana tidak mahu bersubahat?

Pihak persatuan / penjaja / tanpa segan silu mengiklankan tawaran sewa di laman sosial hingga mencecah puluh ribu ringgit! Adakah pihak DBKL sedia maklum dengan apa yang berlaku dan berkuasa membatalkan lesen tersebut? Jika benar 'skim penyewaan' itu berlaku mengapa diam? Atau memang pihak yang 'menguruskan' iru sengaja mahu 'penguatkuasa' mati terbunuh akibat pertelingkahan yang bukan kerana salah penguatkuasa itupun. Hanya mengikut arahan dan menjalankan tugas.

Jika penguatkuasa itu makan rasuah sekali pun, salah siapa dan kemana pula duit itu hendak dibawa? Berjoli sakan? Membawa keluar negara? Atau harus memberi makan anak-anak dan isteri yang terbiar akibat terpaksa berkerja dalam tempoh masa yang lama? Siapa harus jawab?




Posted via DraftCraft app

7 comments:

  1. Dalam surat khabar banyak yang mengeluh pasal ramai "peniaga- peniaga" asing yang berniaga di jalan TAR ...ada Indonesia,Pakistan,Bangla..tapi masalahnya mereka tak menggangu dan menghalang padangan dan perniagaan terhadap premis-premis lain..TETAPI kami di Wisma Yakin,JALAN MASJID INDIA teraniya dek sikap keras kepala dan arrogantnye penjaja di depan kedai kami..bak kata orang mereka nih "KEBAL". KALAU di JALAN TAR dan sepanjang JALAN MASJID INDIA sampai ke SEMUA HOUSE mungkin penjaja menutup dan terhalangnya kedai kedai mereka hanya untuk satu bulan sahaja (RAMADHAN)..tapi kami di WISMA YAKIN terpaksa menahan geram dan sabar akibat kerenah penjaja yang secara tidak hemah dan beradap menghalang penglihatan dan pendapatan kami dgn "mengepung" kami dgn gerai gerai mereka untuk 365hari setahun, 7 hari 1 minggu...kadang kadang bila hari hujan langsung tak nampak kedai kami pasal mereka dah pasang canvas dibelakang gerai mereka...banyak persoalan yang saya pikir jika berlaku kebakaran bagaimana nanti bomba nak masuk untuk memadam kan api di kiri kanan bangungn yang tinggi tu..ini bukan PETALING STREET atau CENTREAL MARKET yang dikiri kanannya paling tinggi pun bangunan 2 tingkat..mana undang undang DBKL pakai? siapa beri kebenaran? dato bandar? ada orang dalam? saya pun tak tau mereka nih bayar sewa ke tak.. bayar bil api ke tak? bayar cukai ke tak..nih kira nak tutup periuk nasi kami.

    ReplyDelete
  2. Saudara BOB, Terima kasih atas ulasan, saya layak untuk menjawab persoalan saudara, saya pernah bertugas di kawasan yang saudara maksudkan. Malah saya pernah di pertanggungjawabkan untuk membuat bancian khas di dalam Bazar dan kawasan sekitar Masjid India.

    Saya akui wujud kepincangan dalam pengurusan Bazar tersebut. Dan masalah itu wujud atas ketamakan PERSATUAN PENJAJA. Mereka mengklasifikasikan semula tapak kepada jumlah yang diluluskan oleh pihak DBKL. Saya tahu jumlah yang di luluskan dan saya tahu juga jumlah yang ditambah oleh PERSATUAN PENJAJA!

    Sangat tidak sesuai apabila pihak penguatkuasa pula di persalahkan, kerana penguatkuasa menjalankan tugas atas arahan. Tetapi PERSATUAN PENJAJA yang bertindak sebagai SAMSENG DAN MENGADAKAN DEMONSTRASI DI HADAPAN IBU PEJABAT DBKL DAN BEBERAPA LOKASI LAIN.

    Sebagai jaminan atas kenyataan saya, saya menyimpan gambar-gambar mereka yang terlibat.

    Harap saudara menerima penjelasan saya. Sekian terima kasih.

    Maaf atas kelewatan menjawab aduan saudara.

    ReplyDelete
  3. Terimakasih sebabab menjawab...

