Monday, December 31, 2012

KECIL! TAPI SANGAT BERMAKNA KEPADA WARGA PENGUATKUASA DBKL

Berapa nilai sebiji 'buah'? Ketika saya dapat Pingat Bakti Kelas Kedua (II) pada tahun 2004, nilainya hanya RM60. Saya buat dengan kos sendiri kerana tak sabar nak gantung pada baju istiadat atau lebih dikenali dengan nama 'One Dress'. Ketika itu saya hanya ada dua pingat bersama Pingat PPP yang di beri pada selepas di sahkan jawatan sebagai Penguatkuasa.

Manakala semasa pemakaian seragam biasa, akan mengenakan 'ribbon bar' di atas poket sebelah kiri dan atas dada. Satu pengertian dan sangat simbolik bagi mana-mana penjawat awam yang memakai seragam.

Berapa pula nilai dan kos yang diperlukan untuk membuat 'ribbon bar' tersebut? Tak mungkin kosnya melebihi dari nilai kos buat 'buah' (Pingat)?

Apa salahnya jika pihak jabatan / pengurusan Jabatan Penguatkuasaan DBKL memberi 'ribbon bar' tersebut mengikut tempoh perkhidmatan seseorang anggota penguatkuasa? Kerana kos? Atau kerana malu memiliki seorang ahli atau anggota penguatkuasa yang telah lebih 20 tahun dalam perkhidmatan? Malu terhadap sumbangan mereka yang masih sudi memberi khidmat? Bukankah sepatutnya kriteria 5, 10, 15, 20, dan lebih 25 tahun perkhidmatan di ambil kira?

Sebagai barisan pengurusan jabatan, tak rasa terhutang budi? Terhadap atas jasa-jasa mereka? Kemahiran? Bukan sepatutnya pihak jabatan memberi 'ribbon bar' itu berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bentuk sumbangan yang telah anggota atau ahli penguatkuasa berikan? Bagaimana pihak pengurusan Jabatan Penguatkuasaan menilai?

Mungkin pihak jabatan atau DBKL sangat malu atau pun memang tidak pernah menghargai jasa-jasa mereka yang telah lama berkhidmat dan menyumbang tenaga.

Anggaplah saya sebagai pengkianat atau penderhaka kepada Jabatan Penguatkuasaan kerana mempertikai peranan pengurusan Jabatan. Tapi adalah sangat jelik dan pelik jika tanggungjawab menyempurnakan ibadah / pekerjaan ini pada sebahagian kumpulan tertentu.

Ahli dan anggota lain bukan buta, pekak atau pun bodoh. Kita semua memang nampak.





UNTUNG SIAPA? SKIM BARU GAJI PENGUATKUASA DBKL

Cubaan baru bagi tahun-tahun yang akan datang, bukan cabaran baru. Tapi hanya akan jadi perbualan yang panjang apabila muncul kaedah-kaedah yang telah lama wujud tapi tidak di praktikkan.

Apa bentuk cubaannya? Sepatutnya kita dah lama buka mata. Kerana skim / kuota untuk naik pangkat, naik gaji, hanya di pelopori oleh kumpulan tertentu, orang tertentu, dan mengenepikan hak orang lain.

Belum diambil kira bentuk kursus dan latihan, kos yang tidak di terjemahkan kepada bentuk yang lebih adil kepada semua warga penguatkuasa. Sistem kerja / kaedah yang semakin di ragui dan melakukan kerja yang tidak mengikuti 'skim perkhidmatan' yang telah di tetapkan.

Kita patut tuding jari kepada siapa?

Tuesday, December 25, 2012

HIMPUNAN OREN! APA KEPENTINGAN DATUK BANDAR KUALA LUMPUR TERHADAP FELDA?

Berdasarkan pengamatan saya terhadap situasi perhimpunan awam, pihak polis atau kerajaan tidak pula menghalang atau mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa perhimpunan itu adalah di larang. Mengapa pula ada kawalan khas dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpuf sempena Himpunan OREN di pejabat FELDA tersebut?

Perhimpunan awam adalah di benarkan menurut Akta Perhimpuan Aman 2012. Kawasan yang bakal di adakan Himpunan Oren itu juga adalah jalan awam dan bukan jalan / bangunan seliaan pihak DBKL. Saya salah? Tapi apa kaitannya dengan kawalan dari penguatkuasa DBKL? Harap ada pihak yang tampil memberi jawapan.

Lagi pun, pejabat FELDA dan Pusat Latihan Polis hanya berada seberang jalan. Di jalan yang sama iaitu Jalan Semarak! Saya masih fikirkan alasan mengapa DBKL turut serta dalam masalah FELDA.

HIMPUNAN OREN! 28 DISEMBER 2012

Kita akan turut berhimpun! Saya agak DBKL juga ada memiliki saham Felda.

Monday, December 24, 2012

CUTI BANJIR! PENGUATKUASA DBKL LUAR KAWASAN

Bagi mana-mana penguatkuasa yang tidak dapat balik ke Kuala Lumpur kerana banjir. Sila rujuk lampiran yang di paparkan.

Sunday, December 23, 2012

Saturday, December 22, 2012

MAHASISWA MASUK DATARAN!

Penguatkuasa DBKL dalam 'mode standby'!



HALANG TUGAS PENGUATKUASA DBKL!


