Monday, December 31, 2012

KECIL! TAPI SANGAT BERMAKNA KEPADA WARGA PENGUATKUASA DBKL

Berapa nilai sebiji 'buah'? Ketika saya dapat Pingat Bakti Kelas Kedua (II) pada tahun 2004, nilainya hanya RM60. Saya buat dengan kos sendiri kerana tak sabar nak gantung pada baju istiadat atau lebih dikenali dengan nama 'One Dress'. Ketika itu saya hanya ada dua pingat bersama Pingat PPP yang di beri pada selepas di sahkan jawatan sebagai Penguatkuasa.

Manakala semasa pemakaian seragam biasa, akan mengenakan 'ribbon bar' di atas poket sebelah kiri dan atas dada. Satu pengertian dan sangat simbolik bagi mana-mana penjawat awam yang memakai seragam.

Berapa pula nilai dan kos yang diperlukan untuk membuat 'ribbon bar' tersebut? Tak mungkin kosnya melebihi dari nilai kos buat 'buah' (Pingat)?

Apa salahnya jika pihak jabatan / pengurusan Jabatan Penguatkuasaan DBKL memberi 'ribbon bar' tersebut mengikut tempoh perkhidmatan seseorang anggota penguatkuasa? Kerana kos? Atau kerana malu memiliki seorang ahli atau anggota penguatkuasa yang telah lebih 20 tahun dalam perkhidmatan? Malu terhadap sumbangan mereka yang masih sudi memberi khidmat? Bukankah sepatutnya kriteria 5, 10, 15, 20, dan lebih 25 tahun perkhidmatan di ambil kira?

Sebagai barisan pengurusan jabatan, tak rasa terhutang budi? Terhadap atas jasa-jasa mereka? Kemahiran? Bukan sepatutnya pihak jabatan memberi 'ribbon bar' itu berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bentuk sumbangan yang telah anggota atau ahli penguatkuasa berikan? Bagaimana pihak pengurusan Jabatan Penguatkuasaan menilai?

Mungkin pihak jabatan atau DBKL sangat malu atau pun memang tidak pernah menghargai jasa-jasa mereka yang telah lama berkhidmat dan menyumbang tenaga.

Anggaplah saya sebagai pengkianat atau penderhaka kepada Jabatan Penguatkuasaan kerana mempertikai peranan pengurusan Jabatan. Tapi adalah sangat jelik dan pelik jika tanggungjawab menyempurnakan ibadah / pekerjaan ini pada sebahagian kumpulan tertentu.

Ahli dan anggota lain bukan buta, pekak atau pun bodoh. Kita semua memang nampak.





No comments:

Post a Comment