    "Mereka mengklasifikasikan semula tapak kepada jumlah yang diluluskan oleh pihak DBKL. Saya tahu jumlah yang di luluskan dan saya tahu juga jumlah yang ditambah oleh PERSATUAN PENJAJA!"

    Maaf..boleh terangkan maksud "mengklasifikasikan semula"... persatuan penajaja tu memandai tambah tapak ke? Jadi sekarang nih saiap yang BERKUASA? Pihak DBKL or persatuan penjaja a.k.a HAJI BAHARIM RAZAK.??

    Jadi macammana cerita sekrang ni? sepengetahuan saya, kes pertelingkahan nih dah masuk court.. pihak PKNS..PENIAGA WISMA YAKIN..TUAN PREMIS HOTEL berdekatan DAN MASJIB INDIA tengah ambil tindakan terhadap DBKL betul ke?

    Saya tak tahu kisah hujung pangkal nye macammana BAZAR tuh boleh di dirikankan, sebab saya baru menang kes mahkamah, dalam perebutan di salah sebua kedai di Wisma Yakin, dan saya menang kes tersebut, dapat ke tangan saya pada tahun 2006.. tau tau depan wisma yakin tuh dah ada "BUmbung" macam petaling street. Saya dengar yang beri kebenaran tuh datuk bandar bekas askar yang berpangkat "MEJAR" tak silap saya?

    Pada saya nih betul betul zalim kepada kami, menutup periuk nasi kami.Kami berada di situ sejak tahun 1971 lagi... kalau lah mereka tuh berdegil sangat dan tunjuk samseng (memang pun, dengar citer mereka siap belasah penguatkuasa dbkl ) kita boleh berbincang sila beri laluan atau pun aturkan gerai gerai mereka di tengah jalan supaya kedai di wisma yakin tuh tak terkepung dan di"hilangkan" oleh gerai gerai mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Bob, yang membuat tambahan petak adalah persatuan penjaja. Berkaitan dengan pembinaan bazar itu di luar pengetahuan saya, saya memang tidak tahu menahu berkaitan pembinaan dan kaitannya dengan bekas anggota tentera.

      Saya anggap laluan itu terbuka dahulu, dan persatuan membuat tapak secara haram. Setelah beberapa siri tunjuk perasaan, DBKL beralah dan jadikan kawasan tersebut sebagai kawasan tarikan pelancungan.

      Berkaitan aktiviti peniaga warga asing juga memang wujud di kawasan tersebut akibat daripada penyewaan dan di jaga oleh pihak berkuasa lain seperti PDRM juga, pembantu2 gerai juga adalah bukan warganegara.

      Pihak penguatkuasa DBKL memang tidak memiliki kuasa untuk mengubah atau mengalih gerai2 tersebut tanpa arahan pihak atasan. Saya anggap agak mustahil untuk DBKL pindahkan mereka. Kerana campurtangan orang politik dan menteri2 yang memegang jawatan.

      Ingin saya maklumkan bahawa pihak penguatkuasa DBKL hanya menguatkuasakan undang2 yang di perwakilkan. Bukan atas kapasiti kepentingan sesiapa atau mengikut arahan tertentu sahaja. Cuma di peringkat bawahan, kami cuma berunding dengan sebaik mungkin.

      Delete
  4. owh ya.. spepanjang permehatian saya ramai juga peniaga nih terdiri dari orang indonesia yang menjual cincin dan benda benda khurafat.. ermm nih kira ali baba lah kot..boleh kaut beribu ribu ringgit. Boleh saya tahu sepanjang pengetahuan Tuan berapa charge sewa yang diaorang kenakan dalam sebulan untuk satu petak gerai? 10 ribu? 20 ribu?

    ReplyDelete
  5. Berkaitan dengan sewa tapak, saya pernah dengar nilai 20ribu! Dan di bayar 40ribu oleh Jakel / dan restoran di hadapannya

    ReplyDelete
  6. Saudara Bob, maaf atas kelewatan membalas komen, saya telah bertukar ke pejabat cawangan setiawangsa dan membuat tugas-tugas luar pejabat. Tak dapat mengadap komputer selalu.. Terima kasih atas komen..

    ReplyDelete