Saturday, March 9, 2013

Cakap pandai! Tapi apa caranya?

Mungkin ada yang anggap saya cuma cakap pandai, tapi tidak pula bersedia menyediakan cadangan bagi tujuan penyelesaian. Tapi kisah apa? Saya cuba sampaikan fahaman bangsat saya berkaitan 'pemakaian pangkat' yang kategori gred SPM! Bukan kategori lulusan STPM, DIploma atau Ijazah! Setakat ini belum ada jawatan bagi peringkat Master atau PhD.

Mengapa SPM? Dah itu sahaja kelayakkan yang semua orang ada, kelayakan itu yang melibatkan kenaikan pangkat sehingga kepada gred N36. Gred N41 memang terpaksa guna Ijazah juga walau apa cara.

Tapi di bawah pengurusan baru, mungkin ada cara juga. Siapa tahu. Apa pun boleh berlaku. Gambaran dan ayat saya mungkin ada orang tak faham atau sengaja buat tak faham, tak kisah lah, janji saya sampaikan.

Caranya, mudah sahaja. Kerajaan dah perkenalkan KUP, jadi tempoh masa untuk naik gaji / gred N22 adalah 15 tahun. Secara logiknya, sesiapa sahaja yang genap dan cukup syarat akan secara automatiknya akan dapat KUP! Kecuali ada yang menolak untuk naik gaji dan pangkat.

Secara rasionalnya ada 3 kali ranking untuk sampai ke gred N22, iaitu Lans Koperal, Koperal dan Sarjan. Jika yang memakai Sarjan Mejar atau Sub-Inspektor itu sepatutnya memakai elaun khas dari jabatan kerana mereka bertauliah. Itu adalah pengikhtirafan yang semua orang tahu.

Jadi apa masalahnya jika nak susun kursus dan latihan bagi 3 ranking tersebut? 15 bahagi 3 adalah 5 tahun. Setiap 5 tahun dah boleh beri pangkat. Buat modul yang standard sepertimana agensi pihak berkuasa tempatan yang lain. Dah tentu modul itu akan di gunapakai oleh agensi lain yang mengambil peperiksaan perkhidmatan nanti. Bukan rahsia besar pun pada agensi penguatkuasa yang lain. Tak kan kursus dan latihan kena buat 8 kali setahun baru layak nak pakai lans koperal atau koperal atau sarjan?

Selama ini tak pernah terfikir atas jumlah tahun perkhidmatan setiap anggota penguatkuasa? Atau pentingkan diri sendiri dan anak-anak buah sendiri?

Ini perkara yang semua orang nampak, tapi malas nak cakap. Rasa buang masa juga. Tapi telan la. Ini memang kenyataan!

No comments:

Post a Comment