Monday, April 15, 2013

IKLAN PILIHANRAYA!

Jangan guna paku! Maksud lain, jangan paku kayu atau bendera atau tiang atau apa-apa sambungan kepada pokok! Lebih tepat lagi pokok-pokok di bawah kawal selia DBKL.

Berkaitan dengan iklan haram, memang tak akan jumpa orang yang bertanggungjawab. Tapi jika bendera / logo parti politik, ada kawasan / cawangan / bahagian yang bertanggungjawab. Saya dah 6 kali terlibat! Ini yang ke 7! Jika di kawasan kampung, tiada seliaan pihak berkuasa tempatan memang sampai lingkup pokok di kerjakan oleh pemasang-pemasang bendera / poster politik. Tapi kawasan seliaan DBKL adalah bertaraf Bandaraya!

Ada yang persenda pandangan saya. Memang orang politik tak pernah ambil tahu bidang kuasa atau larangan pemasangan poster / bendera atau logo. Biasanya arahan pasang di semua tempat. Tapi jika merosakkan pokok, struktur tempat awam seperti perhentian bas, teksi atau ruang awam seperti surau, masjid, dewan, kuil, tokong atau mana-mana tempat kepentingan awam.

Mana-mana individu yang terlibat akan faham trend atau masa sesuai poster pilihanraya di pasang / gantung di kawasan masing-masing. Biasa sangat mereka guna masa di tengah malam. Itu adalah sesuatu yang lazim sangat.

Jadi, adalah bersesuaian sangat jika tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan poster-poster ini di lakukan di sebelah pagi atau siang. Kerana ketika itu pihak berkuasa tidak akan bertembung dengan mana-mana kumpulan yang aktif memasang poster.

Pandangan ringkas atas faktor keselamatan bersama. Mengapa berebut waktu malam? Sengaja ingin menimbulkan pertelingkahan atau provokasi? Mengapa cari masalah?





No comments:

Post a Comment