Saturday, May 4, 2013

HIMPUNAN YANG DI RANCANG!

KUALA LUMPUR 4 Mei - Walaupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) berulang kali menegaskan pihaknya melarang sebarang sambutan atau perarakan oleh mana-mana parti politik sama ada yang menang atau kalah selepas keputusan PRU-13 diketahui esok, pakatan pembangkang telah merancang mengadakan perhimpunan rakyat yang akan bermula selepas tamat pengundian esok.

Bagaimanapun polis memberi jaminan keselamatan kepada para pengundi di seluruh negara untuk mereka keluar mengundi esok. Tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana pasukan polis sentiasa bersiap sedia.

Sumber memberitahu, perhimpunan itu dirancang dengan mengadakan perhimpunan di pusat-pusat penjumlahan undi di seluruh negara, bermula dengan gerakan propaganda menerusi SMS, media elektronik dan risalah yang bertujuan membangkitkan kemarahan penyokong dan ahli parti-parti pembangkang Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, pergerakan para penyokong sebuah parti pembangkang pembangkang di sekitar Serdang dan Bangi juga dirancang untuk menghala ke Putrajaya mulai petang esok dengan tempat berkumpul di Masjid Putra.

Perancangan jahat itu tidak lain daripada usaha terdesak pembangkang kononnya untuk menunjukkan bantahan rakyat, setelah mendapati mereka tiada peluang menang pada PRU esok.

Usaha itu dirancang kononnya perhimpunan tersebut menuntut satu pilihan raya yang adil, kata sumber itu.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130505/dn_01/Perhimpunan-jahat-dirancang#ixzz2SLAYCpGa
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment