Friday, March 22, 2013

PENGUATKUASA CAWANGAN LEMBAH PANTAI: NI HAK ANDA!

Ada sekumpulan mahasiswa mula berkhemah di hadapan Angkasapuri! Selamat bertugas Penguatkuasa DBKL Cawangan Lembah Pantai! :-)



Wednesday, March 20, 2013

APC 2012! TAHNIAH! ANDA PILIHAN TUHAN!

Kepada semua penerima Anugerah Khidmat Cemerlang bagi Tahun 2012! Semoga di rahmati dan di berkati!

Amin! :-)

Monday, March 18, 2013

Himpunan Aman? Memorandum Kepada Datuk Bandar

Di percayai, wujud beberapa individu, pihak yang mewakili NGO akan mengadakan himpunan aman & menghantar memorandum kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur berkaitan masalah meter tempat letak kereta yang tidak berfungsi dengan baik. Mereka anggap pihak DBKL tidak mampu menyelaras dan menyelengara mesin-mesin tersebut dan hanya menyusahkan warga kota dan pengunjung.

*saya agak mesin itu hanya tidak berfungsi ketika penguatkuasa DBKL hadir di kawasan-kawasan berkenaan.



Wednesday, March 13, 2013

Media tak betul! Tapi salah kita juga kerana tak bersuara!

Gambar tu terang-terang nampak tulisan DBKL. Dengan bangga nya saya tahu mereka itu adalah Penguatkuasa DBKL. Tapi tiada sebaris ayat pun dari pihak media / Utusan Malaysia berkaitan dengan Jabatan Penguatkuasaan / Skuad Penyelamat DBKL.

Setinggi penghagaan kepada yang terlibat dalam operasi menyelamat tersebut! Tahniah!

Sunday, March 10, 2013

Amanat Tahun Baru!

Eh! Suka hati la nak buat bila. Rasa nak buat atau rasa tak suka buat kita jangan buat la.

Tiada paksaan jika nak buat atau tak nak buat. Kata orang lain padang lain belalang. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Tak perlu terasa hati jika benda betul. Ada perkara yang kita nak buat elok, orang tetap kata tak elok. Memang mudah cari salah orang, orang juga mudah cari salah kita. Jadi semua tu memang sama sahaja!

Saturday, March 9, 2013

Cakap pandai! Tapi apa caranya?

Mungkin ada yang anggap saya cuma cakap pandai, tapi tidak pula bersedia menyediakan cadangan bagi tujuan penyelesaian. Tapi kisah apa? Saya cuba sampaikan fahaman bangsat saya berkaitan 'pemakaian pangkat' yang kategori gred SPM! Bukan kategori lulusan STPM, DIploma atau Ijazah! Setakat ini belum ada jawatan bagi peringkat Master atau PhD.

Mengapa SPM? Dah itu sahaja kelayakkan yang semua orang ada, kelayakan itu yang melibatkan kenaikan pangkat sehingga kepada gred N36. Gred N41 memang terpaksa guna Ijazah juga walau apa cara.

Tapi di bawah pengurusan baru, mungkin ada cara juga. Siapa tahu. Apa pun boleh berlaku. Gambaran dan ayat saya mungkin ada orang tak faham atau sengaja buat tak faham, tak kisah lah, janji saya sampaikan.

Caranya, mudah sahaja. Kerajaan dah perkenalkan KUP, jadi tempoh masa untuk naik gaji / gred N22 adalah 15 tahun. Secara logiknya, sesiapa sahaja yang genap dan cukup syarat akan secara automatiknya akan dapat KUP! Kecuali ada yang menolak untuk naik gaji dan pangkat.

Secara rasionalnya ada 3 kali ranking untuk sampai ke gred N22, iaitu Lans Koperal, Koperal dan Sarjan. Jika yang memakai Sarjan Mejar atau Sub-Inspektor itu sepatutnya memakai elaun khas dari jabatan kerana mereka bertauliah. Itu adalah pengikhtirafan yang semua orang tahu.

Jadi apa masalahnya jika nak susun kursus dan latihan bagi 3 ranking tersebut? 15 bahagi 3 adalah 5 tahun. Setiap 5 tahun dah boleh beri pangkat. Buat modul yang standard sepertimana agensi pihak berkuasa tempatan yang lain. Dah tentu modul itu akan di gunapakai oleh agensi lain yang mengambil peperiksaan perkhidmatan nanti. Bukan rahsia besar pun pada agensi penguatkuasa yang lain. Tak kan kursus dan latihan kena buat 8 kali setahun baru layak nak pakai lans koperal atau koperal atau sarjan?

Selama ini tak pernah terfikir atas jumlah tahun perkhidmatan setiap anggota penguatkuasa? Atau pentingkan diri sendiri dan anak-anak buah sendiri?

Ini perkara yang semua orang nampak, tapi malas nak cakap. Rasa buang masa juga. Tapi telan la. Ini memang kenyataan!

Kaedah Kenaikan Pangkat : Guna Jari!

Siapa tahu kriteria yang sepatutnya di gunapakai dalam menentukan kelayakan seseorang penguatkuasa untuk naik pangkat? Berdasarkan prestasi? Tempoh perkhidmatan? Sumbangan peribadi kepada jabatan? Atau ada sekular atau pekeliling khas yang membolehkan kita memohon kenaikan pangkat mengikut ranking yang mungkin boleh kita namakan sebagai panduan kelayakan.

Lama juga untuk saya fikirkan kaedah, terma atau syarat asasnya. Tapi berdasarkan pemilihan terbuka dan kena lari keliling Tasik Titiwangsa itu bukanlah cara terbaik untuk menilai seseorang yang telah menyumbang 15 atau 25 tahun perkhidmatan.

Boleh sahaja saya nyatakan sesiapa yang telah naik pangkat dan bagaimana cara mereka naik pangkat. Tapi sangat aib pula rasanya kepada pihak yang berwajib. Kebanyakan orang sebut dan sedar itu adalah rezeki mereka. Atau lebih tepat lagi nasib dan rezeki mereka telah di tentukan nasib oleh beberapa orang.

Pengelasan perkhidmatan, halatuju jabatan, pandangan awam sangat mempengaruhi. Tak mungkin pihak kita sengaja wujudkan jurang perkhidmatan hanya kerana suka beberapa orang. Kita sebuah jabatan yang besar, bukan syarikat anak beranak atau keluarga. Bijak la sikit menilai kerja orang lain. Tak mungkin semua penguatkuasa yang ada dalam perkhidmatan ini bodoh-bodoh semuanya.

Terfikir juga saya, kenapa saya masih sabar melihat saban hari tanpa berbuat apa-apa..

Wasallam..

Wednesday, March 6, 2013

APA DAH JADI? SENYUM!

Apa keputusan? Siapa menang? Rating? Indeks? ISO?

Payah juga kalau jadi orang macam saya. Semua kerja jadi tak betul!

SEMUA LAYAK MOHON KENAIKAN PANGKAT!

Saya baru tahu, jabatan akan mengedarkan borang kepada sesiapa sahaja yang rasa layak atau sesiapa yang mahu naik pangkat.

Padahal tak sampai sebulan taklimat berkaitan penukaran gred yang melibatkan pergerakkan gaji yang entah di batalkan atau di tunda. Ramai berkata bahawa gred baru nanti adalah yang terbaik kerana melibatkan pergerakan gaji dan gred. Mereka anggap akan guna kaedah 'time base', iaitu berdasarkan tempoh perkhidmatan. Dalam masa terdekat nak naik pangkat pula lagi. Tak rasa cepat sangat? Atau memang dah ada senarai calon yang di janjikan pangkat? Proses ini sebenarnya sekadar nak tutup mulut orang lain?

Setakat ini, semuanya tak logik bagi saya. Nak dapat Bantuan Insentif Penguatkuasa pun ada pihak mengaku dah berusaha sejak tahun 2000. Padahal Elaun yang sama telah di nikmati oleh PBT lain sejak 2004! Tahun 2013, tak sampai suku tahun, dah dua 'idea hebat' muncul!

Awal tahun lalu di edarkan borang kajiselidik berkaitan gred. Masih tak tahu apa keputusannya, saya agak semua borang kajiselidik itu pun entah mana letaknya. Saya juga tak pernah lihat apa pun keputusan Mensyuarat Majlis Bersama. Entah betul atau tidak ayat saya itu, tapi mereka yang baca pasti faham apa maksud saya.

Orang boleh tuduh saya cakap pandai dan menjadi penghasut, menjadi kebencian kepada orang lain. Tapi setidaknya saya bercakap apa yang benar berlaku.

Apa macam? Sedap tak berbelanja dengan Bayaran Insentif Penguatkuasa tu?

Amin.. Setidaknya jadi darah daging kepada anak bini atau sesiapa yang rasa..