Thursday, January 10, 2013

Lokasi Perhimpunan 12 Jan 2013!

Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat meminta para pesertanya supaya menyertai lapan lokasi berhimpun ke Stadium Merdeka sebelum perhimpunan Sabtu ini bermula.

Menurut arahan terbaru pihak penganjur perhimpunan tersebut, lapan lokasi untuk permulaan jalan santai bersama pemimpin masing-masing adalah seperti berikut:

Masjid Universiti Malaya
Nurul Izzah Anwar (PKR)
Ng Suee Lim (DAP)
Adam Adli (Solidariti Mahasiswa Malaysia)

Brickfields
Maria Chin Abdullah (BERSIH 2.0)
S Arutchelvan (PSM)
Zulkiflee Anwar Ulhaque @ Zunar


KLCC
Datuk Husam Musa (PAS)
Datuk Teng Chang Kim (DAP)
Mazlan Aliman (ANAK, PAS)

Jalan Sultan
Ishak Surin (Muafakat)
Tan Kok Wai (DAP)

Pasar Seni
Dr Siti Mariah Mahmud (PAS)
Teresa Kok (DAP)
Elizabeth Wong (PKR)

Dataran Merdeka
Wong Tuck (Himpunan Hijau)
Ronnie Liu (DAP)

Kelab Sultan Sulaiman, Kpg Baru
Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard (Solidariti Anak Muda Malaysia)

Masjid Negara
Azmin Ali (PKR)
Muhajid Yusof Rawa (PAS)
Khalid Samad (PAS)

Menurut seorang ahli jawatankuasa penganjur, Hishammuddin Rais, pengumuman mengenai pemimpin jalan santai yang dirancang itu, diminta oleh pihak polis.

Hishammuddin juga mengumumkan pihak penganjur tidak menggalakkan peserta menggunakan kenderaan persendirian dan menggesa mereka menggunakan pengangkutan awam untuk ke lokasi berkenaan.

Beliau berkata mereka yang mahu mendiri gerai untuk menampung keperluan peserta hanya dibenarkan beroperasi di stesen monorail Maharajalela, sekitar Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor dan stesen LRT Hang Tuah.

Apabila stadium sudah penuh, yang lainnya dikehendaki duduk di luar stadium.

Beliau juga menggesa semua peserta supaya bersopan semasa menghadiri perhimpunan.

"Ini adalah satu perhimpunan aman. Sila elakkan semua bentuk provokasi. Jangan cetuskan kekacauan," katanya.