Friday, May 31, 2013

Bazar Ramadhan Muncul Lagi!

Saya tak pasti sama ada pihak pengurusan tertinggi nampak atau tidak peranan Jabatan Penguatkuasaan dalam menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan setiap kali muncul bulan ramadhan. Jujurnya, saya berpendapat, penguatkuasa jadi anjing yang di tambat! 

Menyalak pada sesuatu perkara yang bukan sama sekali menjadi tanggungjawab penguatkuasaan. Mengapa saya kata demikian? Mestilah ada fakta dan alasan, masakan saya berani menuduh tanpa ada alasan yang kukuh.

Saya khuatir pihak yang memberi lesen, memberi peluang / ruang niaga kepada persatuan / pihak penjaja pula akan mengadakan demonstrasi kerana tidak puas hati. Tapi memang benar pun, pihak penguatkuasaan tidak patut pun menyerah diri pada hal yang bukan bidang kuasa.

Yang menyediakan petak niaga orang lain, yang menyediakan lesen orang lain, yang mengutip bayaran sewa juga orang lain. Jabatan yang mengeluarkan lesen & jabatan yang mengutip bayaran juga orang lain. 

Yang bertungkus lumus buat 3 shift menjaga kawasan tersebut adalah Jabatan Penguatkuasaan. Yang menerima tohmahan juga adalah jabatan penguatkuasaan.

Dengan kapasiti penduduk Kuala Lumpur, DBKL masih tak mampu nak menyelaras Bazar Ramadhan dengan lebih berkesan. Hanya sediakan petak, kutip bayaran lesen. Selebihnya serah kepada Jabatan Penguatkuasaan untuk mengawal kebanjiran peniaga warga asing, kebanjiran penduduk Kuala Lumpur yang macam tak pernah jumpa makanan / persiapan hari raya! 

No comments:

Post a Comment