Tuesday, September 25, 2012

HARI PENGUATKUASA DBKL UNTUK SIAPA?

Setiap tahun saya akan tertanya-tanya tanpa jawapan. Masih di sambut pada setiap tahun cuma sejak beberapa tahun ini, Hari Penguatkuasa tidak lagi di sambut pada 15 September. Tarikh akan berubah mengikut keadaan yang sesuai. Atau dalam erti kata lain, boleh 'runding' atau boleh 'adjust'!

Sebenarnya sambutan Hari Penguatkuasa yang kita buat itu adalah untuk siapa? Apa kelebihannya? Siapa yang mendapat faedah? Ada penguatkuasa yang suka? Belum pernah seorang pun pegawai atau anggota bawahan yang saya jumpa, benar-benar jujur dan tulus ikhlas untuk mengaku bahawa mereka sangat suka dan sangat berbangga dengan Sambutan Hari Penguatkuasa!

Jika Hari Penguatkuasa itu di sambut dengan kepelbagaian aktiviti seperti Program Derma Darah, Majlis Sumbangan Anak Yatim atau Program Tahlil Arwah kepada mereka yang telah pergi. Tapi secara logiknya, apa sebenarnya erti Hari Penguatkuasa kepada warga Penguatkuasa? Pemberian pangkat? Pingat? Anugerah? Saya lihat dan sangat sedar bahawa pangkat boleh di berikan pada bebila masa. Tak payah tunggu Hari Penguatkuasa pun memang pangkat di beri sepanjang tahun. Bukan rahsia pun bagaimana pangkat itu di perolehi. Hanya perlu tunjuk sahaja. Tak kira lah siapa yang lalu atau melintas.

Pingat juga begitu, bukan pernah ada skim khas, kriteria atau kelayakan tertentu pun, sama ada Sasaran Kerja Tahunan atau jumlah markah Anugerah Khidmat Cemerlang juga. Mengapa sampai macam tu sekali? Pilih sahaja sesiapa yang kita suka?

Bergurau? Saya tak pernah bergurau. Buktinya juga sangat nyata. Lihat sahaja di kiri dan kanan masing-masing. Tapi lebih baik menyedapkan hati masing-masing dengan ayat ' dah rezeki mereka, jangan dengki atau irihati.. ' Kita pujuk hati kita untuk beberapa tahun lepas dan patut amalkan beberapa tahun lagi. Kerana yang dapat pangkat / pingat tahun ini mungkin akan naik pangkat dan pingat pada tahun hadapan juga..

Saya berbohong? Cuba la siasat sendiri!


Posted via DraftCraft app

No comments:

Post a Comment