Monday, September 24, 2012

ELAUN PENGUATKUASA HANYA MITOS!

Jangan bersedih! Saya hanya cuba berkata benar. Walau apa pun tanggapan orang, saya berpegang kepada teori 'selagi tiada hitam putih', maka jangan memasang angan-angan.

Sejak dahulu walau apa warna kertas atau fail, sama ada berwana atau hitam putih juga boleh hilang, apa lagi kertas itu juga pandai melarikan diri atau hilang dalam simpanan.

Cuba menyakinkan saya dengan sesuatu perkara yang tiada dalam agenda perancangan tahunan itu adalah ibarat membuat janji kosong. Mana mungkin elaun boleh di beri secara suka-suka tanpa perlu kelulusan 'Majlis Jemaah Menteri'. Kos sebulan elaun penguatkuasa yang berjumlah hampir 500 ribu ringgit sebulan dengan jumlah penguatkuasa 1600 orang lebih kurang.

Bagaimana pihak kewangan 'bendahari' DBKL menerima arahan? Hanya 1 panggilan telefon? Hanya jumpa dan cakap? Atau ada minit bebas yang membenarkan elaun tersebut di bayar? Setakat artikel ini di tulis, tiada sebarang dokumen atau permohonan dari Jabatan Penguatkuasaan yang memohon 'elaun penguatkuasa' tersebut! Ada sesiapa pernah lihat? Atau percaya cakap pegawai atau sesiapa yang mengaku membuat kertas kerja permohonan tersebut? Sejak bila?

Adakah pihak Pengurusan DBKL sudi berbelanja sebanyak itu untuk hanya 1 jabatan? Sedangkan elaun kerja lebih masa itu sendiri DBKL terpaksa 'berhempas pulas' mencari idea untuk melunaskan bayaran.

Khabarnya Menteri Wilayah sendiri ingin menyampaikan perkhabaran baik ini dalam masa dua hari, jika tiada aral yang menggangu, Hari Penguatkuasa bakal berlangsung pada 27 September 2012 di Astaka Taman Tasik Titiwangsa pada jam 8.30 pagi.

Sama-sama kita nantikan!

Posted via DraftCraft app

No comments:

Post a Comment