Monday, August 13, 2012

PENGUATKUASA DBKL MASIH JADI BAHAN JENAKA!


Tohmahan masyarakat kepada penguatkuasa DBKL amat buruk rupanya, termasuk kakitangan pengurusan DBKL sendiri. Sedih dan terharu kerana pandangan mereka yang sangat negetif. Saya hanya tahu menyalahkan diri saya sendiri kerana tak berupaya mengubah persepsi orang awam terutamanya dan pengurusan DBKL amnya.

Siapa saya? Saya sedar diri saya siapa. Tapi adakah pihak yang berwajib dan patut memelihara penguatkuasa itu menjalankan tugasnya? Rakan penguatkuasa lain di sogok dan di ugut dengan 'arahan semasa' atau ancaman 'tidak menjalankan tugas dengan sewajarnya', malah ada yang sanggup mengintai dan berdiri depan pagar jabatan penguatkuasaan seolah-olah penguatkuasa itu sendiri tidak amanah! Apakah langkah itu menimbulkan ketidakpercayaan kepada kakitangan sendiri?

Pengurusan Jabatan Penguatkuasaan sudah tidak percaya kepada anggot penguatkuasanya sendiri? Mengambil gambar dan mempamerkan aib kakitangan itu adalah langkah bijak? Bagaimana jika penguatkuasa itu pula membalas? Pernah terfikir jika ada penguatkuasa mengupah individu tertentu untuk berada di depan pagar dan mengambil gambar yang bersifat peribadi dan siarkan di laman media sosial masa kini?

Mesti tak ramai berfikir seperti apa yang saya fikir. Benar! Kita mudah mencari kesalahan orang lain tanpa memikirkan kesemua kebaikkan seseorang. Atau kita tak pernah menghargai kelebihan seseorang tanpa memikirkan kelayakkan atau status seseorang. Hilang dasar hormat! Walaupun budaya kita mewajibkan yang muda hormat kepada yang lebih tua dan hormat kepada yang lebih muda. Susah untuk bertindak demikian?

Cuba fikir semula! Logik atau tidak jika ada 'pegawai atau pihak tertentu' yang menjaga mesin perakam waktu dan berdiri di hadapan pagar pejabat, berada di celah bangunan, mengintip dan cuba mencari salah penguatkuasa yang lain? Boleh saya buat perkara yang sama terhadap mana-mana pegawai yang saya rasa menyampah atau berdendam?

Apakah ini yang dikatakan semangat kekitaan? 'espirit de corps'..

Ini bukan bahan ketawa, ini berlaku di tempat kita!

Posted via DraftCraft app

No comments:

Post a Comment