Thursday, September 27, 2012

SAMBUTAN HARI PENGUATKUASA DBKL KE 43

Gambar sekitar Majlis: Yang di sempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Dato Raja Nong Chik.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, September 26, 2012

BAYARAN INSENTIF PENGUATKUASA : BAKAL JADI NYATA!

Perkhabaran yang semua warga penguatkuasa DBKL nantikan. Mungkin ada yang suka, ada yang benci, ada yang tidak puas hati, ada yang tak kisah pun apa yang bakal berlaku.

Saya tidak cuba untuk mengambil kesempatan, saya pernah nyatakan dahulu, jika dapat kita rasa sama-sama. Jika tak dapat, saya bakal menanggung malu dan mungkin di benci orang pula.

Apa pun berita itu kita akan sama-sama dengar esok. Saya juga mengharap seperti kawan-kawan seperjuangan yang lain. Saya cuma ingin menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang pernah beri sokongan terhadap penulisan saya dan idea berkaitan 'Bayaran Insentif Penguatkuasa' ini.

Terima kasih!
Selamat Menyambut Hari Penguatkuasa yang ke 43.

Tuesday, September 25, 2012

HARI PENGUATKUASA DBKL UNTUK SIAPA?

Setiap tahun saya akan tertanya-tanya tanpa jawapan. Masih di sambut pada setiap tahun cuma sejak beberapa tahun ini, Hari Penguatkuasa tidak lagi di sambut pada 15 September. Tarikh akan berubah mengikut keadaan yang sesuai. Atau dalam erti kata lain, boleh 'runding' atau boleh 'adjust'!

Sebenarnya sambutan Hari Penguatkuasa yang kita buat itu adalah untuk siapa? Apa kelebihannya? Siapa yang mendapat faedah? Ada penguatkuasa yang suka? Belum pernah seorang pun pegawai atau anggota bawahan yang saya jumpa, benar-benar jujur dan tulus ikhlas untuk mengaku bahawa mereka sangat suka dan sangat berbangga dengan Sambutan Hari Penguatkuasa!

Jika Hari Penguatkuasa itu di sambut dengan kepelbagaian aktiviti seperti Program Derma Darah, Majlis Sumbangan Anak Yatim atau Program Tahlil Arwah kepada mereka yang telah pergi. Tapi secara logiknya, apa sebenarnya erti Hari Penguatkuasa kepada warga Penguatkuasa? Pemberian pangkat? Pingat? Anugerah? Saya lihat dan sangat sedar bahawa pangkat boleh di berikan pada bebila masa. Tak payah tunggu Hari Penguatkuasa pun memang pangkat di beri sepanjang tahun. Bukan rahsia pun bagaimana pangkat itu di perolehi. Hanya perlu tunjuk sahaja. Tak kira lah siapa yang lalu atau melintas.

Pingat juga begitu, bukan pernah ada skim khas, kriteria atau kelayakan tertentu pun, sama ada Sasaran Kerja Tahunan atau jumlah markah Anugerah Khidmat Cemerlang juga. Mengapa sampai macam tu sekali? Pilih sahaja sesiapa yang kita suka?

Bergurau? Saya tak pernah bergurau. Buktinya juga sangat nyata. Lihat sahaja di kiri dan kanan masing-masing. Tapi lebih baik menyedapkan hati masing-masing dengan ayat ' dah rezeki mereka, jangan dengki atau irihati.. ' Kita pujuk hati kita untuk beberapa tahun lepas dan patut amalkan beberapa tahun lagi. Kerana yang dapat pangkat / pingat tahun ini mungkin akan naik pangkat dan pingat pada tahun hadapan juga..

Saya berbohong? Cuba la siasat sendiri!


Posted via DraftCraft app

Monday, September 24, 2012

ELAUN PENGUATKUASA HANYA MITOS!

Jangan bersedih! Saya hanya cuba berkata benar. Walau apa pun tanggapan orang, saya berpegang kepada teori 'selagi tiada hitam putih', maka jangan memasang angan-angan.

Sejak dahulu walau apa warna kertas atau fail, sama ada berwana atau hitam putih juga boleh hilang, apa lagi kertas itu juga pandai melarikan diri atau hilang dalam simpanan.

Cuba menyakinkan saya dengan sesuatu perkara yang tiada dalam agenda perancangan tahunan itu adalah ibarat membuat janji kosong. Mana mungkin elaun boleh di beri secara suka-suka tanpa perlu kelulusan 'Majlis Jemaah Menteri'. Kos sebulan elaun penguatkuasa yang berjumlah hampir 500 ribu ringgit sebulan dengan jumlah penguatkuasa 1600 orang lebih kurang.

Bagaimana pihak kewangan 'bendahari' DBKL menerima arahan? Hanya 1 panggilan telefon? Hanya jumpa dan cakap? Atau ada minit bebas yang membenarkan elaun tersebut di bayar? Setakat artikel ini di tulis, tiada sebarang dokumen atau permohonan dari Jabatan Penguatkuasaan yang memohon 'elaun penguatkuasa' tersebut! Ada sesiapa pernah lihat? Atau percaya cakap pegawai atau sesiapa yang mengaku membuat kertas kerja permohonan tersebut? Sejak bila?

Adakah pihak Pengurusan DBKL sudi berbelanja sebanyak itu untuk hanya 1 jabatan? Sedangkan elaun kerja lebih masa itu sendiri DBKL terpaksa 'berhempas pulas' mencari idea untuk melunaskan bayaran.

Khabarnya Menteri Wilayah sendiri ingin menyampaikan perkhabaran baik ini dalam masa dua hari, jika tiada aral yang menggangu, Hari Penguatkuasa bakal berlangsung pada 27 September 2012 di Astaka Taman Tasik Titiwangsa pada jam 8.30 pagi.

Sama-sama kita nantikan!

Posted via DraftCraft app