Tuesday, April 2, 2013

PILIHANRAYA: KITA SEBAGAI PENYOKONG ATAU PENENTANG?

Topik yang sensitif bagi sebilangan orang, tapi esok kita mungkin menerima berita bahawa 'Parlimen dah bubar!' Tapi harus sedar, bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tak akan bubar walau siapa menang pilihanraya! Gaji tetap naik setiap tahun! Kita kekal sebagai pekerja dan menjadi 'cucu' yang sah!

Hak berkerja dengan pemerintah itu satu amanah besar, bagi yang beragama Islam, pasti sedar bahawa pekerjaan kedua terbaik disisi agama adalah 'bekerja dengan pemerintah', jika kita menjadi penentang dalam 'kerajaan atau pemerintah' itu agaknya satu tindakan menjurus kepada kepentingan agama atau peribadi? Sejauh mana amanah yang kita berjanji semasa mengaku mahu menjadi sebahagian dari kumpulan yang memerintah.

Hadis atau nas Al Quran? Saya tidak berani mengunakan ayat tuhan untuk menerangkan maksud saya. Saya diajar agar tidak menyekutukan tuhan yang disembah. Anggaplah yang baik itu adalah contoh manakala yang buruk itu adalah kejahilan saya dalam menerangkan maksud beragama.

Sengaja saya sampaikan maksud 'amanah dan pemerintah' itu dengan bertujuan. Tujuan saya agar kita sama-sama menjadi 'pemegang amanah dan hakim' yang bijiaksana.

Walau sebatang ranting yang kita ubah di tengah jalan, itu adalah pahala! Apa lagi dengan niat menjadi 'penguasa dan hakim' yang adil. Tahu pertimbangan dan sentiasa mahu menambah ilmu yang ada sebagai desakan kehidupan yang semakin moden dan maju. Harus kenal apa itu teknologi, keupayaan media sosial yang tak pernah menunggu manusia.

Jujurnya, saya hanya mahu sampaikan bahawa kita dah pun menjadi sebahagian dari 'pemerintah', maka harus untuk kita jaga amanah dan tuturkata kita. Kita adalah 'pendamai' kepada kehidupan warga kota yang lain.

Semoga Kuala Lumpur aman damai! Amin!

No comments:

Post a Comment