Tuesday, April 2, 2013

PERSEPSI : TASK FORCE / ADUAN DAN SIASATAN!

Hanya pandangan peribadi yang saya rasa patut di kongsi bersama. Mungkin persepsi yang saya gambarkan hanya dari sisi yang tidak betul.

Contoh:

Kita di tempatkan dan di tugaskan di sesebuah kawasan kerja atau lebih tepat di Pejabat Cawangan. Atau pun di sebuah kawasan penempatan di pusat bandar atau mana-mana kawasan tugas. Kita menerima arahan untuk melakukan tugas-tugas yang berkaitan seperti penguatkuasaan terhadap mana-mana entiti kepentingan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Tugasan itu saya anggap sebagai arahan dan tanggungjawab yang wajib di patuhi tanpa sebarang alasan. Jika rasa tak mampu, kita boleh sahaja mohon di pindahkan atau di tempatkan di kawasan kerja yang lebih sesuai dengan diri. Atau boleh sahaja buat surat minta berhenti!

Pihak atasan pula, wujudkan kumpulan kerja yang kononnya akan pantau dan menyiasat kerja-kerja yang di lakukan oleh kumpulan lain. Mereka di anggap akan membantu pihak atasan menjawab dan menyelesaikan segala aduan dengan lebih pantas dan berkesan.

Persoalannya adalah seperti berikut:

1. Jika benar pasukan pemantau dan penyiasat ini boleh bekerja dengan lebih berkesan, mengapa tidak mereka terus di tetapkan di kawasan yang bermasalah? Mengapa buat tindakan seolah-olah pihak petugas dikawasan tidak menjalankan tugas?

2. Mengapa ada unsur tidak percaya di dalam pasukan kerja yang sama? Atau ini kaedah yang disarankan oleh pihak atasan / pengurusan sebagai 'multiskill'? Sejauh mana 'multiskill' ini di pertanggungjawabkan kepada penguatkuasa di lapangan?

3. Jika benar pasukan yang di pertanggungjawab itu tidak menjalankan tugas, mengapa perlu di bebankan dengan tindakan pasukan lain pada hal dan kes yang tidak dapat di selesaikan? Sepatutnya pasukan asal yang di pertanggungjawabkan itu mesti jawab segala 'kemusykilan' atau kepentingan orang tertentu dalam pasukan.

4. Jika benar wujud faktor kepentingan atau ketirisan 'amanah' dalam tugasan, rakan pasukan lain mesti bertanggungjawab! Bukan serah masalah kepada pasukan yang lain. Kepentingan yang harus wujud, ialah kepentingan menjaga 'Amanah Datuk Bandar Kuala Lumpur'. Maka segala kecuaian dan ketirisan akan di perhalusi oleh ketua pasukan atau ketua bahagian yang menjaga pasukan.

5. Bagaimana menyelesaikan masalah yang dah bertahun lama dan menjadi amalan? Saya dah jelaskan dalam bentuk soalan. Kita semua sedar, kita mahu jadi yang terbaik. Dalam diri, dalam persahabatan, dalam keluarga dan menjadi kepercayaan ketua juga majikan. Kita sama-sama berkhidmat kepada amanah yang sama.

Gambaran ini mungkin orang tak faham, atau anggap saya bercakap kosong. Tapi kita tak akan mencapai apapun dalam keseronokan bekerja dengan helah atau cuba mengatasi orang lain dan menuding jari kepada masalah orang lain.

Ketua yang baik, akan cepat sedar bila berlaku kesilapan dan kesalahan. Maka perbetulkanlah sebelum semuanya terlambat.

Terima kasih!





No comments:

Post a Comment