Monday, April 29, 2013

Revolusi! Penguatkuasa & Cabaran Baru!

Bendera kecil yang berwarna warni mula menimbulkan kebimbangan. Ada pihak mendakwa milik mereka, tapi ada pihak mengambarkan bendera kecil itu sebagai tanda bermulanya revolusi dalam kuasa politik semasa.

Bermula dengan kisah Penguatkuasa DBKL di 'rompak' di Bangsar.. Bagaimana pihak yang mendakwa mereka 'rakyat' dan memunggah keluar semua bendera-bendera kecil tersebut dari dalam van rasmi Jabatan Penguatkuasaan DBKL. Boleh rujuk dan lihat di laman youtube dengan tajuk 'Bangsar Spring'!

Hari ini, bendera kecil tersebut mula merebak di serata kawasan / parlimen di Wilayah Persekutuan.

Benar kita bakal menghadapi revolusi?



Saturday, April 20, 2013

HARI PENGUATKUASA DBKL! MENGAPA TERSEMBUNYI?

Kita bakal menyambut Hari Penguatkuasa yang ke 44 pada 15 September 2013 nanti. Tapi secara jujurnya, kita hanya sambut di kalangan kita sendiri. Tidak ada orang awam di jemput, tidak ada hebahan di media, tidak ada pengelasan konsep sambutan itu di adakan.

Lazimnya, selain perbarisan, derma darah, pertandingan memancing, dan 'gimik' statistik tindakan yang di lakukan di sekitar pusat bandar dan sekitar kawasan seliaan lain.

Sekali, hanya sekali, kita patut cuba ubah konsep yang lebih mesra dengan warga kota dan melibatkan penyertaan jabatan-jabatan di dalam DBKL juga. Kerana mereka tiada hari yang di sambut. Jabatan-jabatan yang bersama-sama menaikan imej DBKl dan kualiti perkhidmatan yang DBKL sediakan. Kita dah bertaraf dunia bukan? Kita sebagai penguatkuasa patut sambut cabaran ini. 'World Class City with World Class Enforcement'!

Ada lebih dari 20 jabatan yang wujud di DBKL. Bukan sedikit! Jangan ceritakan kos yang perlu di sediakan, orang macam saya boleh fikirkan konsep, apa lagi orang atasan. Mereka patut berusaha menjadikan DBKL dan semua jabatan yang menjalankan tugas penguatkuasaan turut serta.

Contoh:

Hanya sehari kita berkumpul dan mempamerkan kekuatan logistik dan jenis perkhidmatan yang kita sediakan kepada warga kota di Dataran DBKL ( saya gemar mengelar Dataran Ruslin sempena perlantikan beliau sebagai Datuk Bandar dari kakitangan DBKL sendiri )

Jika tak berani tutup jalan seperti sambutan Hari Kemerdekaan, jika hanya statikkan semua kenderaan / logistik di ruang Dataran DBKL dan guna ruang legar Menara DBKL sebagai ruang pameran dan kelengkapan penguatkuasaan yang lain dan boleh guna Auditorium sebagai ruang persembahan / ucapan dan menerima kehadiran tetamu jemputan yang khas.

Saya terbayangkan ada helikopter di atas Menara DBKL 1, Hovercraff meluncur dari jalan Tun Perak dan turun menyusuri Sg Kelang dan Skuad Penyelamat melakukan tugas / aksi menyelamat sebagaimana yang selalu di lakukannya di mana-mana persembahan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Penguatkuasa yang lain. Selebihnya saya biarkan tuan-puan fikirnya.

Saya sayangkan pekerjaan saya, saya sayangkan majikan saya.

Cakap memang mudah! Tapi kalau tak cuba, kita tak tahu.



Thursday, April 18, 2013

DADU NO 2! MARI KITA LIHAT SIAPA YANG KENA!

Kaedah terancang yang di amalkan sejak dahulu. Saya terfikir juga kerana ada segelintir orang begitu kebal dan nasibnya telah di tentukan dengan baik. Dalam hati, tak ada rasa bersalah ke? Orang lain pun banyak yang diam. Kalau ada yang bercakap pun, hanya berani cakap belakang-belakang.

Yang saya maksudkan adalah pertukaran dan proses kenaikan pangkat. Termasuk naik pangkat secara lantikan gred atau hanya lantikan pangkat secara 'local rank'.

Cerita terbaru, memang la kisah pertukaran secara besar-besaran. Tapi bagi sebahagian sahaja lah. Yang kebal tu tetap kebal. Kalau bertukar pun secara atas kertas. Masih tetap melakukan kerja yang sama.

Berubah? Memang tak pernah berubah. Waima apa sistem pun yang di lancarkan, cara kerja seorang penguatkuasa tetap sama. Yang penting hadir baris, tanda 'tick' nama, jawab STS ( surat tunjuk sebab ) dan jaga kad perakam waktu. Nak lebih cantik, jaga 'in-charge'!

Selamat bertukar kepada semua! Jika nasib baik, dapat la kawasan tugas yang menarik, jika dah di benci orang, maka dapatlah kawasan kerja yang 'jin bertendang'!

Amin!!

Wednesday, April 17, 2013

PENGUATKUASA DBKL TAK MENGUNDI?

Hanya persepsi! Tidak ada penguatkuasa DBKL yang bertugas pada hari mengundi? Atau semua boleh dapat pelepasan?

Saya mencari pasal? Semua penguatkuasa DBKL mendaftar mengundi di mana? Sentul? Setapak? Batu? Setiwangsa?

Pilihanraya yang lepas, saya lihat sendiri petugas trafik statik di hadapan pagar sekolah seawal 5 pagi dan tamat jam 6 petang. Saya agak mereka di bawah umur 21 tahun dan tidak layak mengundi. Tapi ketika saringan pemilihan penguatkuasa DBKL saya lihat mereka hanya 'panggil' temuduga mereka yang dah lebih 21 tahun. Misteri juga kan!

Tak baik berburuk sangka, cuma pada pandangan saya, jika benar memerlukan penguatkuasa bertugas pada hari mengundi, daftarkan mereka sebagai 'pengundi pos'! Tak salah pun kan. Kerana mengundi itu juga adalah hak mereka. Arahan semasa & arahan ketua jabatan pun bukan selalunya betul sangat pun.

Jika terasa, apa boleh buat! Rasa la!

Monday, April 15, 2013

IKLAN PILIHANRAYA!

Jangan guna paku! Maksud lain, jangan paku kayu atau bendera atau tiang atau apa-apa sambungan kepada pokok! Lebih tepat lagi pokok-pokok di bawah kawal selia DBKL.

Berkaitan dengan iklan haram, memang tak akan jumpa orang yang bertanggungjawab. Tapi jika bendera / logo parti politik, ada kawasan / cawangan / bahagian yang bertanggungjawab. Saya dah 6 kali terlibat! Ini yang ke 7! Jika di kawasan kampung, tiada seliaan pihak berkuasa tempatan memang sampai lingkup pokok di kerjakan oleh pemasang-pemasang bendera / poster politik. Tapi kawasan seliaan DBKL adalah bertaraf Bandaraya!

Ada yang persenda pandangan saya. Memang orang politik tak pernah ambil tahu bidang kuasa atau larangan pemasangan poster / bendera atau logo. Biasanya arahan pasang di semua tempat. Tapi jika merosakkan pokok, struktur tempat awam seperti perhentian bas, teksi atau ruang awam seperti surau, masjid, dewan, kuil, tokong atau mana-mana tempat kepentingan awam.

Mana-mana individu yang terlibat akan faham trend atau masa sesuai poster pilihanraya di pasang / gantung di kawasan masing-masing. Biasa sangat mereka guna masa di tengah malam. Itu adalah sesuatu yang lazim sangat.

Jadi, adalah bersesuaian sangat jika tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan poster-poster ini di lakukan di sebelah pagi atau siang. Kerana ketika itu pihak berkuasa tidak akan bertembung dengan mana-mana kumpulan yang aktif memasang poster.

Pandangan ringkas atas faktor keselamatan bersama. Mengapa berebut waktu malam? Sengaja ingin menimbulkan pertelingkahan atau provokasi? Mengapa cari masalah?





PENGUATKUASA DBKL! MENGUNDI ATAU TIDAK?

Sejak pembubaran Parlimen, Penguatkuasa tidak dibenarkan bercuti? Betulkan? Berapa ramai percaya? Saya di fahamkan cuti telah 'di bekukan'. Sejak mula berkhidmat, saya sangat percaya 'cuti dibekukan'. Tapi hanya kepada sebilangan orang sahaja. Atas dasar hanya kelulusan Ketua Jabatan? Betulkan?

Ada arahan dari mulut ke mulut mengatakan cuti beku sehingga pilihanraya. Tapi bagaimana dengan hari Pilihanraya? Yang bertugas dengan SPR tu dah tentu pilih bekerja kerana ada elaun. Mereka dah tentu la undi POS! Kan! :-)

Bagaimana mereka yang kena kawalan & statik di pusat penamaan calon dan pusat-pusat mengundi nanti? Mereka juga undi POS?

Sebelum orang lain fikir dan nampak kelemahan kita, lebih baik kita 'selamatkan' diri kita dahulu. Jika benar pilihanraya kali ini berlaku kekecohan, kita akan jadi penyebab dan pembawa masalah pula!

Kita memang tak pernah cuba untuk berubah. Atau mungkin saya seorang yang tidak berubah-ubah!

Tuesday, April 2, 2013

BERITA TERKINI!

Ini yang tersebar untuk di kongsi bersama..

PILIHANRAYA: KITA SEBAGAI PENYOKONG ATAU PENENTANG?

Topik yang sensitif bagi sebilangan orang, tapi esok kita mungkin menerima berita bahawa 'Parlimen dah bubar!' Tapi harus sedar, bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tak akan bubar walau siapa menang pilihanraya! Gaji tetap naik setiap tahun! Kita kekal sebagai pekerja dan menjadi 'cucu' yang sah!

Hak berkerja dengan pemerintah itu satu amanah besar, bagi yang beragama Islam, pasti sedar bahawa pekerjaan kedua terbaik disisi agama adalah 'bekerja dengan pemerintah', jika kita menjadi penentang dalam 'kerajaan atau pemerintah' itu agaknya satu tindakan menjurus kepada kepentingan agama atau peribadi? Sejauh mana amanah yang kita berjanji semasa mengaku mahu menjadi sebahagian dari kumpulan yang memerintah.

Hadis atau nas Al Quran? Saya tidak berani mengunakan ayat tuhan untuk menerangkan maksud saya. Saya diajar agar tidak menyekutukan tuhan yang disembah. Anggaplah yang baik itu adalah contoh manakala yang buruk itu adalah kejahilan saya dalam menerangkan maksud beragama.

Sengaja saya sampaikan maksud 'amanah dan pemerintah' itu dengan bertujuan. Tujuan saya agar kita sama-sama menjadi 'pemegang amanah dan hakim' yang bijiaksana.

Walau sebatang ranting yang kita ubah di tengah jalan, itu adalah pahala! Apa lagi dengan niat menjadi 'penguasa dan hakim' yang adil. Tahu pertimbangan dan sentiasa mahu menambah ilmu yang ada sebagai desakan kehidupan yang semakin moden dan maju. Harus kenal apa itu teknologi, keupayaan media sosial yang tak pernah menunggu manusia.

Jujurnya, saya hanya mahu sampaikan bahawa kita dah pun menjadi sebahagian dari 'pemerintah', maka harus untuk kita jaga amanah dan tuturkata kita. Kita adalah 'pendamai' kepada kehidupan warga kota yang lain.

Semoga Kuala Lumpur aman damai! Amin!

PERSEPSI : TASK FORCE / ADUAN DAN SIASATAN!

Hanya pandangan peribadi yang saya rasa patut di kongsi bersama. Mungkin persepsi yang saya gambarkan hanya dari sisi yang tidak betul.

Contoh:

Kita di tempatkan dan di tugaskan di sesebuah kawasan kerja atau lebih tepat di Pejabat Cawangan. Atau pun di sebuah kawasan penempatan di pusat bandar atau mana-mana kawasan tugas. Kita menerima arahan untuk melakukan tugas-tugas yang berkaitan seperti penguatkuasaan terhadap mana-mana entiti kepentingan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Tugasan itu saya anggap sebagai arahan dan tanggungjawab yang wajib di patuhi tanpa sebarang alasan. Jika rasa tak mampu, kita boleh sahaja mohon di pindahkan atau di tempatkan di kawasan kerja yang lebih sesuai dengan diri. Atau boleh sahaja buat surat minta berhenti!

Pihak atasan pula, wujudkan kumpulan kerja yang kononnya akan pantau dan menyiasat kerja-kerja yang di lakukan oleh kumpulan lain. Mereka di anggap akan membantu pihak atasan menjawab dan menyelesaikan segala aduan dengan lebih pantas dan berkesan.

Persoalannya adalah seperti berikut:

1. Jika benar pasukan pemantau dan penyiasat ini boleh bekerja dengan lebih berkesan, mengapa tidak mereka terus di tetapkan di kawasan yang bermasalah? Mengapa buat tindakan seolah-olah pihak petugas dikawasan tidak menjalankan tugas?

2. Mengapa ada unsur tidak percaya di dalam pasukan kerja yang sama? Atau ini kaedah yang disarankan oleh pihak atasan / pengurusan sebagai 'multiskill'? Sejauh mana 'multiskill' ini di pertanggungjawabkan kepada penguatkuasa di lapangan?

3. Jika benar pasukan yang di pertanggungjawab itu tidak menjalankan tugas, mengapa perlu di bebankan dengan tindakan pasukan lain pada hal dan kes yang tidak dapat di selesaikan? Sepatutnya pasukan asal yang di pertanggungjawabkan itu mesti jawab segala 'kemusykilan' atau kepentingan orang tertentu dalam pasukan.

4. Jika benar wujud faktor kepentingan atau ketirisan 'amanah' dalam tugasan, rakan pasukan lain mesti bertanggungjawab! Bukan serah masalah kepada pasukan yang lain. Kepentingan yang harus wujud, ialah kepentingan menjaga 'Amanah Datuk Bandar Kuala Lumpur'. Maka segala kecuaian dan ketirisan akan di perhalusi oleh ketua pasukan atau ketua bahagian yang menjaga pasukan.

5. Bagaimana menyelesaikan masalah yang dah bertahun lama dan menjadi amalan? Saya dah jelaskan dalam bentuk soalan. Kita semua sedar, kita mahu jadi yang terbaik. Dalam diri, dalam persahabatan, dalam keluarga dan menjadi kepercayaan ketua juga majikan. Kita sama-sama berkhidmat kepada amanah yang sama.

Gambaran ini mungkin orang tak faham, atau anggap saya bercakap kosong. Tapi kita tak akan mencapai apapun dalam keseronokan bekerja dengan helah atau cuba mengatasi orang lain dan menuding jari kepada masalah orang lain.

Ketua yang baik, akan cepat sedar bila berlaku kesilapan dan kesalahan. Maka perbetulkanlah sebelum semuanya terlambat.

Terima kasih!