Akibat menghalang tugas penguatkuasa DBKL, rakan mereka ini di penjara selama sebulan dan di denda sebanyak RM1000.00. Ketika ini mereka cuba timbulkan masalah baru, mereka berkhemah dihadapan Penjara Kajang. Saya patut ragui status 'terpelajar' dan 'ahli keluarga' mereka.

Posted via DraftCraft app

PETIKAN AKHBAR 14 MEI 2012: LATIHAN PENGUATKUASA DBKL MENGHADAPI DEMONSTRASI!

Anggota Penguatkuasa DBKL Akan Diberi Latihan Khusus Untuk Hadapi Demonstrasi
Published On Monday, May 14, 2012 By klxpress-admin. Under: Isu Semasa.

KUALA LUMPUR: Anggota penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diberi latihan khusus sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya perhimpunan haram pada masa hadapan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata latihan khusus itu perlu kerana dalam senario terkini, kemungkinan lebih banyak perhimpunan haram akan diadakan dari semasa ke semasa, terutamanya di Kuala Lumpur.

“Lebih elok jika anggota penguat kuasa dilatih khusus untuk menghadapi sebarang perhimpunan haram, tidak kira perhimpunan besar atau kecil, anggota penguat kuasa akan dicabar supaya kekecohan berlaku,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja dan pelancaran kempen ‘Keep Smiling 2012′ peringkat Jabatan Penguatkuasaan DBKL, di sini Isnin.

Kempen berkenaan bertujuan memantapkan budaya mesra pelanggan dan berbudi bahasa dalam kalangan warga Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dan juga agensi di bawahnya.

Mengulas lanjut mengenai latihan khusus itu, berkata perbincangan telah diadakan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri), dan kita akan bekerjasama dengan mereka (KDN) menyediakan maklumat terperinci mengenai latihan itu,” katanya.

Menurutnya lagi, perbincangan mengenai latihan akan turut melibatkan polis, kerana polis telah dilatih khusus menghadapi situasi perhimpunan haram.

“Polis mungkin akan mengetuai latihan tersebut, tetapi semua ini masih bergantung kepada perbincangan yang akan diadakan,” katanya.

Raja Nong Chik berkata selain itu kelengkapan anggota penguatkuasaan DBKL juga akan diperkemas semula.

“DBKL mungkin tidak ada kelengkapan khusus untuk menghadapi situasi perhimpunan haram, (jadi) peruntukan khas berkaitan persediaan kelengkapan mungkin akan disediakan,” katanya.

Beliau berkata kelengkapan itu perlu demi mengelak kecederaan kepada anggota penguat kuasa yang bertugas. - BERNAMA


Posted via DraftCraft app

Tuesday, December 11, 2012

JADUAL MASA DEPAN!

Kronologi Seorang Penguatkuasa DBKL:

0 hingga 5 tahun

1. Kursus Asas Penguatkuasa
2. Kursus Induksi
3. Peperiksaan Perkhidmatan

6 hingga 10 tahun

1. Tak payah kursus dah! sebab 'cap jari' dah kering! Kalau sempat habiskan tempoh 5 tahun awal. Jika gatal nak ambil peperiksaan N27 pun sekadar buang masa! Jika nasib sangat baik, mungkin dah dapat 'Anugerah Khidmat Cemerlang'!

11 hingga 15 tahun

2. Dah boleh beli teksi atau buat apa-apa kerja part time. Masa ni mungkin dah lama berkahwin dan ada anak dah.. Lagi pun jika DBKL nak hantar berkursus pun mungkin dah liat!

16 hingga 20 tahun

3. Dah boleh relaks! Gaji dah naik KUP N22! Buat apa susah2 kan diri nak kerja teruk2.. Penyakit pun dah macam2 ada!

21 hingga 25 tahun

4. Pihak pentadbiran & jabatan baru sedar! Kita dah nak pencen! Kena siapkan rekod perkhidmatan dan segala macam dokumen untuk menamatkan perkhidmatan!

26 hingga 30 tahun

5. Jika masih berkhidmat, memang dah betul2 menyusahkan orang lain! Orang pun dah tak percaya!

Sekadar gurauan di petang hari.. :-)



BILA KITA RASA KITA BAGUS! ORANG TAK KISAH PUN!

*ini hanya sedikit paparan yang mungkin bukan saya seorang sahaja pernah kena, tapi lebih ramai..


Saya tak dengki! Saya tak gila pangkat! Tak kisah dengan pandangan orang juga. Saya boleh jadi apa sahaja bagi tujuan untuk mencapai 'matlamat'. Tapi saya takut saya 'ter'ambil' hak dan rezeki orang lain.

Sentiasa ingatkan diri supaya menerima apa sahaja rezeki yang ada. Walau orang lain dah berkali-kali dapat rezeki yang bergantang-gantang, berkoyan-koyan.

Memang benar, kita hanya nampak salah orang dan tak nampak salah sendiri. Tapi saya sangat berhati-hati menulis. Saya sedar, ilmu saya tak banyak, ambil langkah dengan mengelak bercampur orang, walaupun saya tahu akhirnya saya mungkin di benci orang.

Saya juga kena ingatkan diri, di sini kita bukan kerja berseorangan. Saya cuba untuk tidak mengusik hak orang lain.

Jika benar itu bukan rezeki saya, saya terima. Tapi tak perlukan guna ungkapan 'akhirat jawab'!

Wallahualam..

Posted via DraftCraft app